LOVE 18

51 2 0
                                    

"Weh, kau jumpa Suria?" Tanya Iqram sebaik sahaja Rayyan masuk ke rumah mereka. Haqeem dan Iqram kelihatannya menunggu kepulangan Rayyan.

Iqram telah mengetahui ceritanya daripada Haqeem yang berada di situ tadi.

Rayyan mengangguk lemah bagi menjawab pertanyaan Iqram.

"Dia marah kau lagi ker?" Tanya Haqeem risau. Takut jika perkara ini akan menjejaskan hubungannya dengan Rayyan.

"Dia okey. Dia tak marah dah. Takpelah, aku masuk bilik dulu, nak kemas barang. Lusa aku nak balik kampung." Senyuman pahit diberikan kepada Iqram dan Haqeem sebelum menapak masuk ke biliknya.

Belum sempat Iqram dan Haqeem menjawab Rayyan telah menutup pintu biliknya rapat sebagai tanda tidak mahu diganggu.

'Takpe biar dia tenang dulu, esok aku tanya. Aku tahu dia perlukan sokongan seseorang sekarang.' getus hati Iqram.

"Takpelah Qeem, nnti okey laa tu dia. Aku masuk bilik dulu, ngantuk." Iqram meminta diri.

Haqeem mengangguk dan mengambil tempat di sofa. TV yang sedari tadi dibuka dibiarkan terus terbuka.

Fikirannya menerawang jauh. Masa masih berbaki 2 tahun sebelum dia menamatkan pengajiannya di UIAM dan sementara itu dia perlu membawa Suria ke suatu tempat. Suria perlu berjumpa dengan seseorang.

Setelah membersihkan diri, fikirannya terasa sedikit tenang. Rayyan mencapai telefon di meja belajar dan menghubungi ibu bapanya di kampung untuk memberitahu akan kepulangannya dua hari mendatang.

Sudah lama Rayyan tidak mendengar khabar Pn. Asyidatul dan En. Fakhrullah. Rayyan bukanlah datang dari keluarga yang kaya namun dia boleh dikategorikan sebagai orang berada.

Pn. Asyidatul memiliki butik pakaian yang tersohor di Kedah dan ayahnya mempunyai perusahaan sendiri.

"Assalamualaikum, ayah." Rayyan memulakan bicara apabila panggilannya telah berjawab.

"Waalaikummusalam, Yan, hang apa kabaq? Ayah minta maaf na, tak pi majlis hang." Jawab En. Fakhrullah.

"Takpe ayah, Yan okey. Yan nak bagitahu lusa Yan balik kampung. Mak sihat kan ayah?" Tanya Rayyan.

"Mak hang macam tu laa Yan, kadang sihat, kadang sakit. Mak hang tu ketegaq. Ayah suh rehat tak mau." Sempat En. Fakhrullah membebel kepada isterinya.

"Amboi abang, mengumpat saya ka?" Kedengaran suara Pn. Asyidatul di hujung talian menghiburkan hati Rayyan.

"Ayah, Yan nak cakap dengan mak." Pinta Rayyan.

"Haa jap," Seketika kemudian dia mendengar suara Pn. Asyidatul.

"Mak, lusa Yan balik, mak tolong masakkan makanan kesukaan Yan boleh?" Suara manja Rayyan gunakan.

"Anak sapalah ni, dh besaq panjang pun mengada lagi macam budak kecil" Bebelan Pn. Asyidatul membuatkan ketawa Rayyan pecah. Sudah lama dia tidak bergurau senda dengan ibunya sejak kejadian malang yang berlaku 2 tahun lepas.

Gelak tawa Rayyan pada malam itu sedikit sebanyak membuat dia lupa akan masalahnya seketika dua.

Namun Rayyan tidak pernah lupa untuk berdoa agar niat sucinya dipermudahkan. Aamiinn.

******

"Suria, awal kau bangun." Tegur Linda yang ketika itu baru keluar dari biliknya.

Suria yang ketika itu sedang menyiapkan sarapan pagi untuk mereka bertiga tersenyum memandang Linda.

Mata Suria yang jelas kelihatan bengkak seakan menjawab segalanya tanpa sempat Linda bertanya apa-apa.

Linda berjalan perlahan mendekati Suria dan tangan Suria diraih perlahan. "Kalau kau rasa nak bahu untuk bersandar, aku ada. Tapi pastikan kau dah dapatkan dulu sejadah untuk kau sujud," Pegangan tangannya dikemaskan dengan harapan dapat memberi kekuatan kepada Suria.

Suria mengangguk lemah.

"Kau pergi panggil Ifah, suruh dia makan sekali. Aku masak nasi minyak ni, rugi kalau tak cuba. Ye la kau tahu kan, aku ni chef pro." Kata Suria seakan mempromosikan diri sendiri.

"Hah, banyaklah kau." Kata Linda. Faham benar dengan sikap Suria yang satu itu. Namun benar, masakan Suria ialah masakan kedua tersedap selepas emaknya.

"Ifah, ooo Ifah." Panggil Linda seraya mengetuk pintu bilik tamu itu.

"Ye, kejap," Sahut Ifah dari dalam.

Pintu bilik dibuka perlahan. "Jom ma..." Belum sempat Linda menghabiskan kata-katanya, dia terkejut melihat rupa lengan Ifah yang penuh dengan parut luka.

Ifah yang baru perasan lengannya terdedah segera menurunkan lengan baju yang disisingnya sebentar tadi.

"Kenapa dengan tan..." Ifah cepat menekup mulut Linda. Sebelah lagi tangannya memberikan isyarat supaya diam. Dia tidak mahu Suria mengetahui akan hal itu.

"Nanti aku bagitahu, tapi kau jangan bagitahu Suria eh?" Pinta Ifah.

Linda mengangguk perlahan.

"Lamanya cik kak oiii," Laung Suria dari dapur.

"Haa kejap-kejap. Minah ni baru bngun." Jawab Linda.

"Dah jom, makan. Nanti cerita kat aku ye," Ifah tersenyum sebelum mengangguk.

Usai menjamu selera pada pagi itu, mereka bergerak menuju ke mall berdekatan. Biasalah perempuan, apalagi shopping laa.

"Kau ade nak beli apa-apa tak?" Tanya Suria kepada Ifah. Semalam Ifah memberitahunya bahawa dia telah ditukarkan daripada sekolah lamanya ke sebuah sekolah menengah berdekatan rumah sewa Suria. Dan buat sementara waktu dia akan tinggal bersama-sama dengan Suria dan Linda.

"Aku nak makan laa, aku rasa nak makan aiskrim tuu," Rengek Linda. Tangannya menunjukkan ke arah kedai aiskrim yang paling mahal disitu.

"Haa jomm," Jawab Suria dan Ifah serentak. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah kedai tersebut.

******

Haqeem melihat tiga orang perempuan yang berjalan melintasi tempat duduknya.

Dia yakin itu Suria dan Linda namun dia tidak pernah melihat siapakah gerangan seorang lagi perempuan yang turut bersama mereka.

Haqeem mengikuti mereka perlahan dari belakang. Hatinya kuat mengatakan dia kenal dengan perempuan itu.

Dia melihat perempuan itu dari belakang, persis sama dengan wanita yang selama ini dia kenali tetapi siapa?

Setelah mengambil tempat, perempuan itu mengambil tempat yang berhadapan dengan tempatnya.

Matanya membulat apabila melihat siapakah gerangan perempuan itu.

Disebabkan Haqeem memakai topi dan memakai mask, mereka tidak dapat mengecam Haqeem namun Haqeem dapat melihat mereka dengan jelas.

'Kau buat apa kat sini, perempuan?' soal hati Haqeem.

'Weyh, jangan cakap kau nak...' tanda tanya mula memainkan peranan dalam minda Haqeem.

Apa yang dia tahu, dia perlu buat sesuatu. Perempuan itu tidak sepeti yang dilihat. Suria perlu tahu.

Nazifah bukanlah seperti yang dia jangka.

🕊🕊🕊🕊🕊🕊

Hermm sape sebenarnya Nazifah ni? Macam mana Haqeem boleh kenal Nazifah? Rahsia apa yang disimpan oleh Nazifah?

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang