LOVE 22

52 2 1
                                    

Tok. Tok. Pintu bilik Suria diketuk. Jam menunjukkan pukul 12 malam.

"Ye, masuk," Laung Suria dari dalam.

Pintu bilik dibuka perlahan. Memandangkan hanya mereka berdua yang berada di tingkat atas, dan Ifah pula masih belum pulang, Suria memberanikan diri untuk menghampiri Suria.

Linda melihat Suria yang sedang bersimpuh di atas sejadah dengan rasa sebak.

Tangan Suria diraih. "Kau okey tak ni?" Tanya Linda.

Suria melentokkan kepalanya di atas bahu Linda. "Aku penat Linda," Luah Suria perlahan. Air matanya mula bertakung tanpa disedari.

Linda tidak berkata apa-apa. Dia lebih suka membiarkan Suria meluahkan segala apa yang dia rasa, hanya tanggannya yang menggenggam tangan Suria lebih kuat.

"Salah ke apa yang aku rasa ni Linda. Perasaan aku, seolah menghukum aku. Kau tahu kan Linda, apa yang aku rasa dengan semua lelaki kat luar sana?" Tanya Suria.

Linda mengangguk laju.

"Tapi tak dengan dia," Luah Suria lagi.

"Siapa Suria? Rayyan ke?" Soal Linda.

Giliran Suria mengangguk lemah.

"Aku rasa macam dihukum kerana terlalu benci lelaki," Suaranya sedikit bergetar.

"Linda, salah ke kalau aku rasa macam ni? Kenapa aku rasa terseksa bila rasa macam ni?" Suria memukul-mukul dadanya tanda menyalahkan dirinya sendiri.

"Eh, eh. Shuhh," Linda menenangkan Suria dengan memeluknya erat.

"Kau jangan cakap macam tu, bukan salah kau laa," Pujuk Linda.

"Aku ni bukannya hebat sangat nak nasihat orang lain. Aku cuma nak kau ingat, kita tak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita pada masa hadapan, sebab hidup kita, bukan kita yang aturkan. Semua perasaan yang ada dalam hidup kita, semua Allah yang bagi. Jadi bila rasa cinta, benci, suka, sayang tu hadir, bukan salah kau, okey." Panjang bicara Linda dengan harapan dapat menenangkan Suria.

"Tapi kau kena ingat jugak, kita boleh ubah semua ni, dengan doa." Linda tersenyum ke arah Suria. Doa. Senjata orang beriman.

Suria hanya mengangguk lemah.

"Linda, malam tu, Rayyan minta sesuatu dari aku," Jelas Suria.

"Apa," Tanya Linda.

"Dia minta aku tunggu dia," Kata-kata Suria itu berakhir dengan mutiara jernih mengalir perlahan menuruni pipi.

*******

"Selamat pagi," Suria menyapa Linda dan Ifah dengan nada ceria.

"Kau kenapa happy sangat ni?" Tnya Ifah.

"Hehe, aku nak ambil mood ceria harini," Mata Suria bersinar-sinar. Dia ingin memulakan hiduo baru dan melupakan semua yang telah berlaku. Hari ini dia adalah Suria yang baru.

"Eh, jom ah makan, aku masak harini," Linda mendabik dada.  Bukan selalu dia menjadi anak dara yang suka berada di dapur.

"Siyes laa kau masak weh," Suria menahan tawa. Dia berjalan menuju ke arah meja makan.

"Haah, Linda masak. Eh, tapi kau nak pergi mana awal pagi ni?" Ifah menyoal.

"Aku ade kerja kat luar. Eh, aku dah lambat ni, aku pergi dulu ye," Sambil mengerling jam di tangan Suria berjalan ke luar rumah.

"Hati-hati Suria!" Laung Linda.

"Ye, baik lah sayangkuu," Sahut Suria dengan ceria.

Ifah yang melihat keceriaan Suria berasa muak.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang