LOVE 50 (END)

133 5 1
                                    

"Suria,"

Suria tersenyum kecil apabila merasakan rangkulan di bahunya.

"Jom, balik." Ajak Linda.

Suria menyentuh batu nisan di hadapannya.

'Terima kasih, Hakim.'

Tiga bulan berlalu, kini dia sudah mampu menerima kenyataan.

Jantung yang Hakim dermakan pada nya akan dia jaga sebaik mungkin.

"Jom," Sekali lagi Linda mengajak.

Suria mengangguk perlahan dan tersenyum nipis.

Matanya jatuh kepada Rayyan dan Iqram yang sedang berbual di kereta.

"Aku beruntung kan Linda," Ujar Suria perlahan.

Linda memandang Suria dengan tanda tanda.

"Takdir yang Allah tetapkan untuk kita, terlampau indah kan?" Soal Suria.

Linda mengangguk laju. Bersetuju. Tangannya masih memaut bahu sahabatnya itu.

Suria seorang yang kuat. Mempunyai sahabat seperti Suria adalah perkara yang paling membuatkan dia bahagia.

Kisah hidup Suria banyak mengajarkannya erti hidup.

"Sayang," Panggil Rayyan.

Huluran tangan Rayyan disambut kemas oleh Suria.

Dia tidak akan melepaskan tangan itu lagi.

"Jom, balik," Iqram mengajak Linda pulang.

Linda hanya mengangguk sebelum meminta diri dengan Suria.

"Sayang nak balik terus ke?" Soalan Rayyan yang sedang memandu menghentikan lamunan Suria.

"Kalau sayang nak pergi suatu tempat boleh?" Tanya Suria.

"Apa sahaja, sayang." Jawab Rayyan.

************

"Begitulah keadaan dia, puan." Jelas Dr. Dhira.

Suria mengangguk berkali-kali. Faham.

"Saya tak boleh jumpa dia ke doktor?" Soal Suria.

Rayyan terus menggenggam kuat tangan Suria.

Suria berpaling ke arah Rayyan.

"Takpe abang, sayang yakin, dia takkan buat apa-apa," Suria meyakinkan. Cuba menutup guruh di dalam dadanya sendiri.

Setelah mendapat kebenaran Dr. Dhira, Suria mengagahkan diri berjalan masuk ke kawasan itu.

Dia berdiri tepat di belakang sahabatnya itu.

"Assalamualaikum, Ifah," Senyuman lebar terukir di bibir.

Ifah mengangkat muka memandang Suria.

Mereka berpandangan lama, sebelum Ifah mengalihkan pandangan.

Suria mengambil tempat di sebelah Ifah.

Dia rindukan gurauan Ifah. Manja Ifah. Semua tentang Ifah mula bermain di benaknya.

Tanpa sedar, Suria ketawa perlahan.

"Eh, awak kenapa ketawa sorang-sorang?" Soal Ifah keanak-anakan.

"Saya rindukan sahabat saya," Jawab Suria tersekat-sekat.

"Ouh, sahabat awak pergi mana? Dia tinggalkan awak ker?" Ifah memandang Suria menanti jawapan.

Suria tidak menjawab. Hanya air matanya yang mengalir.

"Awak, awak janganlah nangis. Ifah tak pandai pujuk orang nangis," Ifah menggaru kepala yang tidak gatal.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang