LOVE 32

46 2 4
                                    

"Makan laa," Pelawa Rayyan.

Hidangan kampung yang berada di hadapannya begitu membangkitkan seleranya. Dahlah dia tidak makan dari tengah hari lagi. Dan skrg sudah menginjak malam.

Sempat juga dia dan Rayyan singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib dan isyak.

Sedang dia asyik makan, tiba-tiba dia melihat sebentuk cicin di tangan kiri Rayyan. Muka Suria berubah pelik.

Rayyan yang perasan Suria ralit melihat tangannya bertanya, "Bila kawin?"

"Dalam 3 minggu lagi," Jawab Suria ringkas dan menyuakan nasi ke mulut.

Rayyan tersenyum. "Makan laa elok-elok sikit Suria oii. Anak dara apa makan comot," Tegur Rayyan.

Tangannya cepat mengambil tisu untuk mengelap kotoran di bibir Suria namun cepat Suria elak.

"Takpe, saya boleh buat sendiri," Ujar Suria dengan senyuman. Rayyan bagaikan tersedar dengan tingkah itu mengawal perasaanya sendiri.

Rayyan tidak bersuara lagi selepas itu. Masing-masing diam menikmati hidangan pada malam itu.

"Terima kasih Rayyan. Sebab dah hantar saya balik hari ni." Rayyan tersenyum.

"Jangan lupa esok, aku ambil kau," Sekali lagi Rayyan mengingatkan. Suria hanya memgangguk dia sudah tiada alasan lagi untuk menolak.

Pin. Pin. Sebuah kereta berhenti di hadapan kereta Rayyan.

"Sape tu Suria?" Soal Rayyan.

"Ouh, tu Nazifah." Kawan saya masa sekolah menengah.

Rayyan mengerutkan kening. Kalau begitu sudah pasti dia mengenali perempuan itu.

Ifah berjalan ke arah Rayyan dan Suria. "Assalamualaikum," Sapa Ifah.

Rayyan melihat Ifah tidak berkelip. Perempuan itu, sama dengan... Gina!!

"Waalaikummusalam, kau dari mana baru balik?" Tanya Suria.

"Saja makan kat luar, ada urusan sikit." Jawab Ifah.

Matanya menjeling tajam ke arah Rayyan. Dia perlu berpura-pura tidak mengenali Rayyan.

"Siapa ni Suya?" Ifah berpura-pura tidak mengenali Rayyan.

"Oh, kau tak pernah lagi jumpa Rayyan. Ifah, ni la Rayyan." Ifah melihat ke arah Rayyan yang tersenyum itu.

"Oh, hai. Nazifah. Nazifah Azwani." Ifah memperkenalkan diri.

Rayyan tersenyum. Tepat jangkaannya. Gina berada di hadapan matanya saat ini.

Perkara yang dia risaukan saat ini ialah Gina berada di rumah yang sama dengan Suria. Macam mana dia nak lindungi Suria daripada Gina? Persoalan itu bermain di mindanya.

Kalau dia bagitahu Suria, pasti dia tidak akan percaya. Buntu fikirannya saat ini.

"Takpelah Suya. Aku masuk dulu," Ifah meminta diri.

'Kenapa bukan kau yang mati masa tu Rayyan!!' bentak hati Ifah.

Kejadian yang berlaku pada 8 tahun lepas, berpunca kerana dia.

Kes pembunuhan telah diatur menjadi satu kemalangan yang telah meragut nyawa Rykarl, berpunca dari Gina.

'Kesian abang kau kan, tak pasal-pasal jadi mangsa.' Ifah mengukirkan senyuman mengejek.

'Tapi takpe, kau tunggu nasib kau nanti, kau sayang Suria kan? Kalau mati sama-sama lagi sweet,' bebola mata Ifah bersinar-sinar apabila memikirkan Suria dan Rayyan akan mati di tangannya.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang