LOVE 45

53 1 0
                                    

"Arghhhh!!," Stereng kereta dipukul berkali-kali.

Hakim disebelah hanya berdiam. Masih memproses apa yang dilihatnya sebentar tadi.

"Macam mana boleh terlepas. Si*l!!" Bentak Haqeem.

Orang yang dia sayang berada dalam keadaan bahaya.

"Kenapa kau diam je ha? Bini kau tu dah culik orang dan kau diam jer? Eh nyawa Suria dalam bahaya laa Hakim," Geram betul Haqeem melihat sahabatnya yang diam tidak berkutik.

Hakim hanya melepaskan keluhan berat.

"Qeem, bini aku ada BPD." Bagitahu Hakim perlahan.

Mata Haqeem membulat.

Dia pelajar psikologi. Sudah semestinya dia tahu apakah itu BPD.

"Kau ni gila la Kim. Kau memang gila." Haqeem menghidupkan kembali kereta. Dia perlu kembali semula ke majlis perkahwinan Linda.

Rayyan. Itu tujuannya.

Flashback

"Kau nak buat apa ni Qeem?" Hakim yang berada di tempat duduk penumpang bertanya.

"Kau nampak kereta hitam tu. Bini kau ada dalam tu." Jelas Haqeem.

Hakim terdiam.

Mereka mengekori Ifah sehingga ke majlis perkahwinan seseorang.

Kemunculan Suria di kawasan itu telah membuatkan hati Haqeem tidak keruan. Risau.

Melihat Suria dibawa menaiki kereta itu menyakitkan hatinya.

Mana kau pergi Rayyan.
Macam ni kau jaga bini kau?!
Marah bercampur geram.

**********

Gelas di tangan Rayyan jatuh. Pecah. Dadanya turun naik pantas.

"Ya Allah. Kenapa ni?" Gumam Rayyan sendiri.

Rayyan keluar dari dewan mencari kelibat isterinya.

"Sayang!" Suara Rayyan separuh menjerit.

"Suria!" Matanya melilau mencari kelibat isterinya.

"Sayang jangan main-main," Kata Rayyan.

Matanya tertancap pada telefon yang tersidai di sebelah longkang.

'Jangan cakap tu telefon sayang,' hatinya berkata-kata.

Perlahan-lahan dia mendekati telefon itu.

Matanya berkaca-kaca apabila melihat polaroid gambar perkahwinannya di belakang telefon itu.

"Sayang! Jangan laa main-main dengan abang." Kakinya bergerak mencari Suria.

Pandangan matanya sudah berbalam. Dia tidak tahu kenapa dia tidak dapat mengawal emosinya.

Mungkin pembawakan budak yang sepatutnya dialami oleh Suria, dia yang rasa.

Langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang oleh seseorang.

"Ray," Panggil Haqeem.

"Haqeem. Kau ada nampak Suria?" Soalan itu yang pertama keluar.

"Ray, Suria..,"

"Apaa?" Pantas Rayyan mencelah.

"Suria kena culik," Sebaris ayat itu membuatkan Rayyan terduduk.

Hatinya berkecai. Perasaannya bercampur baur.

"Ray, baik kita pergi dulu dari sini, nanti mengganggu majlis orang." Ajak Haqeem.

Rayyan tidak membantah. Dirinya lemah. Separuh nyawanya terasa melayang. Dibiarkan sahaja Haqeem memapahnya ke kereta.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang