LOVE 10

107 7 2
                                    

Ifah ralit mendengar cerita daripada kawan-kawannya. Sesekali dia menarik nafas panjang apabila mendengar cerita mereka. Selama hampir setengah jam mereka bercerita barulah selesai semuanya.

"Tapi kenapa sampai macam tu sekali? Sekarang ni dia belajar kat mana?" Tanya Ifah. Dia perlu lakukan sesuatu.

"Kalau tak silap aku, UIA Gombak. Kau carilah dia Ifah, pujuk dia," Kata-kata yang dikeluarkan oleh Ulya itu separa merayu.

'Wah, tercapai cita-cita kau Suria nak pergi UIA,' detik hati Ifah.

"Tapi kenapa masa tu korang semua tak apa-apa? Kenapa tak pujuk dia dari awal lagi?" Tanya Ifah dengan nada yang agak keras. Matanya memerhati satu persatu sahabatnya yang berada di hadapannya. Berharap agar salah seorang akan menjawab. Namun hampa, tiada balasan.

Setelah agak lama keadaan sunyi, barulah Athirah bersuara. "Ifah, sebenarnya salah kitorang juga, sebab kitorang sendiri tak pernah ambil tahu pasal perasaan dia," Agak berat untuk Athirah mengeluarkan ayat itu. Namun itulah kenyataannya.

Ifah bungkam. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

"Kitorang jarang tanya dia, kalau dia ada masalah. Kalau dia nangis pon, hanya ada beberapa orang yang pergi tanya, tu pun sekejap jer," Sambung Aina.

"Kitorang tahu, dia perlukan seseorang masa tu, tapi kitorang tak tahu kenapa, tidak ada perasaan yang mendorong kitorang untuk selalu bersama dengan dia, walaupun, dia sebenarnya ada beberapa kali bagi hint yang dia perlukan seseorang. Tapi..," Aina tidak dapat menyambung ayatnya. Suaranya bergetar-getar untuk menyambung bicara. Air matanya mula tumpah.

"Dah laa, tak payah sambung," Sura Ifah sudah mula bertukar serak. Dia tidak menyangka begitu kehidupan Suria selama ini. Dia menahan air matanya daripada tumpah.

"Tolong Ifah, tolong cari dia, pujuk dia. Aku tahu dia rindu gila dekat kau." Sekali lagi permintaan itu diutarakan oleh Ulya.

"Ifah tak janji, tapi Ifah cuba." Senyuman yang oaling manis cuba diukirkan Ifah. Dia tidak mahu bersedih. Harapannya sekarang agar Allah memudahkan urusannya untuk mencari Suria.

"Korang takde contact dia ke?" Soalan terakhir yang keluar dari mulut Ifah.

Gelengan daripada Athirah, Ulya dan Aina memberi jawapan yang cukup jelas.

"Lepas je hari keluar result, dia dah left semua group dan tukar nombor." Athirah memberi penjelasan.

Ifah hanya mengangguk kecil, mengerti apa yang disampaikan.

Ifah menuju ke arah kereta Honda miliknya. Dia memandu ke suatu tempat. Dalam perjalanannya dia mengimbas kembali apa yang selalu Suria beritahunya 4 tahun lepas.

Flashback

Ifah aku rindu kau🙃 - Suria

Ifah nak jumpa kau👉👈 - Suria

Ifah, rindu la nak peluk kau😬 - Suria

Ifah, aku sedih la😖 - Suria

Ifah, nak nangis😢 - Suria

Nak peluk boleh😀 - Suria

Eh tak ingat, kita dah jauh 🙂 - Suria

End flasback

"Suya, sekarang aku faham, kenapa kau selalu cakap kau rindu aku, kenapa kau selalu cakap kau nak peluk aku, aku faham Suya. Dan sekarang, aku dalam perjalanan untuk cari kau. Bukan untuk jumpa kau, tapi untuk peluk kau," Ayat itu keluar dari bibir Ifah akhirnya. Air mata yang dari tadi ditahan mula tumpah.

Keretanya meluncur laju di jalan raya. Masih ada satu hal yang dia perlu uruskan sebelum berangkat mencari Suria.

*****
Dah seminggu Haqeem menunggu peluang untuk berbicara dengan Suria dan hari ini ialah harinya. Dia perlu berurusan juga dengan Suria. Dia sudah tidak mempunyai masa yang banyak.

Dia memerhatikan Suria dan Laura yang sedang berbual di tepi tasik dari jauh.

"Suya, aku nak pergi tandas kejap ye, jangan rindu aku pulak," Usik Laura dan mengangkat kaki pergi dari situ. Laura sebenarnya sudah berpakat dengan Haqeem, dia mula jatuh kasihan pada Haqeem yang sudah seminggu cuba untuk berbicara dengan kawannya yang satu itu.

"Suria," Panggil Haqeem perlahan.

Suria tahu itu suara siapa dia tidak menghiraukan panggilan itu dan ingin berlaku meninggalkn tempat itu.

Haqeem tiada pilihan lain, dia menarik baju Suria kuat. "Tolong Suria, dengar dulu apa yang aku nak cakap," Suria mengeluh perlahan, dia tahu dia sudah tiada pilihan lain.

"Lepas laa dulu," Dingin suara Suria meminta. Haqeem melepaskan pegangannya pada baju Suria.

"Cakaplah, nak cakap sangat kan," Sinis Suria berbicara. Rasa marahnya mula membara.

"Kenapa kau hilang macam tu jer?" Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Shahmi.

Senyuman sinis Suria hadiahkan kepada Haqeem. "Habistu kau expect apa, aku akan stay lagi dengan orang yang tak hargai aku? Setelah semua orang mainkan perasaan aku? Aku perlu tersenyum lagi, layan mereka semua macam takde apa yang jadi ker? Aku bukan robot weh, aku ada hati dan perasaan," Jawab Suria tenang, nmun dia tidak menyangka air matanya turut jatuh selari dengan bicaranya.

Haqeem tersentak. "Aku minta maaf, aku takde niat pun nak sakitkan hati kau malam tu," Satu persatu ayat yang keluar dari bibir Haqeem kedengaran sangat jujur di telinga Suria.

"Aku dah maafkan kau Qeem, dah laa, aku pergi dulu," Suria mengesat matanya kasar dan ingin berlalu pergi dari situ.

"Kau tak nak jumpa Hakim ker?" Soalan itu menghentikan langkah Suria. Dia berpaling ke arah Haqeem semula.

"Apa kau cakap? Ulang balik!!" Suara Suria sudah mula meninggi apabila mendengar nama itu.

"Hakim, kau tak nak jumpa dia ker?" Perlahan sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut Haqeem.

"Kau rasa aku perlu ke jumpa orang yang dah main-main dengan maruah aku?" Lantang suara Suria.

"Dah laa, kau tak payah nak sebut nama dia depan aku, muak laa," Suria ingin meneruskan langkahnya yang tadi terhenti.

Haqeem menyambar kembali lengan baju Suria dan pegang kemas. "Lepas la weh!!" Jerkah Suria, namun pegangan Haqeem semakin kemas.

"Lepaskan dia," Tangan seorang lekaki memegang tangan Haqeem kuat, sehingga pegangannya terlepas.

"Kau?!" Terkejut Haqeem melihat gerangan lelaki itu.

🕊🕊🕊🕊🕊

Sape pulak yang masuk campur tu hermm. Apa yang berlaku sebenarnya malam tu, kenapa Haqeem ada sekali??

Jngan lupa vote okeyhhh😘😘😘

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang