LOVE 3

170 8 0
                                    

Setelah selesai makan tengah hari dia menuju ke arah sebuah bilik di tingkat bawah. Kakinya yang masih sakit tidak membenarkan Suria untuk mengenakan daya yang lebih terhadap kakinya.

Suria mengambil keputusan untuk solat Zohor di situ. Setelah itu dia berdoa agar Allah memudahkan urusannya di kemudian hari.

Seperti kebiasaannya Suria terlebih dahulu akan singgah di koperasi untuk membantu Kak Na. Sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai Ahli Lembaga Koperasi.

"Kak Na.. Nak bukak fon kejap," Suria meminta.

"Hermm ambiklah, kat atas meja tu," Kak Na juga sudah biasa dengan sikap Suria.

Suria membuka fon Kak Na dan membuka app Instagram. Dia mencari IG seseorang yang amat dia rindui tika ini.

Tiba-tiba Suria diulit rasa yang tidak tahu bagaimana untuk meluahkan rasa itu. Rasa menyesal, rasa sakit hati, rasa rindu, dengki, geram semuanya lah.

Setelah beberapa ketika dia scroll ig tersebut, akhirnya dia menekan satu post yang dipost oleh lelaki itu, mengenai cinta.

Walaupun dia sebenarnya sudah acap kali melihat video tersebut, dia sendiri tidak tahu kenapa, setiap kali dia melihat video tersebut, hatinya akan dilanda perasaan bersalah. Bersalah sangat dengan apa yang telah berlaku dalam hidupnya.

Rasa bersalah dengan hatinya sendiri yang masih tidak mampu untuk melawan rasa cinta. Cinta terhadap manusia.

Kali ini Suria menitiskan air mata. Selalu. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi Suria.

"Kak Na, saya gi dulu deh," Suria meminta izin Kak Na sebelum berlalu pergi. Dia tidak mahu Kak Na mengetahui bahawa dia sedang bersedih.

Moodnya rosak. Dia tiada mood hanya kadang-kadang dia menguntum senyum kambing  apabila berjumpa kawan-kawannya.

Suria nengorak langkah menuju ke kelasnya untuk mengambil buku kimia. Memandangkan hari masih awal, dia lepak sekejap di dalam kelas dan cuba menyiapkan kerja sekolah kimia yang tertangguh.

"Arghh," Jerit Suria perlahan.

"Kimia ni kenapa tak nak bagi kerjasama pulak. Kenapa susah sangat aku nak faham kimia ni," Suara Suria semakin perlahan. Dia meletakkan kepala di meja dan mengongoi di situ.

Tangisannya terhenti apabila pintu kelas terkuak membenarkan cahaya masuk. Dia tidak pasti siapakah gerangan yang membuka pintu itu, kerana dia terus melarikan diri sambil menyeka air matanya dan menuju ke makmal kimia.

Cikgu sudah sedia menunggu di dalam makmal, namun hanya ada pelajar lelaki sahaja di dalam dan tiada seorang pun kelibat pelajar perempuan.

Suria meminta izin untuk ke tandas kerana dia berasa tidak selesa. Dengan keadaanya yang baru sahaja memgalirkan air mata.

Setelah selesai membasuh muka dan membaiki tudung, dia segera kembali ke makmal.

Semua orang sudah memenuhi makmal tersebut. Suria ialah orang terakhir yang memasuki makmal.

Setelah dia mengambil tempat, dia dapat rasakan sesuatu yang asing, makmal kimia ni penuh. Pelik!

Dia mengangkat muka memandang orang sekeliling. "Oh gabung dengan Hamzah," Omel Suria sendirian. Dia lupa.

"Cikgu nak awak siapkan kerja yang cikgu bagi tadi, nanti kita bincang," Suria memandang kosong ke arah kertas kimia di hadapannya.

Suria menutup mata, hatinya berdoa. 'Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk memahami subjek ini, berikan aku ketenangan dalam usaha untuk memahaminya,' perlahan Suria membuka mata, dia tersenyum lebar sebelum membuka soalan kimia itu.

Senyum, adalah salah satu perkara yang dipesan oleh Rayyan kepadanya sekiranya dia berada dalam keadaan sedih. Dan perkara itu ialah antara perkara yang paling Suria pegang.

Aqilah yang dari tadi memerhatikan Suria menyentuh Suria perlahan. Suria agak terkejut dengan tindakan Qilah mengangkat muka memandangnya. Kening Suria dijongketkan sedikit sebagai tanda bertanya kenapa.

"Kau okey tak ni? Macam sedih je," Suria tersenyum mendengar pertanyaan Qilah. Qilah adalah antara orang yang mampu membaca riak wajahnya.

"Taklah, tak sedih pun, stress sikit je, stress dengan kimia. Tidak faham laa dey," Terang Suria panjang. Tidak mahu Qilah bertanya lebih.

Sedang Suria ralit menjawab soaln kimia itu, hati nakalnya berkata, 'Mana Hamez eh?' serentak dengan itu, mata Suria mula liar mencari kelibat Hamez.

Setahu Suria, Hamez jarang berada di meja hadapan jadi Suria mencari Hamez di meja tengah dan belakang, namun hampa kelibat jejaka idaman malaya itu tidak dijumpai.

Suria meneruskan kembali kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.

"Aih, soalan ni nak apa sebenarnya? Geram pulak aku!!" Omel Suria sendirian.

"Sabar Suya," Aqilah menggosok bahu Suria, takut juga andai Suria mengamuk dalam makmal ni.

Baru sahaja Suria ingin mengangkat punggung untuk meminta tunjuk ajar Safwa, dia merasakan ada figura seseorang yang berada di hadapannya begitu menarik minatnya untuk melihat ke arah figura itu.

Lama Suria memandang lelaki yang berada betul-betul di hadapannya itu. Rasa geram mula menyelubungi hatinya.

"Kenapa time-time macam ni laki tu pulak yang duduk depan aku," Geram sungguh Suria tika ini.

Suria menundukkan pandangannya memandang kertas kimia di hadapannya. Perasaannya terasa kosong, namun tanpa disedarinya, ada senyuman nipis yang mula terukir di bibirnya.

"Kau senyum sorang-sorang pahal," Aqilah mengetuk meja kuat sambil memandang Suria. Semua yang berada semeja dengan Suria memandangnya pelik.

Senyuman di bibir Suria semakin mekar. Matanya mengerling sedikit ke hadapan sebagai tanda menyuruh semua orang di situ memandang siapakah gerangan yanv berada di hadapannya.

Tidak semena tangan Suria dicubit kuat oleh Qilah.

"Bongok jugak kau ni," Aqilah menggelengkan kepala melihat perangai Suria yang mudah sangat berubah moodnya.

Suria menjelirkan lidah ke arah Qilah. Hatinya berbunga mekar. Sempat Suria menoleh sekali lagi ke arah Hamez yang berada tepat di hadapannya itu sebelum semua orang yang berada di meja itu menyeru namanya serentak.

Suria menampar pipinya perlahan, "Fokus Suria, tahun depan SPM," Pesan Suria pada dirinya sendiri.

Bermula hari itu, Suria berazam untuk tidak terlalu melayan perasaannya yang entah apa apa itu dan fokus dengan tujuan hidupnya.

Kerjaya sebagai motivator akan berada dalam genggamannya. Itu janjinya pada dirinya sendiri.

🌷🌷🌷🌷🌷

Sorry chapter kali ini tidak begitu menarik, harap semua faham apa yang author ingin sampaikan.

Vote okeyh.. Support authorr plissss😬😬

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang