LOVE 20

64 2 6
                                    

"Sabar ye sayang, sikit je lagii," Ucap Nazifah perlahan sambil merenung sekeping gambar yang tersimpan kemas di dalam dompetnya.

Gambar seorang lelaki yang tersenyum riang memandang ke arahnya diusap perlahan.

Linda yang kebetulan lalu di hadapan bilik tetamu itu mendengar bicara Ifah kerana pintu bilik itu terkuak sedikit.

'Sayang?' Meremang bulu roma Linda. Hatinya gusar dengan sikap Ifah yang sedang dilihatnya. Kadang bunyi seperti sedang menangis, namun bila dia mendengar lebih lama bunyinya seperti sedang ketawa.

Setelah mengumpul kekuatan, Linda mengetuk pintu bilik Ifah. "Ifah, oo Ifah. Kau okey tak?" Tanya Linda risau.

Ifah yang tersedar dengan tingkahnya menutup dompetnya dan menyeka air matanya sebelum menjawab pertanyaan Linda. Fikirnya sekarang dia harus manfaatkan Linda!!

"Aku, aku okey," Jawab Ifah perlahan. Suaranya sengaja dibuat-buat supaya kedengaran serak-serak basah seperti baru sahaja menangis.

Linda masuk ke bilik itu dan mengambil tempat di samping wanita itu. Dia melihat air mata Ifah yang bertakung pelupil matanya.

"Hey, kau okey tak ni? Kenapa ni?" Bahu Ifah dipegang dan dibawa supaya mengadapnya. Sikap Linda yang baik membuatkan hati Ifah tersenyum.

'Mampus kau! Senang rupanya nak perangkap orang macam kau!' suara itu bergema di seluruh pelosok mindanya.

Air mata yang dibuat-buatnya semakin menjadi-jadi apabila ia mengalir dengan laju menuruni pipi.

Tanpa bertanya lebih, Linda menarik Ifah ke pangkuannya. Fikirnya mungkin saat ini, Nazifah sedang memerlukan peluka dan seseorang untuk bercerita.

Senyuman Ifah semakin lebar apabila Linda seolah termakan dengan rancangannya.

"Aku, isk isk," Tersedu sedan suara Ifah ingin mengeluarkan kata-kata.

"Shh, jangan lah nangis. Kenapa ni cuba cerita dekat aku," Pujuk Linda. Tidak sampai hati melihat kawannya menangis seteruk itu.

Ifah mengawal air matanya dan menarik nafas dalam. Linda perlahan-lahan sudah termakan dengan jebakan Ifah.

"Suami aku...," Ifah memulakan lakonanya.

"Waitt, suami? Kau dah kahwin ker?" Tanya Linda sedikit berminat.

Ifah mengangguk dengan senyuman jahat di bibir yang cuba disembunyikan dari tadi.

"Tapi kau jangan bagitahu Suria, aku tak nak dia tahu," Ujar Ifah.

"Haa okey-okey. Tapi cerita laa dulu, kenapa dengan suami kau?" Jawab Linda.

"Dia dah meninggal," Suaranya mula serak kembali.

Mulut Linda terlopong dengan cerita Ifah.

"Jadi maksudnya sekarang ni, kau janda?" Tanya Linda tidak percaya.

Sekali lagi Ifah mengangguk.

"Tapi macam mana dan bila kau kahwin. Kau muda lagi kut," Satu persatu soalan keluar dari bibir Linda.

"Lepas habis SPM, aku dengan dia dah tunang. Kami kahwin umur 19. Kira-kira 2 tahun lepas. Kami ada seorang anak, yang sekarang berada di kelantan dengan keluarga belah suami aku," Terang Ifah panjang lebar.

Rahang Linda jatuh. Anak. Sungguh dia hampir tidak mempercayai. Melihat keadaan Linda yang begitu Ifah kembali menyambung cerita rekaannya untuk mengukuhkan lagi kepercayaan Linda.

"5 bulan lepas, dia kemalangan dan meninggal di tempat kejadian." Suara Ifah kembali menjadi sebak.

Linda yang seakan memahami perasaan Ifah menggosok bahu Ifah perlahan.

"Aku faham perasaan kau, mesti kau sedih kerana kehilangan suami kau," Ucap Linda.

Senyuman sinis Ifah berikan dalam kesedihan palsunya.

"Sedih? Aku tak sedih pun," Jawapan Ifah sekali lagi mengejutkan Linda.

"Kenapa?" Soal Linda polos

"Kau nampak ni?" Ifah menyising lengan bajunya menunjukkan tangannya yang penuh dengan parut.

"Ni semua, dia yang buat!" Suara Ifah sedikit tinggi.

"Kau jangan bagitahu aku kau kena dera?!" Linda mula risau akan keadaan Ifah.

"Aku tak sangka dia akan buat macam ni, dulu sebelum kahwin, tak pernah tinggi suara, tapi lepas kahwin.." Esakan Ifah pecah. Sudah semestinya esakan pura-pura.

Linda kembali memeluk Ifah untuk menenangkannya. "Okey, dah. Jangan nangis," Pujuk Linda.

Ifah menyeka air mata palsunya. Senyuman di bibir lebar. 'Suria, Suria. Bodoh jugak kawan kau ni, sama je dengan kau!' Bentak hati busuk Ifah.

Apa perancangannya tiada yang tahu. Namun dia tidak tahu, masih ada dua orang jejaka yang boleh menggagalkan semuanya apabila rahsianya terbongkar.

******

"Kau balik kampung berapa hari?" Tanya Iqram yang ketika itu sedang membantu Rayyan memasukkan bagasinya ke dalam kereta.

"Mungkin dalam seminggu atau dua minggu tengok dulu. Aku nak cari ketenangan jap kat kampung. Nanti aku balik sini, kita peroceed dengan syarikat kita okey?" Terang Rayyan.

"Haa okeylah kalau macam tu. Aku pun nak tenangkan diri dalam dua minggu ni. Aku nk balik kampung pun kau sendiri tahu rumah mak ayah aku kat mana," Seloroh Iqram yang merupakan anak jati Kuala Lumpur dan tidak mempunyai kampung.

"Haha, yelah. Tapi aku nak minta satu benda dengan kau." Rayyan mendekatkan dirinya untuk membisikkan sesuatu di telinga Iqram.

"Beres boss," Iqram membuat tanda tabik kepada Rayyan.

"Qeem, nanti ada masa free boleh jenguk aku kat kampung." Pesan Rayyan.

"Baik, bro. Nanti aku pi sana," Jawab Haqeem riang. Walaupun banyak perkara yang telah berlaku Rayyan tetap melayannya seperti adik sendiri.

Setelah bersalaman Rayyan meminta izin untuk pergi. Sempat dia berpesan supaya menjaga rumah dengan baik, jangan sepahkan rumah dan dilarang masuk ke biliknya.

"Pape rogerr," Pesan Rayyan.

Perjalanannya ke kampung yang selalunya tidak mengambil masa terlalu lama namun tidak pada hari ini. Jalan jem menyebabkan dia sampai di Kedah pada lewat malam.

"Dush!" Kereta Rayyan melanggar seseorang.

"Ya Allah, kenapa aku boleh tak nampak ada orang kat depan tu," Dia memberhentikan kenderaannya dan melihat ke arah satu susuk tubuh perempuan yang terduduk di hadapan keretanya.

"Cik, cik okey?" Tanya Rayyan. Matanya melihat ke arah lengan perempuan itu yang melecur dan berdarah.

Perempuan itu mengangkat muka melihat ke arah Rayyan.

"Yan!!" Jerit perempuan itu.

Rayyan sedikit terkejut melihat pemilik suara itu.

"Balqis!" Gadis itu telah muncul kembali dalam kehidupannya. Keluhan berat dilepaskan perlahan.

🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊

Hermm macam mana setakat ni? Hehehe
Jangan lupa vote okeyh😘💗

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang