LOVE 34

45 4 4
                                    

"Eh, suka hati awak je kan nak cakap awak tu bakal suami saya. Kalau tunang saya dengar, kecik hati dia," Kata Suria sedikit marah.

"Okey, sorry ye Suria. Lepas ni aku tak buat dah. Sorryyyy," Rayu Rayyan.

"Hermm ye laa," Tidak mahu perkara itu berpanjangan.

"Rayyan, nanti awak datang laa majlis kahwin saya," Jemput Suria.

"Minggu depan saya dah start cuti dah." Ujar Suria.

"Aduh, sorry, aku rasa aku tak dapat datang laa. Sebab minggu depan aku kena pergi Taiwan, stay sana seminggu." Beritahu Rayyan.

'Kalau aku takde tak kahwin laa kau jawabnya,' desis hati Rayyan. Senyuman perlahan-lahan mekar di bibir.

Sedih. Hati Suria sedih. Dia sangat mengharapkan kehadiran Rayyan.

"Hey, alooo, kenapa sedih pulak ni," Soal Rayyan apabila melihat wajah Suria masam.

"Saya nak awak ade," Kata Suria perlahan.

"Alalalalala, janganlah sedih. Okey-okey, kalau urusan aku habis awal aku pergi okey?" Pujuk Rayyan.

Suria tidak menjawab.

"Suria, jangan macam ni. Okeylah, aku pergi majlis kahwin kau nanti. Tapi kalau aku takde, kau jangan sedih pulak. Kesian suami kau nanti," Rayyan masih berusaha memujuk.

Suria menarik nafas perlahan. "Susah sangat ke dia nak jumpa saya?"

Rayyan terdiam. Bagaikan dihiris hatinya, sedar itu memng salahnya.

"Dia busy tu." Ujar Rayyan.

"Sekejap pun tak boleh ker?" Kata Suria dengan suara sebak.

Rayyan tidak mampu berkata apa-apa. 'Aku minta maaf Suria,' detik hati Rayyan.

"Suria, takmboh sedih-sedih, senyum laa, pleasee,"

Suria melemparkan senyuman pahit kepada Rayyan.

"Dah, dah makan tu. Kang nangis pulak ayam tu nanti," Seloroh Rayyan.

"Haa yelaa, lepas ni hantar saya balik okey?" Pinta Suria.

Rayyan mengangguk perlahan. Dia juga ada urusan selepas ini dan perlu balik ke Kedah secepat mungkin.

*******

Sudah seminggu dia tidak berhubungan dengan Haqil. Lelaki itu hanya membritahunya bahawa dia sibuk.

Seminggu lagi dia akan menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Haqil. Hari ini dia akan pulang ke kampung untuk menyelesaikan apa yang patut.

Majlis perkahwinannya akan berlangsung pada hari Rabu dan kenduri pada hari Khamis.

Suria betul-betul tertanya-tanya Haqil itu orang yang bagaimana.

"Suria, kau takpe ke balik sorang-sorang ni?" Soal Linda.

"Takpe, lagipun nanti kau pergi kan masa aku kahwin? Jangan tak datang pulak. Kalau kau tak datang, aku merajuk, taknak kawan," Suria memeluk tubuh dan mencebik.

Ifah tersenyum sinis melihat Suria.

"Mestilah pergi, kawan baik aku kawin kot," Linda memeluk Suria. Ada tangisan di sebalik pelukan itu.

"Nanti aku dah jarang boleh lepak dengan kau," Ujar Linda. Pelukan dieratkan dan mutiara jernih mengalir perlahan.

"Kau kan ada Ifah, Ifah boleh teman kau kat sini," Kata Suria sambil melihat ke arah Ifah.

Linda mengetatkan pelukan. "Kalau Haqil sakitkan hati kau, bagitahu aku!" Pesan Linda.

"Ye, baiklah Linda sayang," Suria melepaskan pelukan dan menyeka air mata Linda.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang