LOVE 36

53 3 5
                                    

"Cantiknya kau Suria!!" Ucap Linda teruja apabila melihat Suria yang memakai gaun pengantin itu.

Hari yang ditunggu telah tiba. Hari ini, merupakan hari perkahwinannya dengan Haqil.

Berdebar. Hanya itu yang menggambar perasaanya tika ini.

"Kejap ye Suria, kak bell nak touch up sikit lagi make up ni," Ujar Kak Bell. Suria mengangguk dan membiarkan brush kak Bell bermain di mukanya.

Usai make up, Suria melihat mukanya di cermin. Sesuai permintaan, dia tidak mahu make up yang tebal, cukup hanya nampak berseri.

"Aku berdebar laa Linda." Suria menggenggam tangannya kuat.

"Kau ni Suria. Macam kau pulak eh yang nak akad," Seloroh Linda.

"Kau rasa Haqil sekrang macam mana eh?" Suria cuba membayangkan dirinya berada di tempat Haqil. Fuhh. Luruh jantung dibuatnya.

Linda tersenyum nipis.

"Tadi aku nampak Rayyan kat luar," Kata Linda.

"Serius laa?" Ada sinar di mata Suria.

"Ye. Kau jangn fikir pasal dia pulak. Kau nak kahwin dengan Haqil, bukan dengan dia," Ingatkan Linda.

"Linda, aku rasa Haqil tu Rayyan laa," Ujar Suria perlahan.

Linda tersentak. 'Suria dah tahu ker? Haih.' desis hati Linda.

Linda mengjongketkan bahu. Tidak mahu bercakap lebih, nanti tak jadi kejutan Rayyan.

"Adik, jom. Semua orang dah tunggu," Panggil kak Athirah di pintu bilik.

Suria menarik nafas panjang. Berdebar betul.

Malam ini, dia hanya memakai gaun putih biasa dengan tudung bawal putih. Ye lah akad nikah jer, majlisnya esok.

Dia berjalan menuju ke tempat pengantin perempuan, yang berada di belakang pengantin lelaki. Dia cuba untuk melihat wajah bakal suaminya itu, namun terhalang oleh orang ramai.

"Okey, nampaknya kedua mempelai kita dah bersedia, boleh laa kita mula," Ujar kadi.

En. Luthman mengambil tempat di hadapan pengantin lelaki. Itu hasratnya, ingin menikahkan sendiri puterinya.

Tangan dihulurkan dan disambut lembut oleh lelaki itu.

"Muhammad Rayyan Haiqal bin Mohd Fakhrullah." Panggil En. Luthman.

"Saya," Sahut Rayyan lantang.

Suria mengangkat muka. Terkejut. Perasaannya yang bercampur baur, membuatkan air matanya menitis. 'Rayyan,' rintih hati Suria.

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Nur Suria Adrene binti Ahmad Luthman Nickel, dengan mas kahwinnya RM5000 dan seperangkat alat solat dibayar tunai," Bergetar suara En. Luthman.

"Aku terima nikahnya, Nur Suria Adrene binti Ahmad Luthman Nickel dengan mas kahwin RM 5000 dan seperangkat alat solat dibayar tunai," Jantungnya berdebar laju.

"Sah!!" Bergema suara saksi.

Dengan hanya sekali lafaz Suria dan Rayyan selamat menjadi suami isteri yang sah.

Doa dibaca oleh Ustaz Hafiz. Selesai doa, Rayyan meminta diri untuk menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum majlis batal air sembahyang.

Suria menyeka air matanya dengan tisu. Dia memandang ke arah Linda. Linda hanya tersengih dan menggaru kepala yang tidak gatal. 'Sorry,' mulutnya bergerak perlahan.

Suria menanti penuh debar apabila melihat Rayyan berjalan ke arahnya perlahan.

Rayyan mengambil tempat betul-betul di hadapan Suria. Rapat. Senyuman penuh makna dia ukirkan. Dia tahu Suria terkejut.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang