LOVE 29

44 2 3
                                    

"Jadi ini lah orangnye ya," Suria tersenyum ke arah makcik yang berada disebelahnya.

"Ye makcik," Jawab Suria kepada bakal ibu mertuanya. Setelah menerima pinangan tempoh hari, hari ini, dia akan bertunang.

"Suria, takyah panggil makcik, panggil mak jer," Pinta perempuan separuh baya itu.

"Baiklah, mak." Jawab Suria.

Suria memerhati sekeliling. Mencari bakal tunangnya sebenarnya.

"Kamu cari anak mak ker?" Teka perempuan itu apabila melihat mata Suria melilau mencari sesuatu.

"Eh, takdelah," Nafi Suria. Malu sendiri.

"Dia tak datang, ada urusan kerja. Nanti mak bagi nombor dia, kamu bercakap laa dengan dia sendiri ye," Kata bakal ibu mertuanya.

Wanita yang dipanggil mak meraih tanggannya untuk menyarungkan cincin pertunangan. Suria berdebar hebat. Dalam masa beberapa saat lagi, dia akan menjadi tunang kepada seseorang.

Cincin yang kini terletak indah di jari manisnya dipandang perlahan sebelum menyalami tangan seorang ibu yang kini menaruh harapan kepadanya agar dapat menjadi menantu yang baik.

Majlis pertunangan itu berjalan dengan lancar dan meriah namun tidak bagi seseorang yang berada jauh di bawah khemah.

'Kau, takkan bahagia Suria!! Kau dah buat aku sengsara! Kau akan terima nasib yang sama!!,' kata-kata benci itu bergema di setiap genap hatinya.

Dengan hati yang panas, dia berlalu pergi dari situ. Rancangan jahatnya untuk Suria semakin rancak bermain di mindanya.

*******

"Kakak jadi ke balik esok?" Tanya Pn. Nadine yang melihat Suria ralit melipat pakaiannya.

"Jadi, ma. Minggu depan dah start kerja." Ujar Suria.

Sudah seminggu dia bergelar tunang kepada Haqil namun, wajah Haqil pun dia tidak pernah lihat.

"Kakak, dah call Haqil?" Tanya ibunya.

Suria menggeleng perlahan.

Penyepit ketam ibunya hinggap di lengannya. "Kakak ni, macam mana nak kahwin macam ni, tunang sendiri pun tak kenal lagi." Bebel ibunya.

"Alaaa, ma. Nanti eh, nanti kakak call dia," Suria cuba mengelak.

"Nanti, nanti. Sebulan lagi kakak. Sebulan lagi nak kahwin." Ibunya mengingatkan.

Ya, Suria sedar itu. Sekejap betul rasanya berlalu. Tarikh perkahwinannya sebulan dari sekarang. Dia mengeluh berat. Sungguh dia belum bersedia untuk menuju ke alam perkahwinan.

"Ma, kakak tak sedia nak kahwin," Suria mengadu kepada ibunya.

Pn. Nadine mula rasa bersalah. Dia merasakan seolah telah memaksa Suria untuk berkahwin.

"Ma dengan abah minta maaf. Kalau kakak buat semua ni demi ma dan abah." Pn. Nadine sebenarnya memang berat hati untuk melepaskan puterinya itu.

Tambah-tambah lagi apabila dia baru sahaja mengetahui apa yang anaknya itu lalui semasa zaman persekolahannya. Tidak pelik jika anknya itu berasa anti dengan perkahwinan dan lelaki.

Pertama kali bertemu Haqil, dia sudah yakin, Haqil mampu menjaga Suria dengan baik, dan kerana itu juga, dia dan En. Luthman tidak begitu keberatan untuk melepaskan Suria.

Suria memeluk Pn. Nadine. "Kakak tak ready lagi nak jauh dari ma dan abah," Suria mencebik.

"Aish, kakak ni. Macam mana la kahwin kalau macam ni. Manja eh. Kesian suami nanti nak layan perangai kakak." Ujar Pn. Nadine.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang