LOVE 11

81 4 0
                                    

"Suria, kau pergi dulu," Pinta Rayyan. Rayyan yang dari tadi memerhatikan adegan mereka berdua bertambah sakit hati apabila Haqeem kembali memegang tangan Suria, dia tidak tunggu lama. Dia sudah tidak sanggup melihat Suria mengeluarkan air mata kerana lelaki itu.

Suria tidak menunggu lama, dia terus berlalu dari situ.

"Kau cakap kau tak ada apa-apa dengan dia, habistu kenapa kau selalu kacau dia?" Tanya Rayyan, bicaranya kedengaran agak keras.

"Dah lama ke kau kat sini?" Haqeem cuba untuk tidak menjawab soalan itu.

"Sempat la tengok Suria nangis. Kau buat apa hah kat dia!?" Pegangan tangannya semakin kuat. Sakit hatinya melihat Haqeem yang cuba berdolak-dalik.

Telefon Haqeem berdering mematahkan semnagatnya untuk menjawab soalan Rayyan. Tangan kirinya menjawab panggilan tersebut.

"Apa?? Ya Allah!! Kau tunggu situ, kejap lagi aku sampai." Cemas bicara Haqeem membuatkan Rayyan melepaskan pegangan tangannya.

"Bro, sorry bro. Bukan aku tak nak cerita tapi aku memang ada hal sekarang ni, balik malam ni aku cerita. Aku janji!!" Belum sempat Rayyan menjawab Haqeem terlebih dahulu berlari meninggalkan tempat itu.

Pandangan mata Rayyan masih tajam menikam susuk tubuh Haqeem. Setelah melihat kereta Haqeem meluncur laju di jalan raya, Rayyan berjalan mengelilingi tasik. Niat di hati ingin mencari Suria. Dia tahu Suria masih belum pergi dari tasik itu.

Nasib begitu baik, apabila melihat Suria yang duduk di atas rumput memandang sayu ke arah tasik. Rayyan tidak berniat untuk menganggu. Dia mengambil tempat betul-betul di belakang Suria. Dia hanya ingin memastikan Suria tidak lagi bersedih.

Agak lama dia memerhatikan Suria dari jauh. Apa yang berlaku sebentar tadi, telah membuatkn dia betul-betul tertarik untuk mendalami hati gadis itu. Dia berhasrat untuk mengubati luka yang masih berbekas di hati Suria.

Suria mengambil udara segar. Kepalanya yang berserabut tadi sedikit demi sedikit terhakis. Perasaannya sudah kembali tenang.

Suria menyedari kehadiran Rayyan di belakangnya. Namun sengaja dia buat-buat tidak tahu, malas mahu bersoal jawab. Sepanjang Rayyan berada di belakangnya dia merasakan dirinya selamat apabila lelaki itu berada hampir dengannya. Disebabkan itu dia membuat pilihan untuk tidak menghalau lelaki itu.

Lagipun bukan dia yang pinta. Rayyan sendiri yang memilih untuk yerus berada disitu.

"Eh, Rayy.." Cepat Rayyan meletakkan jari telunjuk di bibirnya apabila Laura ingin menyebut namanya. Laura yang memahami maksud itu terus berdiam diri.

"Bagus lah kau dah sampai, jaga sikit kawan kau tu, jangan bagi dia sedih. Kalau aku tahu dia sedih lagi, kau aku cari eh!" Peringatan yang diberi Rayyan dengan nada yang agak berbisik membuatkan Laura berasa geli hati melihat telatah lelaki itu.

"Baik boss!" Jawab Laura dengn suara separa berbisik. Setelah mendapat jawapan positif dari Laura Rayyan teeus berlalu pergi. Takut Suria menyedari kehadirannya di situ.

Mereka tidak sedar bahawa Suria mendengar semua perbualan mereka berdua tadi. Tanpa sedar, bibir Suria mengukir senyuman nipis mendengar amaran ringan Rayyan.

"Suria! Jauh betul kau lari. Aku dah cakap tunggu kat situ, ishh" Kata Laura sebelum mengambil tempat di sebelah Suria.

Sebaik sahaja Laura duduk, Suria terus melentokkan kepalanya di bahu Laura. "Terima kasih Laura, sebab sudi kawan aku," Perlahan bicara Suria sangat jelas kedengaran di telinga Laura.

Dia tidak tahu apa yang Suria telah lalui, namun dia tahu sahabatnya itu perlukan seorang kawan sekarang ni. Dia memeluk bahu Suria perlahan.

"Kau tu, terima kasih sudi terima aku sebagai kawan kau," Suria membalas pelukan Laura. Itulah Suria, suka bermanja apabila dia sedang bersedih.

*****
Fikiran Haqeem mula bercelaru apabila mendapat panggilan daripada Qairul. Perasaannya mula dihimpit rasa bersalah. Dia memandu laju menuju ke Hospital Kuala Lumpur.

Air mata Haqeem bergenang apabila melihat sekujur tubuh yang berada di hadapannya tidak bergerak.

Haqeem meraih tangan lelaki yang tidak bergerak itu. "Aku minta maaf weh, aku masih tak dapat nak tunaikan hasrat kau. Kau sabar eh, sikit lagi, aku akan pastikan hasrat kau tercapai." Mutiara jernih mengalir perlahan dari kelopak matanya.

"Aku akan bawa Suria datang sini. Kau sabar kejap je lagi." Pandangannya jatuh pada badan lelaki itu yang berselirat dengan wayar.

Rambut lelaki itu disikat kemas. Qai yang setia menemani lelaki itu ditoleh sekilas.

"Thanks Qai  dah jaga dia," Senyuman berat diukirkan kepada Qairul.

"Kau ni, sahabat kau, sahabat aku juga, kita semua sahabat." Tangannya turut memegang tangan Haqeem yang memegang erat tangan lelaki itu.

"Aku doakan usaha kau membuahkan hasil, aku tak sanggup tengok dia macam ni," Pandangan mata Qai jatuh kepada lelaki yang sedang terbaring tidak sedarkan diri.

Terkejut betul dia tadi apabila doktor memberitahunya jantung sahabatnya itu berhenti berdegup. Dia terus menunaikan solat sunat hajat agar Allah memudahkan urusan sahabatnya itu.

Dia menelefon Haqeem untuk beritahu berita itu. Alhamdulillah, sahabatnya itu mampu mengharungi tahap kritikal itu. Kini keadaannya sudah stabil kembali.

"Aku pergi dulu, kalau ada apa-apa hal, bagitahu aku terus." Haqeem meminta izin.

Otaknya terus memikirkan apa yang perlu dia lakukan untuk membuka kembali pintu hati Suria.

🕊🕊🕊🕊🕊

So, macam mana? Siapa sebenarnya lelaki yang terlantar tu. Suria pula dah mula suka kan Rayyan ker?? Hermm tunggu next chapter okeyhh😘😘😘

Jngan lupa vote bebeh😂😂🔥🔥

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang