LOVE 19

46 3 2
                                    

"Linda, sebenarnyakan semalam," Suria tidak jadi menyambung perkataannya setelah melihat Ifah yang sudah kembali ke tempat duduknya.

Linda yang seakan memahami hanya berdiam diri tidak mahu bertanya lebih.

"Rancak borak, borak apa?" Tanya Ifah agak terasa hati apabila kedatangannya seolah menjadi satu gangguan bagi mereka berdua.

"Takde apalah, jom ah pergi tempat lain, ke korang nak balik dah?" Suria berusaha untuk menukar topik. Dia tidak tahu kenapa, dia rindu akan Ifah, namun kehadiran semula Ifah dalam hidupnya membuatkan dirinya rasa terganggu atau kata lainnya, Ifah sudah tidak macam dulu.

"Jom ah balik, penat ni, hujung minggu cam ni, rest kat rumah lagi best," Jawab Linda.

Ifah dan Suria mengangguk setuju. Mereka mengangkat punggung dan pergi dari situ.

Haqeem yang dari tadi memerhatikan mereka turut mengikut jejak langkah mereka. Dia perlu beritahu Suria tentang Ifah.

Setelah Suria mengahntar Ifah dan Linda pulang ke rumah, dia meminta izin untuk keluar semula dengan alasan mempunyai hal yang perlu diselesaikan.

Sebenarnya dia ingin mencari ketenangan di tasik tempat kesukaannya.

Sepanjang perjalanannya ke tasik, dia langsung tidak menyedari bahawa keretanya diekori oleh Haqeem.

Sesampai di tasik dia terus menuju ke bangku yang selalu menjadi tempat dia meluahkan rasa.

'Kenapa dengan aku sebenarnya?' soal hati Suria.

"Rayyann," Nama itu meniti di bibir Suria.

'Kenapa kau kena hadir dalam hidup aku?' Suria mula mempersoalkan segalanya.

"Ya Allah," Rintih Suria perlahan. Tangan kanannya mula menyentuh dada kirinya yang terasa sakit. Sudah lama dia tidak merasa kesakitan seperti itu.

Setelah agak lama berkeadaan begitu sakitnya mula reda.

"Suria," Panggil seseorang dari belakang mengejutkan Suria.

"Kau nak apa lagi?" Tanya Suria dingin setelah melihat raut wajah Haqeem.

"Aku nak cakap sikit," Jelas Haqeem.

"Apa? Cepat lah," Gesa Suria.

"Ifah. Aku nak minta dengan kau tolong hati-hati dengan dia," Jawab Haqeem laju.

Senyuman sinis Suria berikan kepada Haqeem. "Hey, kau dah sakitkan hati aku, lepastu kau nak nasihatkan aku pulak?? Kau siapa nak tentukan hidup aku?" Lantang suara Suria hingga ada beberapa mata yang melihat ke arahnya.

******

"Ray, tu bukan ker Suria dengan Haqeem," Iqram yang dari tadi memerhatikan mereka beruda mula bersuara.

Rayyan sebenarnya sudah perasaan dari tadi tentang Suria dan Haqeem. Hatinya memberontak untuk pergi ke sana namun kakinya seolah-olah terhalang dari berbuat demikian.

"Ray, kau dengar tak aku cakap ni," Iqram menggoncang sedikit badan Rayyan apabila Rayyan kelihatan sedang asyik mengelamun.

"Hah? Apa kau cakap?" Tanya Rayyan.

"Tu, Suria dengan Haqeem kan?" Soal Iqram sekali lagi.

"Ha betul la tu," Jawab Rayyan tidak endah atau sebenarnya lebih kepada ingin menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Suara Suria menengking Haqeem menarik minat mereka.

"Ray, kau pergi laa tengok," Suruh Iqram.

"Tak nak aku, kau laa pergi," Rayyan menafikan perasaannya sendiri.

"Ish kau ni," Iqram mempedulikan Rayyan dan berlalu pergi ke arah Suria dan Haqeem.

"Dia bukan macam yang kau jangka Suria!" Suara Haqeem sedikit tinggi membuatkan Suria terkedu.

"Dia tu kawan aku. Aku ulang ye, Nazifah kawan aku, aku kenal dia dah lama, aku tahu dia macam mana," Jawab Suria dengan nada sederhana.

"Tapi kau tak tahu, dia tu sebenarnya..," "Sebenarnya apa?" Celah Iqram.

Suria dan Haqeem melihat ke arah Iqram. Terkejut.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Haqeem.

"Saja jalan-jalan ambil angin," Jawab Iqram spontan.

"Takpelah aku pergi dulu," Haqeem meminta izin pergi. Tidak selesa dengan Iqram.

"Kau okey?" Tanya Iqram kepada Suria setelah Haqeem pergi dari situ.

Suria hanya mengangguk kecil.

"Aku pergi dulu, hati-hati ye," Iqram mengundurkan diri. Ada sesuatu yang dia perlu beritahu Rayyan.

"Terima kasih." Kata Suria sebelum turut mengangkat kaki pergi dari situ.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dia memikirkan kata-kata Haqeem. Nampaknya, dia perlu menyiasat tentang Ifah. Firasatnya tentang ada yang tak kena dengan kehadiran Ifah tampak benar.

Dia sendiri dapat merasakan bahawa Ifah ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

******

"Kenapa weh?" Tanya Rayyan ingin tahu.

"Eleh, tadi kau kata taknak tahu," Sinis suara Iqram.

"Herm, takpelah, kalau macam tuu," Rajuk Rayyan.

Ketawa Iqram pecah. Tahu benar dengan hati sahabatnya itu.

"Nazifah," Nama yang keluar dari mulut Iqram membuatkan jantung Rayyan berdegup laju.

"Nazifah?" Nama itu sangat familiar dalam kehidupannya. Serasanya dia pernah berjumpa dengan seorang perempuan yang bernama Nazifah. Namun dia lupa.

"Ye, Nazifah," Iqram mengangguk berkali-kali.

"Kenapa dengan dia?" Soal Rayyan hairan.

"Aku tak pasti laa, tapi dia suruh Suria hati-hati dengan perempuan tu," Jujur jawapan Iqram

Rayyan teringat dekat perempuan yang pada malam itu bersama Suria. 'Itu ke Nazifah?' detik hati kecil Rayyan.

Namun dia tidak melihat wajah perempuan itu dengan jelas.

'Aku akan jaga kau Suria! Itu janji aku,' getus hati Rayyan.

"Wey, kau termenung apa?" Iqram yang melihat tingkah laku Rayyan merasa semakin pelik.

"Eh, takde apa," Jawab Rayyan ringkas. Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya.

"Ray, aku sebenarnya, dah lama nak tanya kau ni," Iqram menghentikan kata-katanya dan menoleh ke arah Rayyan.

"Kau sebenarnya kan dah lama kenal Suria, betul tak?" Tebak Iqram.

"Aku, aku sebenarnya..," Rayyan menghembus nafas. Iqram perlu tahu.

🕊🕊🕊🕊🕊🕊

Haa, jagn lupa vote okeyhh💗😬

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang