LOVE 12

83 4 0
                                    

Haqeem sampai di rumah lewat, dia mengharapkan Rayyan telah tidur kerana dia sebenarnya tidak mahu membuka cerita tentang apa yang telah berlaku 4 tahun lepas. Namun harapannya meleset apabila melihat susuk tubuh Rayyan yang setia menunggunya di ruang tamu.

"Ray, kenapa kau tak tido lagi?" Tanya Haqeem sekadar beramah mesra. Dia tahu benar kenapa Rayyan masih belum tidur.

"Kau rasa nape Qeem? C'mon, cerita jer, aku tak makan orang la," Rayyan memaut bahu Haqeem dan membawanya ke sofa.

Haqeem tahu dia tidak mempunyai pilihan lain. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelun memulakan ceritanya.

Flasback

"Mana diorang ni, kata ada program annual dinner kat sini," Omel Haqeem sendirian. Seketika kemudian dia mendengar suara yang riuh dari sebuah dewan.

"Herm, dalam dewan ni kut," Haqeem mahu membuka pintu dewan itu perlahan, namun nasib tidak menyebelahinya. Pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam dan melanggar kepalanya.

"Aduh!" Sakit, dia dapat rasakan akan ada benjolan yang timbul nanti. Dia melihat ke arah perempuan yang keluar dari dewan itu dengan kalut.

"Sorry," Hanya itu yang keluar dari mulut perempuan itu. Namun sempat Haqeem melihat ada mutiara jernih yang mengalir di tubir matanya.

Dia hanya memerhatikan gerak langkah perempuan itu dan perlahan kakinya turut melangkah perlahan menurut jejak perempuan itu sehinggalah di berhenti dan duduk di sebuah bangku.

Haqeem berdiri di sebalik tiang berdekatan. Dia mendengar dengan jelas semua rintihan perempuan itu. Hatinya telah jatuh kasihan pada perempuan. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia menemani perempuan itu disitu. Namun apalah dayanya, dia hanya orang luar yang tiada apa-apa kaitan dengan perempuan itu.

'Jangan nangis please, aku tak boleh tengok perempuan nangis.' rintih hati Haqeem.

Niatnya untuk datang berjumpa dengan Hakim terpaksa ditangguhkan. Dia lebih berminat untuk mengetahui apakah puncanya perempuan itu menangis.

Dia berada disitu sehinggalah perempuan itu berlalu ke tandas. Dia turut mengikut perempuan itu ke tandas. Dan menunggu di tepi tandas.

Setelah hampir 5 minit dia menunggu pintu bilik air mula terkuak. Dia melihat wajah perempuan yang sugul di hadapannya.

"Oh mak kau," Ketawa Haqeem hampir pecah apabila melihat muka perempuan itu pucat ketakutan melihat wajahnya. 'Comel jugak perempuan ni,' desis hati Haqeem perlahan.

"Kau sape? Kau buat apa kat sini?" Pertanyaan gadis itu tidak dihiraukan, dia lebih risaukan keadaan gadis dihadapannya itu.

"Kau okey?" Tanya Haqeem perlahan.

"Tak sekarang ni aku tak kenal kau, kau sibuk urusan aku kenapa?" Garang suara gadis itu membuatkan Haqeem tidak dapat menahan rasa di hatinya. Dia cuba untuk membuat muka ketat dan tidak tersenyum.

Belum sempat Haqeem menjawab soalan itu, gadis itu terlebih dahulu berlalu pergi dan merungut sendirian.

Senyuman Haqeem terus mekar apabila mengingati muka perempuan. Matanya yang merah baru lepas nangis membuatkan jantung Haqeem berdegup perlahan.

"Sape nama kau weh, comel laa," Kata Haqeem sendirian sambil berjalan dan menuju ke arah bangku yang perempuan tadi duduk.

Tidak lama kemudian, Hakim dan kawan-kawannya muncul di situ. Mereka sedang bergelak ketawa. Apa yang dibincangnya pun dia tidak pasti. Tidak jelas kedengaran di telinganya.

"Eh Qeem, kau ada. Aku ingat kau tak datang weh," Kata Hakim sebaik sahaja dia melihat kelibat Haqeem di bangku itu.

"Weh, korang ni kawan aku, Haqeem." Hakim berkata kepada kawan-kawannya yang masih lagi misteri bagi Haqeem.

Semua kawan Hakim mudah mesra dengannya. Dia juga tidak kekok untuk berbicara. "Koramg bual apa tadi? Sakan gelak tadi," Tanya Haqeem setelah agak lama mereka berbual.

"Hahahahha, kau kena tengok weh, jap agi aku nak prank sorang budak perempuan ni." Jawab Hakim ringkas.

Haqeem tidak bertanya lagi setelah dia tidak mahu masuk campur. Dia sudah terbiasa dengan perangai Hakim yang suka mengusik perempuan.

Haqeem terkejut apabila melihat perempuan yang ingin diusik Hakim ialah perempuan yang sama dia jumpa sebentar tadi. Dia dapat tahu nama perempuan itu daripada kawan-kawan Hakim.

'Suria, hermm comel nama tu,' jauh di sudut hati Haqeem berbicara.

Dia mendengar semuanya pada malam itu. Dia menjadi saksi semua perkara pada malam itu. Tangisan Suria pada malam itu dapat dia saksikan sekali lagi. Dia tidak sempat menghalang perbuatan Hakim. Semuanya berlalu begitu cepat.

Dia melihat Suria menuju ke tandas semula dengan tangisannya yang laju mengalir di pipi. Tidak lama selepas itu, dia menyusul jejak langkah Suria.

"Suria," Haqeem menguatkan diri untuk memanggil Suria.

Suria hanya memandang Haqeem sekilas. "Kau lagi, kau nak apa?" Hampir sahaja Suria menengking lelaki itu.

"Aku Haqeem, aku nak minta maaf, aku nampak semua benda yang berlaku tadi." Satu persatu perkataan disusun. Dia tidak mahu membuatkan gadis itu kembali bersedih.

"Kenapa kau nak minta maaf pulak?" Soal Suria hairan. Pelik betul lelaki ni.

"Sebab aku pun terlibat sekali. Aku tak sempat nak halang dia dari buat macam tu kat kau," Jujur Haqeem memberitahu Suria.

"Huh, kau pun sama rupanya. Nak sakitkan hati aku lagi ke ni? Hah, silakan," Lantang bicara Suria. Dia sudah mula membenci lelaki itu.

"Aku minta maaf. Sungguh aku tak tahu dia akan melampau sampai begitu, aku tak sangka," Jawab Haqeem lagi.

"Dah laa bro, laki semua sama!!" Jerkah Suria.

Dia terus mengangkat kaki berlalu dari situ.

End flasback

Rayyan meraup mukanya kasar mendengar cerita Haqeem. Kini dia telah mengetahui punca sebenar mengapa hati gadis itu begitu keras untuk menerima lelaki.

"Aku akan tolong kau Qeem, aku akan cuba," Ucap Rayyan dan menepuk bahu Haqeem perlahan. Dia terus berlalu ke biliknya. Ada sesuatu yang perlu dia lakukan.

🕊🕊🕊🕊🕊

So how? Boleh tak jalan cerita dia macam ni? Hermm apa rancangan Rayyan tu eh? Tunggu next chapter okeyhh😘😘

Jangan lupa vote okeyh🙊💕

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang