Sesekali Suria menoleh ke belakang melihat muka lelaki yang dari tadi berjalan di belakangnya. Sungguh dia tidak selesa.
Setelah agak lama dia berfikir, akhirnya dia membuka ruang agar lelaki itu pergi dahulu. Namun lelaki itu masih tetap di belakangnya. Suria sudah mula bengang dengan sikap lelaki itu.
"Encik boleh jalan dulu," Kata Suria. Walaupun dia sangatlah tidak rela untuk bercakap dengan lelaki itu.
Lelaki itu berjalan perlahan untuk melintasinya. Semasa berada betul-betul di hadapan Suria. Dia berhenti dan menoleh ke arah Suria.
Perasaan benci dan muak sudah menyelubungi hati Suria.
"Kau nak apa sebenarnya?" Tanya Suria tegas. Dia tidak suka dipandang begitu.
"Aku nak kau," Jawab lelaki itu pantas.
Suria menarik nafas panjang. Dia tiada mood untuk bergaduh dengan lelaki pada hari ini. Tetapi lelaki di hadapannya ini benar-benar menguji kesabarannya.
"Boleh blah ye encik." Jawab Suria tiada perasaan.
"Hahahahaahha, I will," Jawab lelaki itu sebelum meneruskan perjalanannya.
'Gilaa!!' Bentak Suria di dalam hati. Penumbuknya digempal ke arah lelaki itu. Geram! Benci!
"Kau memang tak kenal aku Suria," Omel Rayyan sendirian.
Dia mengambil telefon di dalam poket seluarnya dan menilik mukanya di skrin.
"Glow up sangat ke muka aku?" Tanya Rayyan pada dirinya sendiri. Senyuman lebar mula diukir. Suka dapat mengusik Suria. Dia bakal manfaatkan masanya yang masih berbaki 3 bulan sebelum graduate ini untuk mengacau Suria. Nakal betul hatinya.
"Jap, kenapa aku rasa macam pernah dengar suara lelaki tadi," Suria menoleh ke arah lelaki yang sudah menjauh darinya itu. Argh, biarkan. Lelaki tetap lelaki.
Suria meneruskan perjalanannya ke arah perpustakaan. Hanisah sedang menunggunya di sana kerana mereka telah berjnji untuk membuat research bersama-sama.
"Serabut betul aku lelaki tu, tengok dah lambat lagi," Bebel Suria sambil melihat jam di tangan. Dia berlari-lari anak ke arah perpustakaan. Tidak mahu di bebel Hanisah.
Sudahlah perangai Hanisah tu macam mak-mak. Sudah. Dia menepuk dahi sendiri.
Nasibnya sungguh baik kerana dia sampai di pintu perpustakaan itu serentak dengan Hanisah. Mujur!! Phew.
Kalau tidak dia perlu menadah telinga mendengar Hanisah membebel pasal masa.
*****
"Oit, sombong," Tegur Rayyan.
Suria rasa ada yang makan kasut harini. Dia sudah naik muak melihat muka Rayyan setiap hari. Tak suka! Menyampah!
Dia menguatkan diri memandang ke arah Rayyan. Suria baru sahaja mengetahui nama lelaki itu Rayyan apabila Laura memberitahunya bahawa lelaki yang selalu mengacaunya ialah top student Law.
"Kau nak apa lagi? Serabut laa!" Nada suara Suria sudah meninggi sedikit.
"Amboi, garang. Senyum la sikit," Rayyan masih berlembut. Dia tidak tahu kenapa, marahnya gadis itu membuatkan dia rasa gembira. Comel sebenarnya.
"Orang yang special je boleh tengok aku senyum. Kau bukan lah orangnya." Setelah mengeluarkan penyataan itu Suria terus berlalu pergi. Langkah besar diambil, tidak mahu lelaki itu terus membontotinya.
Rayyan hanya menghantar Suria pergi dengan lirikan mata. "Aku akan pastikan aku dapat tengok kau senyum suatu hari nanti." Senyuman Rayyan mula melebar. Itu misinya. Dia ingin menjadi seseorang yang special bagi Suria.
Sudah sebulan dia menjadi pemerhati tak bertauliah Suria. Maknanya dia masih mempunyai 2 bulan lagi di universiti ini.
"Herm, done for today, esok pulak ye Suria," Rayyan melangkah menuju ke cafe. Perutnya sudah berbunyi meminta untuk diisi.
"Rayyan!" Iqram yang sudah sedia menunggu Rayyan di cafe memanggil.
Rayyan terus menuju ke arah Iqram. Dan mengambil tempat di hadapan Iqram.
"Amacam plan kau? Membuahkan hasil ke tak lagi?" Soal Iqram. Dia terkejut sebenarnya apabila Rayyan memberitahu bahawa dia akan mencuba untuk menbuatkan perspektif Suria terhadap lelaki berubah.
Melihatkan layanan Suria terhadap Rayyan, nampak gayanya perempuan itu memang sukar untuk diubah. Dia menjadi tertanya-tanya, apakah yang telah gadis itu lalui sehingga sangat sukar baginya membuka hati kepada lelaki.
Rayyan menggeleng. "Hermm, macam tu la weh. Tapi, aku akan pastikan, rancangan aku berjaya." Rayyan menjawab dengan yakin.
"Aku harap kalau kau berjaya dapatkan kepercayaan dia suatu hari nanti, jangan pula kau hancurkan ya," Pesanan Iqram makan dalam.
Rayyan terdiam. 'Adakah aku akan mempermainkan dia sama seperti lelaki-lelaki yang telah mempermainkan hatinya.' Soal Rayyan pada dirinya sendiri.
"Aku tak janji, tapi InsyaAllah, kalau aku dapat kepercayaan dia, aku akan jaga dia, bimbing dia dan buktikan bahawa lelaki bukan semuanya sama. Aku akan pulihkan hati dia yang tak percaya pada cinta," Besar harapan Rayyan.
"Aamiinn, aku doakan. Tinggi harapan kau, semoga Allah permudahkan." Tambah Iqram. Dia suka apabila melihat sahabatnya bahagia. Senyuma mereka bertaut seketika sebelum makanan yang dipesan sampai.
Mereka menjamu perut mereka dengan perasaan yang senang hati.
Sedang mereka membiacarakan yentang assignment sambil makan tengah hari itu, ada seseorang yang berdiri betul-betul di belakang Rayyan.
"Rayyan," Panggil seseorang. Suara itu agak familiar bagi Rayyan. Namun, benarkah dia??
🌷🌷🌷🌷🌷
Siapakah itu? Adakah pengacau sudah datang? Tunggu next chapter. Cerita ni makin lama makin menarik. Author tak sabar nk habiskan cerita ni..😜😜
Jangan lupa vote okeyhh,❤❤❤
KAMU SEDANG MEMBACA
Coretan Cinta Terindah
RandomKejadian yang berlaku dalam hidupnya membuatkan dia begitu membenci lelaki. Namun tiada yang tahu, jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan ada seorang lelaki yang akan membuatkan dia kembali kepada cinta. "Lelaki hanya tahu menyakiti, muktamad!!"...
