LOVE 13

89 3 0
                                    

"Ya Allah, permudahkanlah urusanku, sungguh aku hanya hamba yang mampu merancang, Engkau yang menentukan semuanya. Jika perncanganku ini terbaik untuk aku dan dia maka kau bantulah hambaMu ini untuk melaksanakan semua amanah ini. Aamiinn," Rayyan mengaminkan doanya.

Rayyan terjaga tepat jam 4 pagi. Mungkin Allah memberinya peluang untuk mengadu pada Allah hari ini. Dan dia tidak melepaskan peluang itu untuk menunaikan solat sunat Tahajjud, solat sunat taubat dan sebagainya.

Dia berharap agar Allah akan memudahkan urusannya yang satu itu. 3 hari lagi dia akan menghabiskan pembelajarannya dia UIA dan akan meneruskan pekerjaan di syarikat yang diusahakannya sendiri.

Syarikat kecil-kecilan itu diusahakannya bersama Iqram selama ini untuk menampung kos perbelanjaan mereka. Selepas ini mereka akan bersama-sama menjayakan syarikat itu dan membawa nama syarikat mereka ke dalam dunia perniagaan.

*****
Rayyan menyembur minyak wangi ke badannya sehingga membuatkan Iqram terkejut melihat tingkah sahabatnya itu.

"Amboi kau, tak pernah-pernah nak wangi macam ni kau nk pergi mana?" Tanya Iqram berseloroh.

"Nak jumpa makwe jap," Jawab Rayyan ringkas.

Tersedak Iqram mendengar jawapan Rayyan. "Ray! Kau tak bagitahu aku pun, kata kawan, sampai hati kau," Iqram bangun dan berdiri di hadapan Rayyan. Dia membuat muka cute dengan harapan Rayyan akan membuka cerita mengenai makwenya.

Rayyan melihat Iqram tidak berkelip. Perlahan-lahan tangannya menunjal dahi Iqram. "Aku tahulah kau hensem, nak buat muka cute pulak," Ketawa Rayyan lepas melihat telatah sahabatnya itu.

"Dah tu, kau taknak bagitahu aku," Iqram meraih tangan Rayyan dan meletakkan di dadanya.

Buk! Pukulan kuat diberi oleh Rayyan tepat di dada bidang milik Iqram. Geli hati melihat gelagat sahabatnya.

"Iq, aku dah bagitahu kau semalam kan, aku nak pi jumpa Suria," Senyuman nipis mula terukir apabila menyebut nama Suria.

"Ohh, haah laa. Kau dah bagitahu semalam." Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Good luck ah bro," Iqram menepuk-nepuk bahu Rayyan. Dia tahu niat kawannya itu suci.

"Dah laa, aku pergi dulu, pape roger," Rayyan meminta diri setelah melihat jam di tangan.

Sampai sahaja di tasik, tempat yang mereka telah berjanji untuk bertemu, Rayyan melihat Suria sedang berbual-bual dengan Laura. Sebenarnya Rayyan meminta bantuan Laura untuk memberitahu Suria bahawa dia ingin berjumpa dengan Suria.

Dia tidak mahu mesej Suria menggunakan nombornya sendiri kerana dia tidak mahu Suria tahu bahawa dia ialah Rayyan. Rayyan yang suatu masa dahulu pernah muncul dalam hidup Suria.

"Assalamualaikum," Rayyan memberi salam. Suria dan Laura menoleh ke arah Rayyan dan menjawab salam itu.

"Suya, aku pergi jalan-jalan dulu, aku ada je kat sekitar sini, kalau laki ni buat macam-macam kau tampar je dia sekali," Laura memberitahu Suria dengan senyuman di bibir. Dia tahu Rayyan adalah lelaki yang boleh dia percaya.

Suria hanya tersenyum kecil mendengar penjelasan Laura. Dia sebenarnya tidak mahu laura pergi dari situ namun Laura yang berkeras tidak mahu mengganggu.

Setelah menghantar Laura pergi dengan lirikan mata, pandangan Suria beralih ke arah Rayyan. Muka dingin masih dikekalkan.

"Kau nak cakap apa dengan aku?" Tanya Suria kasar.

"Kau tak nak bagi aku duduk ke?" Mata Rayyan mengerling ke arah tempat di sebelah Suria yang kosong.

"Kalau kau rasa nak duduk, duduklah," Nadanya masih tegas.

Rayyan tidak menunggu lama dan mengambil tempat disisi Suria.

"Kau okey?" Soal Rayyan perlahan.

Suria agak tersentak dengan soalan itu. Sebelum ini hanya keluarga dan sahabatnya sahaja yang berani bertanyakan padanya soalan begitu. Apabila dia mendengar soalan itu keluar dari bibir seorang lelaki yang tiada kaitan dengannya, sungguh, hatinya berdebar nipis.

Suria menarik nafas dalam. "Aku nak ucapkan terima kasih dekat kau, sebab tolong aku masa tu," Suara Suria sudah mula mengendur. Hatinya mula dihimpit rasa sayu.

"Tak ada apa-apa pun, dah memang tanggungjawab aku," Ada dua makna disebalik bicara Rayyan. Suria tidak mahu mengambilnya serius.

"Aku tak faham, kenapa diorang perlu buat aku macam tu," Suria mula membuka pekung di dada. Dia tidak tahu kenapa dia berasa selesa untuk bercerita hal ini keoada Rayyan.

Rayyan tidak membalas, dia tahu Suria mahu meluahkan isi hatinya.

"Aku tak tahu apa salah aku pada diorang semua. Aku rasa aku tak ganggu hidup diorang pun. Tapi kenapa diorang semua nak mainkan hati aku sampai macam ni sekali.," Air matanya mula bergenang.

"Maaflah kalau aku nak mencelah," Berhati-hati Rayyan menyusun bucara. Takut akan melukai lagi hati Suria.

Suria mengangkat muka memandang Rayyan. Air matanya diseka perlahan. Rayyan terkedu melihat wajah Suria yang dibasahi air mata itu. Hatinya turut bersedih.

"Suria, laki ni, dia takkan kacau kau lebih-lebih kalau kau tak layan," Lembut bicara Rayyan membuatkan Suria sentap. Dia terasa dengan apa yang Rayyan beritahunya sebentar.

Dia tahu, mungkin salahnya kerana melayan karenah lelaki-lelaki tu semua. Air matanya menitis kembali.

"Eh kau jngan nangis balik, aku tak tahu nak pujuk macam mana," Rayyan menggaru kepalanya perlahan.

Suria tersenyum kecil mendengar kata-kata Rayyan yang polos itu.

'Aku dah cakap Suria, aku akan pastikan aku dapat tengok senyuman kau, dan sekarang aku dah dapat tengok,' hati kecil Rayyan berkata-kata. Matany tidak lepas dari memandang wajah Suria yang dihiasi senyuman itu. Sungguh manis sekali.

Rayyan menyentuh dadanya perlahan. Adakah ini cinta? Senyuma lebar terukir di bibir.

"Haa, kan cantik senyum macam tu," Ujar Rayyan perlahan. Tanpa disangka senyuman Suria makin lebar. Degupan jantung Rayyan sudah tidak dapat dibendung. Dia rasa seperti dadanya akan pecah tidak lama lagi.

Dia berdehem kecil untuk membuang rasa itu. "Suria, nak minta sesuatu boleh?" Soal Rayyan setelah berfikir panjang.

"Apa?" Suria memandang Rayyan penuh tanda tanya.

"Lusa aku dah nak graduate, kau datang boleh?" Rayyan memandang Suria penuh harapan.

"Aku..." Suria berfikir panjang.

💕💕💕💕💕

Korang rasa apa jawapan Suria, macam mana Chapter kali ni, best tak? Hehehheheh nak masuk dah ni part romantik,😋😋

Jngn lupa vote okeyhhh😘😘

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang