LOVE 17

56 2 1
                                    

"Betullah itu Rayyan!!" Kata Ifah sedikit menjerit. Namun tiba-tiba mukanya berkerut seribu.

"Takkanlah Suria tak kenal dia?!" Pelik. Hanya itu yang mampu menafsirkan pemikirannya saat ini.

"Tak kenal sape?" Sergah Linda dari belakang.

"Oo mak kau pocot!!" Hampir luruh jantung Ifah mendengar suara yang tiba-tiba berada di belakangnya. Dia menoleh perlahan ke arah Linda.

"Kau sape?" Tanya Linda.

"Oh, hai. Aku Ifah, kawan lama Suria." Ifah memperkenalkan diri.

"Ouh, aku Linda. Housemate dia." Sekuntum senyuman Linda hadiahkan kepada gadis kecil molek dihadapannya itu.

"Aku pernah dengar pasal kau, Suria selalu cerita kau antara orang yang rapat dengan dia masa sekolah dulu," Sambung Linda. Tidak tahu mengapa kehadiran Ifah di rumah itu membuatkan Linda sedikit terganggu.

"Korang dah saling kenal?" Tanya Suria yang muncul tiba-tiba di muka pintu.

Linda dan Ifah berpandangan sesama sendiri dan tersenyum.

"Dah balik Rayyan? Dia nak apa?" Tanya Linda berminat.

"Takde apa, aku penat, aku nak masuk mandi dan rehat." Suria terus berlalu ke bilik tidurnya.

Linda dan Ifah menghantar pemergiannya Suria dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

Setelah agak lama berdiam diri, Linda juga ingin meminta izin ke biliknya.

"Linda, aku nak duduk mana ni?" Tanya Ifah yang terpinga-pinga.

Ketawa Linda pecah. Dia lupa sepenuhnya kepada Ifah.

"Sorry weh, aku lupa kewujudan kau." Ifah hanya tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kau boleh stay kat bilik tetamu kat hujung tu ye. Nanti masuk tu kebas tilam dulu, maklumlah tak guna sangat," Pesan Linda.

Ifah hanya mengangguk faham dan berlalu ke biliknya. Sungguh dia juga penat pada hari ini. Nasibnya baik kerana dia membawa pakaian untuk disalin.

"Setelah membersihkan diri Ifah termenung di atas katil.

'Kenapa Suria tak kenal Rayyan?' bisik hati Ifah. Jelas bahawa Rayyan itu adalah Rayyan yang sama dengan yang mereka kenal suatu masa dulu.

Namun bukan itu yang dirisaukan oleh Ifah. Rahsianya!! Macam mana kalau rahsianya itu terbongkar. Itu yang paling ditakutinya.

Ifah memikirkan cara agar rahsianya yang berada di tangan Rayyan itu tidak terbongkar. Dia harus bertemu dengan Rayyan. Dia tidak mahu Rayyan membocorkan rahsianya.

******

"Aku nak kau tunggu aku," Terngiang-ngiang suara Rayyan di dalam fikirannya.

Pandangan mata Rayyan yang tampak ikhlas itu sedikit sebanyak menggetarkan jiwa wanitanya.

Suria menggelengkan kepala berkali-kali dengn harapan suara itu akn hilang.

"Dia nak aku, tunggu dia?! Hahahahahahhahaha," Ketawa Suria kuat selari dengan air mata yang mengalir perlahan membasahi pipinya.

"Kau kat mana? Aku rindu kau," Rintih Suria perlahan.

Tangannya membuka laci untuk mengambil sekeping gambar yang tersimpan kemas dan diusap perlahan. Gambar seorang lelaki dan perempuan yang kelihatan sangat mesra.

"Kau kat mana Raiq? Lama kau hilang, aku rindu kau," Air mata Suria mengalir laju.

"Kau suruh aku tunggu kau, tapi sampai sekarang kau tak muncul," Gambar itu ditatap lama sebelum dipeluk kemas.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang