LOVE 47

44 1 0
                                    

"Okey, aku faham. Terima kasih,” Hakim menutup panggilan.

“Kenapa? Siapa call?" Soal Haqeem.

"Aku rasa aku dah tahu Suria kat mana," sepotong ayat itu menarik perhatian Rayyan yang dari tadi termenung.

Pantas dia berlari mendapatkan Hakim.

" Mana? Bini aku kat mana?" Rayyan mencengkam kedua-dua belah bahu Hakim.

"Tapi tolong jangan berkasar dengan Ifah," pinta Hakim.

Rayyan mengeluh. "Dia dah culik isteri aku Hakim!" Ujar Rayyan separa menengking.

"Aku tahu, tapi aku yakin, aku boleh tenangkan dia. Kau tahu kan dia tak sihat," Hakim mengharap pengertian Rayyan.

Haqeem pula menjadi pendengar sejati. Apa yang dia tahu dia tidak mahu ada yang cedera.

"Okey, tapi kalau dia dah melampau, aku takkan tinggal diam," Sedikit keras suara Rayyan menandakan dia tidak bergurau.

"Okey," jawab Hakim perlahan. 'Sayang tolong jangan terburu-buru,' getus hatinya.

**********

"Suria!" Panggilan Azwani membuatkan tubuh Suria bergetar kuat.

Wani berjalan pantas ke bilik Suria.

Melihatkan Suria yang tertidur lena membuatkan api kemarahannya membuak-buak.

"Weh pompuan bangun laaa," jerit Azwani.

Suria mengkakukan tubuhnya.

"Kau jangan uji kesabaran aku," tegas suara Azwani membuatkan jantung Suria berdebar tidak menentu.

Suria pantas membuka mata dan mengedit ke hujung katil.

"Tahu takut eh," senyuman sini Wani berikan.

"Kau nak apa sebenarnya dari aku?" Soal Suria perlahan.

"Aku nak kau mati. Boleh tak kau buat tu untuk aku? Lepas tu aku takkan kacau kau dah," Suria menelan air liur yang terasa pahit.

PSIKO!! Jeritan itu bergema di minda Suria.

"Apa yang aku dah buat sampai kau nak aku mati?" Tanya Suria berani. Rasanya dia sudah tahu, penyakit apakah yang dihadapi Ifah.

"Kau tak tahu ke buat-buat tak tahu?" Azwani berjalan perlahan ke arah Suria yang berada di birai katil.

Suria menggeleng. Dia buntu.

Azwani menarik kuat tudung yang dipakai Suria sehingga mendedahkan separuh dari rambutnya yang panjang.

"Kau nak tahu apa yang kau buat?" Soal Azwani kuat. Tangannya menggenggam rambut Suria kuat.

"Lepaslah, bagitahu je laaa, takyah main rambut," Suria menggoncangkan kepalanya supaya terlepas dari pegangan Wani.

"Tak semudah tu," genggaman tangannya semakin kuat.

Suria terdiam. Semakin dia bergerak semakin sakit kepalanya.

"Kalau kau nak tahu, sebab kau, laki aku koma, dan sebab kau, anak aku tak jumpa lagi ayah dia sampai arini!!!” kepala Suria ditarik ke hadapan dan dihempaskan ke kepala katil.

"Arghh!!" Sakit. Dia tidak kuat. Kepala nya berdenyut-denyut hebat.

Astaghfirullahalazim. Suria hanya mampu beristighfar di dalam hati.

"Rico! Bryan!" Jerit Wani.

Kelihatan dua jejaka itu berlari-lari anak ke arah boss mereka.

"Ikat dia, bawa ke kilang terbiar kat hujung jalan sana. Aku nak laksanakan misi aku hari ni," Arah Azwani tegas. Matanya perlahan-lahan bertukar merah.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang