LOVE 31

57 2 1
                                        

"Padan muka kau Suria. Kau tunggu laa, tu baru sikit." Gina tersenyum sendirian melihat Suria yang ketakutan apabila melihat kertas yang berdarah itu.

Walaupun dia sedikit kesal kerana Rayyan datang untuk selamatkan Suria, namun baginya ini hanya permulaan.

Tidak menunggu lama dia memandu untuk pulang ke rumah.

"Haish, jam pulak laa masa ni, lambat laa aku nak sampai rumah." Bebel Gina.

"Aku pergi jumpa mamat tu dulu la, kesian dia kan. Dah sebulan aku simpan," Ketawa Gina pecah.

Namun deringan telefon mematikan tawanya.

"Hello, Assalamualaikum," Gina terlebih dahulu memberi salam.

"Waalaikummusalam. Wey, kau kat mana lewat dah ni, kata nak makan malam sekali." Kata seseorang di hujung talian.

"Sorry Linda, malam ni tak boleh laa. Aku tiba-tiba ada urusan." Gina cuba mengelak.

"Hermm ye laa, hati-hati ye," Pesan Linda.

"Baik boss," Jawab Gina.

Panggilan ditamatkan.

"Serabut betul aku perempuan ni haih." Rungut Gina. Pemanduannya semakin laju menuju ke rumah banglo miliknya.

"Macam mana dengan lelaki tu?" Tanya Gina.

"Okey boss, takde masalah." Jawab Rico dan Briz.

"Bagus, dah bagi dia makan ke belum?" Dua orang anak buahnya yang mengawal pintu hanya mengangguk.

"Tapi dia taknak makan boss, katanya nak jumpa boss," Begitahu Rico.

"Ouh okey, bukak pintu," Arah Gina.

Dia melihat seorang lelaki yang sedang terbaring lemah di atas katil. Sudah sebulan lelaki itu berada dalam genggamannya dan hanya diberi makan 3 hari sekali.

Kejam. Ye dia memang kejam. Gina akan menghapuskan sesiapa sahaja yang akan menghalangnya untuk menyeksa Suria, termasuklah lelaki di hadapannya tika ini. Haqeem Eric.

"Woi, bangun!" Gina menggoncang badan Haqeem.

Haqeem mengesat mata. Seluruh tubuh badanya lebam akibat dipukul oleh budak suruhan Gina.

"Lepaskan aku laa," Haqeem meronta. Tangannya diikat dengan rantai besi.

"Lepaskan kau? Hahahahahaha, jangan risau ye Haqeem sayang. Tak lama lagi aku akan lepaskan kau, sebab aku ada tugas untuk kau," Gina mencengkam kuat pipi Haqeem.

Tangan kanannya yang memegang sudu menyua makann ke dalam mulut Haqeem.

"Baik kau makan sekarang," Perintah Gina.

Nasi yang berada di mulut Haqeem semburkan kepada Gina. Tepat di mukanya.

"Aku takkan makan laa gila!" Jerit Haqeem.

Dush! Satu tumbukan singgah di pipinya. Darah mengalir perlahan dari situ.

"Kau nak apa sebenarnya dari aku hah? Nur Nazifah Azwani!?" Bentak Haqeem.

Buk! Satu sepakan tepat diperutnya.

Pipinya kembali dicengkam oleh Gina.

"Kau memang nak cabar aku, Haqeem. Aku dah bagitahu kau, aku Gina!! Bukan Nazifah Azwani." Jelas Gina.

"Nazifah Azwani dah lama mati!!" Tengking Gina.

Gina membetulkan kolar baju Haqeem dan mengusap pipi Haqeem.

"Ololololo, sian kau, habis berdarah. Aku minta maaf eh," Haqeem menjeling Gina tajam. Kata maaf palsu seringkali keluar dari mulut Gina.

"Aku akan lepaskan kau esok, tapi aku nak minta satu jer, jangan kacau rancangan aku." Pinta Gina.

Coretan Cinta TerindahCerita yang bikin terobses. Temukan sekarang