LOVE 46

37 1 0
                                    

"Raiq," Setelah sekian lama nama itu tidak kedengaran di halwa telinga lelaki itu, memaksanya untuk berpaling laju.

"Betullah kau Raiq," Ujar lelaki di hadapan Raiq.

Raiq pantas menarik tangan lelaki itu ke tempat yang lebih terpencil.

"Kau sape? Macam mana kau tahu nama aku?" Soal Raiq.

"Kau dah lupa aku ek?" Lelaki di hadapannya menyelak bajunya mendedahkan perutnya yang ber ketul itu.

Satu parut panjang di tunjukkan kepada Raiq.

"Orang yang kau hampir bunuh dulu?" Mata Raiq membulat. Terkejut dengan kebenaran yang baru sahaja didengari sebentar tadi.

Tanpa sedar dia memeluk tubuh lelaki itu erat.

"Aku minta maaf weh, aku tak patut buat kau macam tu," Pohon Raiq.

"Tak lah, bukan salah kau, aku yang salah. Kalau masa tu aku tak bertindak ikut nafsu aku, semua ni takkan jadi dan Suria-" Kata-katanya apabila menyebut nama Suria.

Melihatkan air mata Raiq mengalir deras, lelaki itu kembali mendakap tubuh Raiq. Dia tahu, Raiq sedang bersedih.

Mengungkit kisah lalu hanya akan mengeruhkan keadaan.

*******

"Suria!! Bukak pintu ni, kau jangan cabar aku la pompuan!!" Jerkahan Azwani membuatkan Suria mengundurkan diri ke bucu dinding.

"Ya Allah lindungi aku dan kandunganku," Pinta Suria.

Dushh.

Pintu itu terbuka luas.

Badan Suria menggigil melihat Azwani yang berada di hadapannya tika ini. Sangat berbeda dengan Ifah.

Rambutnya yang pendek dibiarkan lepas. Baju singlet yang dipakai jelas menujukkan parut di bahagian lengannya.

'Ya Allah, permudahkan urusan aku, bantu dia ya Allah,' rintih Suria.

Pisau yang berada di tangan Azwani naik ke pipi Suria. Pipi yang tembam itu ditekan hingga mengalir laju darah dari situ.

"Ifah, sakit." Perlahan saja suara yang dikeluarkan Suria.

"Alololo, sian dia sakit. Hahahhhhahaha," Pisau itu ditarik sedikit ke hadapan menyebabkan torehan pisau semakin panjang.

"Arghhhh!!" Air mata Suria mengalir laju.

'Abang, tolong sayang. Sayang sakit,' suara itu berulang kali bergema di mindanya.

Rico yang berada di sebelah Azwani memandang Suria simpati. Dia sendiri tidak tahu apa salah perempuan itu terhadap bossnya.

Azwani mengambil tempat di hadapan Suria yang sedang duduk mencangkung di bucu dinding.

Pisau yang dipenuhi darah itu dihulurkan kepada  Rico.

"Kau boleh blah," Arah Wani. Rico mengangkat kaki. Jujur hatinya tidak sanggup melihat Suria diseksa begitu.

"Eh pompuan. Mulai hari ini, kalau kau rasa kau nak selamat, kau jangan buat hal. Kau jangan risau, aku takkan tahan kau lama dekat sini. Cukup tiga hari dan kau akan lenyap dari dunia ni," Sinis bicara Azwani membuatkan Suria beristighfar panjang.

"Kenapa kau jadi macam ni?" Suria memberanikan diri bertanya.

Azwani tidak menjawab pandangannya dilemparkan jauh ke luar jendela.

"Macam mana dengan suami kau?" Tersedar akan kata-katanya yang tersilap keluar Suria cuba menjauhkan diri.

Namun terlambat apabila Wani terlebih dahulu mencengkam pipi Suria yang ditorehnya sebentar tadi.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang