LOVE 5

162 7 0
                                    

"Kau pergi mana?" Tanya Anis pada Suria apabila dia melihat batang hidung Suria sudah muncul kembali di dalam dewan.

"Saja ambik angin kat luar, kat dalam ni sejuk sangat, nak menggigil dah ni," Seloroh Suria, mahu menyembunyikan perasaannya.

"Hermm, elok la kau masuk ni Yusran nak buat persembahan tu," Kata Anis seraya menjeling ke arah pentas.

Suria hanya tersenyum hambar. Tidak begitu berminat. Harapannya agar, nasyid yang akan dinyanyikan oleh kumpulan Yusran sebentar lagi akan menenangkan hatinya yang bergelora sekarang ini.

Pukulan gendang (tak tahu laa nama sebenar apa, hehe) sudah mula bergema di dalam dewan, menandakan persembahan sudah bermula.

Persembahan nasyid malam itu begitu menenangkan. Malah ada juga yang menitiskan air mata apabila lagu mengenai perpisahan dan persahabatan dinyanyikan kerana mengenangkan selepas ini sudah payah untuk berkumpul seperti ini lagi.

Mata Suria menyorot ke arah Hamez. "Herm pasni susah dah nak tengok muka original Sabahan ni," Suria ketawa perlahan.

Baru sahaja Suria ingin menjamah kuih di hadapan mata, dia merasakan bahawa ada yang memanggilnya di belakang.

Namun dia sangat-sangat malas untuk berpaling. Kuih diambil dan dia melangkah ke tempat duduknya.

Bahu Suria di sentuh perlahan. "Mengelamun kau ni," Sergah Safwa dari belakang.

Suria memandang Safwa geram, "Ape? Lapar ni, nak makan," Tanya Suria geram.

"Ade orang nak jumpa, kat luar," Suria tersedak mendengar pernyataan itu air masak pantas diambil. Safwa menepuk belakang Suria perlahan.

"Apa? Nak jumpa aku? Sape? Malam-malam buta ni," Bebel Suria sebelum meneruskan kunyahan. Tak senonoh betul perangai makan sambil bercakap. Hahhahaha. Biarkan.

"Kau pergi la tengok sendiri, dari tadi lagi dia tunggu," Ujar Safwa.

'Lelaki tadi ke,' desis hati Suria. Dia melangkah perlahan untuk keluar dari dewan. Hatinya berdebar-debar. Takut juga.

Pintu dewan di buka perlahan, kelihatan seorang lelaki sedang membelakangi dirinya. Dia tidak dapat mengecam lelaki itu daripada belakang. Nampak gaya macam Azim Hakimi.

"Kau nak apa?" Tanya Suria apabila dia berada tepat di belakang lelaki itu.

Lelaki itu berpaling menghadapnya. Tepat sangkaan Suria. Azim Hakim.

Suria mengeluh perlahan. 'Apa lagi yang lelaki ni nak, tak habis-habis nak sakitkan hati aku,' tanpa sedar Suria mendengus perlahan.

"Aku nak minta maaf," Suria tersengih sumbing. Agak sukar untuk dia percaya apa yang didengarinya.

"Maaf? Tak payah la Zim, dah lapuk dah maaf kau tu. 5 tahun wei, 5 tahun kau sakitkan hati aku, tak pernah sekali pun kau minta maaf dengan aku, jari ni baru kau nak minta maaf. Lupakan je la, maaf kau tu dah tak laku." Sindir Suria. Sungguh dia sangat membenci lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini.

Azim tersentak. Dia sedar, dia tidak pernah meminta maaf dengan Suria. "Aku buat macam tu, bersebab." Jawab Azim ringkas.

Suria memandang Azim dengan senyuman mengejek. "Sebab? Ha ha ha. Dah la Azim, penat ah," Suria mula mengorak langkah ingin meninggalkan Azim Hakimi.

"Aku suka kau!!" Laung Azim.

Langkah Suria terhenti. Dia kembali menoleh ke arah Azim Hakim. Dia memandang lama ke arah lelaki. Dia tersalah makan ke apa?

"Aku suka kau, dah lama, aku buat macam tu sebab aku tak nak perasaan aku pada kau makin kuat Suria." Terang Azim panjang lebar. Berharap agar Suria memahami isi hatinya.

Suria menelan air liurnya yang terasa pahit. Berat untuk ditelan. Dia tidak tahu apa yang harus dia balas. Mati akal.

"Sungguh, aku suka kau Suria, tapi.. Dalam mimpi kau je la, hahahahahhaha," Ketawa Azim lepas. "Keluar weh, kau tengok muka dia ni  alalala sian nak nangis ker??" Suria melihat ada beberapa orang lelaki yang berada di sebalik tiang muncul dengan tepukan dan ketawa yang kuat.

"Kau ingat aku betul-betul suka kau ke weh perempuan? Kau sedar tak kau tu hodoh. Kau takyah nak perasan cantik la, kalau dah buruk tu, tetap buruk!!!" Jerkah Azim.

Ketawa mereka bergabung mentertawakan Suria yang hanya menunduk memandang lantai, tiada kekuatan untuk mengangkat muka. Dia rasa bodoh, terasa seperti dipermainkan. Air matanya mengalir perlahan.

"Weh korang! Tengok ni, Suria nangis weh. Manja!!" Ejek Azim tegas.

Suria tidak tahu dari mana datangnya kekuatan, dia mengangkat muka memandang Azim dan beberapa lagi orang di belakang Azim. Antaranya ialah Izzuddiin, Izwan, Naufal, Faiz. Yang paling mengejutkan ialah Syahrul Iman turut berada disitu. Sepupunya sendiri. Mereka semua tertawa melihat Suria.

"Memang!! Memang aku manja. Aku mudah menangis. Tapi aku reti nak jaga hati dan perasaan orang. Aku tahu cara nak hormat maruah orang lain. Bukan macam korang semua yang tak reti nak jaga perasaan perempuan. Jangan jadi lelaki dayus bro!! Tak gentle langsung bro!! Fine, hari ni korang menang. Menang sebab boleh mainkan hati aku. Tahniah aku ucapkan." Suria menepuk tangan mengejek. Panjang jawapan Suria mampu mematikan ketawa semua lelaki di hadapannya.

"Korang ingat eh, hati dan perasaan ni, bukan benda boleh buat main!! Sekali ia hancur, jangan harap kau boleh cantum balik, kalau cantum balik pun, takkan sama bro, takkan sama. Terima kasih sebab dah ajar aku cara untuk hargai orang yang masih hargai aku, terima kasih." Suria mengesat air matanya yang masih mengalir di pipi dengan kasar. Dia terus melangkah pergi meninggalkan semua lelaki tadi yang masih terkebil-kebil melihat Suria.

Semasa dia dalam perjalanan ke tandas, dia berselisih dengan Hamez.

"Suria, okey tak?" Tanya Hamez apabila melihat bahu Suria yang terhinjut-hinjut itu, risau juga apabila melihat kawannya dalam keadaan begitu.

Suria mengabaikan panggilan Hamez dan berjalan laju ke arah tandas. Dia perlu tenangkan dirinya terlebih dahulu. Fikirannya berserabut. Hatinya ingin memberontak.

🌷🌷🌷🌷🌷

Ha, sakit hati tak? Author pun akan sakit hati, benci semua adalah. Dia ingat maruah ni senang2 macam tu je ke boleh buat main., aih geram pulak kiter.

Author tahu sebenarnya lelaki takkan diam macam tu jer kalau ada perempuan menjawab apa yang diorang cakap. Tapi dah tak tahu nak buat macam mana..😔😔😝

Jangn lupa vote okeyhh😗😗😗

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang