LOVE 8

111 5 0
                                    

"Uhuk-uhuk" Tercekik Rayyan dibuatnya apabila dia mendengar suara lelaki itu. Rasa-rasanya dia kenal dengan lelaki itu.

"Amboi kau, baru dengar suara aku dah tercekik, tahu laa rindu," Ujar lelaki itu.

Rayyan pantas bangun dan menoleh ke arah lelaki itu, mulutnya terlopong melihat lelaki itu. "Wey, Haqeem!! Adik angkat aku," Tangan Rayyan pantas memeluk tubuh Haqeem.

Teruja betul Rayyan. Sudah lama dia tidak berjumpa Haqeem, sebelum ini, dia belajar di UPSI. Hari ini merupakan hari pertamanya di UIAM kerana dia yang meminta untuk ditukarkan ke sini.

"I know you miss me bro," Haqeem pantas membalas pelukan Rayyan. Dia rindukan abangnya itu.

"Bila kau sampai ni?" Soal Rayyan sekaligus menarik kerusi disebelahnya untuk Haqeem.

"Aku sampai KL 2 hari dah, pastu semalam aku daftar, so harini first day ah kat sini." Jawab Haqeem ringkas.

"Ehemm," Iqram berdehem panjang. "Tak nak kenalkan aku ke dekat mamat mata sepet tu," Tanya Iqram. Matanya memandang ke arah Haqeem.

"Oh lupa, Iq, ni Haqeem, dia adik angkat aku asal dari Johor. Hahaha mata dia sepet sebab dia keturunan cina kut, aku pun tak tahu." Rayyan memperkenalkan Haqeem.

Iqram bersalaman dengan Haqeem.

"Apesal kau hensem sangat ni, habislah gelaran aku orang paling famous kat universiti ni," Seloroh Iqram. Dia teruja sebenarnya untuk mengenali Haqeem dengan lebih dekat lagi. Muka Haqeem yang nampak suci menarik minatnya untuk kenal dengan lelaki itu.

"Woi kau ni tak habis-habis nak jadi hotstuff ye," Rayyan mencubit lengan Iqram. Makin menjadi budak ni kalau lama-lama dibiarkan.

Haqeem hanya tersenyum melihat telatah lelaki yang berumur 2 tahun lebih darinya. Perangai mereka tak sematang umur, senyumannya makin lebar.

Penghijrahannya ke sini bersebab. Ada sesuatu yang perlu dia uruskan. Demi mencantumkan kembali hati yang telah berkecai, demi melangsaikan amanat seorang sahabat. Itu tujuannya datang ke sini.

"Qeem, kau tido mana kat mana?" Tanya Rayyan yang dari tadi memerhatikan Haqeem yang termenung.

"Aku tido hotel dulu kut, bukan senang nak cari rumah sewa kat sini," Ujar Haqeem sedikit mengeluh.

"Haa, cun ah gitu, mai la duduk ngan kitorang, alang-alang ada bilik kosong," Iqram mempelawa.

"Boleh ke?" Haqeem malu sebenarnya untuk tinggal dengan mereka berdua.

"Kau kan adik aku, apa salahnya," Tangan Rayyan menepuk bahu Haqeem. Rayyan sangat berbesar hati untuk mengajak Haqeem tinggal dengan mereka. Takdelah bosan rumah tu nanti.

"Herm, esok aku pindah masuk, barang-barang aku kat hotel lagi," Senyuman manis dihadiahkan kepada Rayyan dan Iqram. Haqeem berharap agar hubungan mereka akan lebih baik selepas ini.

Menurut cerita Rayyan, sebulan lagi, Rayyan dan Iqram akan bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur, selepas tamat pembelajaran di universiti itu.

Manakala Haqeem, masih mempunyai 2 tahun lagi untuk berada di situ dan menyelesaikan misinya. Semoga Allah memudahkan urusannya. Itu doanya setiap hari.

*****

"Suya, kau ada dengar tak pasal budak yang baru masuk kat fakulti kita?" Muka Laura jelas teruja saat bertanyakan soalan itu.

"Entah, tak berminat," Intonasi dingin Suria lontarkan. Sudahlah dirinya serabut dengan mamat Rayyan yang tak habis-habis ingin mengacau hidupnya. Laura pula asyik ingin bercakap tentang lelaki yang dia tidak kenali.

"Kau tahu tak? Dia orang Johor weh, keturunan cina punya." Laura berharap pernyataan itu akan membuatkan Suria berminat untuk mengetahui lebih tentang lelaki itu.

"So? Apa kaitan dengan aku?" Bicara Suria masih dingin. Sungguh dia tidak berminat. Benci lagi adalah.

"Hensem!! Bila dia senyum kan, rasa macam ada rama-rama terbang kat sekeliking dia, manis gila, dengan mata dia sepet gitu." Senyuman di bibir Laura mekar semasa menjelaskan tentang senyuman lelaki itu.

Suria menyorot ke arah Laura. Dia rasa seperti ingin menampar sahaja kawannya itu. Sudah terlajak angau tu. Laura yang merasa seram sejuk dengan pandangan Suria mematikan senyumannya.

"Alaa, kau ni serius sangat la," Kata Laura perlahan. Dia takut dengan pandangan Suria yang dalam tu.

Ketawa Suria lepas. "Kau jangan risau, kuat mana pun kebencian aku terhadap lelaki-lelki tu semua, aku takkan hasut kawan aku untuk benci sama. Kawan aku pun berhak bahagia." Suara Suria semakin perlahan apabila menyebut perkataan bahagia.

Akan adakah bahagia untuknya? Itu yang bermain di fikirannya.

Senyuman Laura lebar. Dia tahu, sebesar manapun perasaan benci itu dalam hatinya, masih ada terselit rasa sayang. Cuma memerlukan orang yang betul untuk mencambahkan rasa sayang itu.

"Apa nama lelaki tu?" Soal Suria.

"Hermm apa dah nama dia, takdelah cina sangat muka dia jelah, sebab dia keturunan mix cina," Terang Laura, tangannya melekat di dagu masih memikirkan nama lelaki itu.

"Kalau tak silap aku, Haqeem. Hanif Haqeem Eric." Senyuman Suria pudar. Jantungnya berdegup makin laju apabila mendengar nama itu.

Serta merta memori pada malan itu bermain kembali dia fikirannya. Air matanya bergenang segera di seka.

"Herm, pelik sungguh. Takpe lah Laura, aku masuk dulu, ngantuk." Suria meminta diri sedangkan air mata yang ditahan jatuh perlahan.

"Apa lagi yang lelaki tu nak, tak cukup ke dah mainkan perasaan aku 4 tahun lepas," Tangannya digenggam. Hatinya terasa sakit kembali. Memori malam itu masih lagi segar dalam ingatannya.

Walaupun Haqeem tidak berada dalam kelompok itu pada malam itu, tapi dia tahu, Haqeem mendengar semuanya. Semuanya yang berlaku pada malam itu. Tak guna!! Dia pun sama!

Air matanya disekat kasar. Dia menuju ke tandas untuk membasuh muka dan mengambil wuduk. Dia perlukan rehat yang cukup, kerana dia yakin, dia akan bertemu dengan Haqeem dalam kuliyah esok.

"Huuhh!!" Nafasnya dihembus kasar.

🕊🕊🕊🕊🕊

Haa, apa akan jadi lepas ni? Siapa pula Haqeem ni? Tiber je muncul. Apakah misi Haqeem berpindah ke situ? Ada kaitankah dengan Suria? Tunggu next chapter okeyhhh😛😛

Jngan lupa tekan bintang kecil tu. ⭐❤

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang