LOVE 23

45 2 1
                                    

"Kau betul ke nak buat kerja ni?" Soal Syasya meminta kepastian daripada Balqis.

"Ye. Aku akan buat dia jadi milik aku," Balqis mengangguk laju. Malam ini dia akan laksanakan rancangannya memandangkan En. Malique dan Pn. Rahimah tidak berada di rumah sekarang.

Syasya melihat Balqis dengan rasa gerun, senekad itu kawannya untuk mendapatkan Rayyan.

Bagi Syasya sendiri Rayyan memang merupakan lelaki idaman kebanyakan wanita di luar sana. Namun tidak pernah terfikir bahawa rakannya itu sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan  Rayyan.

Bukan pertama kali dia mendengar cerita tentang Rayyan dari Balqis. Walaupun baru pernah berjumpa sekali, namun dia dapat rasakan aura kelelakian Rayyan begitu kuat.

Balqis tersenyum memikirkan rancangannya sendiri.

Senja yang sudah hampir berlabuh, membuatkan senyuman Balqis melebar.

"Jom balik, aku nak buat persiapan ni," Ajak Balqis.

Syasya tidak berkata apa-apa yang menurut dari belakang. Hatinya merasa tidak senang dengan sikap kawannya itu namun dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

Selesai solat isyak, Rayyan merebahkan  diri ke atas katil, masih berbaki 2 hari sebelum dia pulang kembali ke selangor. Kepulngannya ini akan membawa dia dan Iqram berpindah ke bandaraya Kuala Lumpur, agar senang dia menguruskan syarikatnya nnti.

Telefon berdering mengganggu fokus Rayyan. Melihat nombor Balqis tertera di muka telefonnya seolah mematahkan semangatnya.

'Ada masalah mungkin,' fikir Rayyan.

"Abangg! Abang tolong Aqis abang, ade orang pecah masuk rumah, Aqis takut!" Jerit Balqis separa berbisik.

"Ya Allah, Balqis tunggu kejap, nanti abang datang," Ucap Rayyan tanpa berfikir panjang.

Dia terus mengambil kunci keretanya dan menuju ke rumah Balqis.

Sudah berada dalam pengetahuannya, pak long dan mak long tidak berada di rumah, namun apabila dia tiba di rumah Balqis, pintu rumah kelihatan terbuka luas.

Risau akan keadaan sepupunya memaksa Rayyan masuk ke dalam rumah itu, atau dengan kata lain, masuk ke dalam perangkap Balqis

Apabila menjejakkan kaki ke dalam, pintu rumah itu ditolak dari luar dan terkunci. Tidak lain tidak bukan itu adalah kerja Syasya yang setia menunggu di bawah tangga.

Rayyan tidak mempedulikan itu, dia terus melangkah mencari Balqis.

"Balqis! Balqis kat mana?" Jerit Rayyan.

"Abang! Aqis kat bilik ni, tolongg," Tanpa sebarang syak wasangka, Rayyan menuju ke bilik Aqis. Pintu dibuka perlahan.

Syasya di luar tidak senang duduk. Tugasnya sekarang adalah menghubungi pejabat agama. Namun dia tidak ada kekuatan untuk itu.

"Syasya, buat apa kat luar ni, kenapa tak masuk?" Soalan dari Pn. Rahimah yang baru pulang membuatkan darah merah tidak memgalir ke muka.

"Mak cik bila sampai?" Soal Syasya.

"Baru je, ni kereta sape ni? Macam kereta Rayyan," Tanya Pn. Rahimah.

Syasya tidak menjawab.

"Kau kenapa muka pucat macam lepas jumpa hantu ni kenapa?" En. Malique sudah mula hairan dengan tingkah anak muda itu.

Syasya tiada pilihan lain, dia memberitahukan rancangan Balqis kepada Pn. Rahimah dan En. Malique.

Rayyan terkedu melihat Balqis yang hanya memakai tuala sahaja sedang berbaring di hadapannya.

Pandangan matanya segera dialih. Hatinya beristighfar laju.

"Kau kenapa ni Balqis!? Bawa mengucap!" Jerkah Rayyan.

"Aqis, sayang abang. Aqis nak kahwin dengan abang," Ucap Balqis seraya berjalan perlahan mendekati Rayyan.

Rayyan mengundurkan diri setapak demi setapak ke belakang.

"Tapi bukan macam ni caranya," Ujar Rayyan.

Balqis cuba memegang tangan Rayyan namun terlebih awal di tepis oleh Rayyan.

"Abang jangan jual mahal sangat bang. Takde lagi kucing yang tolak ikan," Lenggok suara Balqis selari dengan tangannya yang ingin membuka tualanya di hadapan Rayyan.

"Perempuan takde maruahh!!" Bergegar rumah itu dengan suara En. Malique.

"Ayah," "Pak long," Kata Rayyan dan Balqis serentak.

Laju langkah En. Malique sekejap saja sudah berada di hadapan Balqis.

Lama dia memerhatikan Balqis sebelum, panggg!!! Satu tamparan dia hadiahkan kepada Balqis.

"Kau memang anak tak guna!!" Jerkah orang tua itu lagi. Tangannya sudah bersedia untuk melempang anak perempuannya itu untuk kali kedua.

"Abang, dah la tu," Pn. Rahimah menenangkan En. Malique.

Hatinya sebagai seorang ibu terasa bagaikan dirobek-robek apabila melihat tingkah anaknya itu tidak ubah seperti perempuan murahan.

"Pak long, Yan minta maaf," Perlahan suara Rayyan.

"Kau takyah minta maaf ngan aku, memang anak aku yang salah," Luluh hati Rayyan mendengar kata-kata seorang ayah.

"Kau ikut aku," En. Malique menggenggam kuat tangan Balqis dan mengheretnya ke bilik. Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci.

"Yan, kau balik laa ye, pak long harap, apa yang terjadi malam ni, kau tak ceritakan kat sape-sape. Tu je yang pak long dengan mak long minta," Rayyan mengangguk laju.

Dia memang tidak akan menceritakan kepada sesiapapun. Itu adalah aib keluarganya juga.

Rayyan mengucap panjang. Sungguh dia tidak jangkakan perkara itu. Tidak lama kemudian dia meminta izin pulang. Tidak sanggup untuk berlama-lama di situ.

Semasa menuruni tangga, Rayyan mengurut dadanya perlahan apabila melihat kelibat seorang perempuan berpakaian serba hitam di tepi tangga.

Setelah diamati, manusia rupanya.

Rayyan terus beristighfar sehingga sampai ke rumah. Dia ingin melupakan peristiwa tadi. Terasa matanya berdosa apabila melihat seseorang dalam keadaan yang menggaibkan.

Sebelum tidur, sempt dia mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat taubat.

Tidak lupa juga untuk selitkan dalam doanya nama seseorang yang dia rindukan saat ini.

Rayyan melelapkan mata dengan satu senyuman penuh . Sekembalinya dia ke Kuala Lumpur, dia akan berusaha untuk melunaskan janjinya. Janjinya kepada abangnya, Rykarl. Dia akan mencari siapa pembunuh Rykarl.

Kisah hidupnya yang sebenar baru sahaja ingin bermula dan dia yakin, bahagia itu akan tiba.

🕊🕊🕊🕊🕊🕊

Haaa, next chapter akan lebih best dan banyak rahsia akan terungkap.

Tekan bintangkecil tuu.. Heheheheh

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang