LOVE 24

51 2 3
                                    

"Suya, ready dah ker?" Linda menggenggam tangan Suria erat.

Suria menarik nafas panjang. Hari ini merupakan hari majlis graduasinya berlangsung, setelah hampir 3 tahun dia menimba ilmu hari ini, dia akan memegang segulung ijazah.

"Jom," Ajak Linda. Suria mengangguk perlahan.

Linda terlebih dahulu menghabiskan pengajiannya, kerena Suria telah mengextend pengajiannya, berikut kemalangan yang dia hadapi tahun lepas. Hari ini Linda akan menemaninya ke majlis graduasinya.

Suria tidak membenarkan ibu bapanya datang kerana takut akan menyusahkan ibu bapanya yang berada jauh di kampung.

Sebelum Suria menamatkan pengajiannya, beberapa minggu lalu dia ditawarkan kerja di sebuah syarikat sebagai kauselor komuniti.

Nasib turut menyebelahinya apabila permintaanya untuk mula berkerja sebulan selepas dia menjadi graduan di luluskan.

Itu akan memudahkan urusannya untuk pulang ke kampung melawat ibu bapanya. Dia berkira-kira untuk tinggal di sana selama 3 minggu sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk berkerja.

Linda yang menawarkan diri untuk menjadi pemandu Suria pada hari itu, memandu laju ke kompleks UIAM Gombak.

Ifah tidak dapat ikut serta kerana terlibat dengan program di sekolah tempatnya mengajar.

******

"Ray, kau dah tahu serba sedikit pasal abang kau?" Tanya Iqram yang sedang memandu di sebelah Rayyan.

Rayyan mengangguk. "Apa yang aku tahu dia perempuan. Nama dia Gina. Tapi aku masih belum dapat jejak dia sampai hari ni." Terang Rayyan panjang.

Iqram mengangguk-angguk mendengar kata-kata Rayyan.

"Kalau kau nak tahu, dia juga orang sama yang terlibat dalam kes kemalangan Suria tahun lepas," Tambah Rayyan.

Iqram melopong. Terkejut. Tidak sangka akan perkara itu.

"Tapi, aku masih tak faham, apa kaitan abang aku, Suria dan Gina." Rayyan meraup wajahnya.

Meskipun dia tidak pernah lagi bertemu Suria sejak malam itu, namun dia tahu serba sedikit mengenai Suria, daripada Haqeem dan Iqram.

Rayyan juga telah berpindah ke rumahnya sendiri di bandaraya Kuala Lumpur dan sudah tidak tinggal dengan Iqram dan Haqeem.

Kebanyakan cerita mengenai Suria, Iqram yang memberitahunya.

Hampir luluh jantungnya apabila mendapat khabar dari Iqram Suria kemalangan dan parah.

Rayyn yang ketika itu berada di Kelantan atas urusan kerja, terus bergegas kembali ke Kuala Lumpur. Risau betul akan Suria.

Namun hatinya terasa sakit apabila melihat Haqeem yang menemani Suria ketika itu. Dengan hati yang tidak tenteram, dia meninggalkan hospital dan menjaga Suria dari jauh.

"Woi, jauh kau mengelamun ye," Sergah Iqram.

Rayyan mengurut dadanya perlahan. Dia betul-betul berada di dunianya sendiri sebentar tadi.

"Esh, kau ni!" Kesal betul Rayyan dengan Iqram.

"Dah tu, yang kau mengelamun sampai tak ingat dunia dah kenapa? Kau fikir sape ni?" Tanya Iqram.

Senyuman Rayyan melebar.

"Adalah, sebokkk!!" Rayyan mencebik manja.

"Haa memang laa aku baru kenal kau semalam. Dah-dah kau takyah nak sambung mengelamun sangat. Baik kau turun sekarang, dah sampai ni." Ujar Iqram.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang