LOVE 30

57 3 3
                                    

"Awak pergi mana selama ni?" Soalan itu terpancul dari mulut. Matanya berkedip-kedip menahan air mata yang kian hangat.

'Ingat Suria, kau tunang orang.' pesan Suria pada dirinya sendiri.

"Aku minta maaf, Suria. Aku dah buat kau tunggu untuk satu tempoh yang lama." Pandangan mata mereka masih bersatu seolah berbicara dari hati.

"Awak dah terlambat Rayyan. Saya dah bertunang," Agak perit tekaknya menyebut perkataan tunang.

Rayyan terlopong. "Bertunang? Kenapa aku tak tahu?" Polos Rayyan bertanya.

"Manalah saya tahu, awak yang hilangkan diri," Sinis jawapan Suria.

Rayyan tidak mampu membalas. Dia memeluk tubuh dan bersandar di kerusi.

Lama mereka berdiam diri, barulah Suria meminta diri untuk melakukan kerjanya.

"Suria, jap. Sape nama tunang kau tu? Aku kenal ke?" Soal Rayyan menyembunyikan rasa di hati.

"Nama dia Haqil, awak tak kenal pun dia. Walaupun saya sendiri belum jumpa dia, tapi saya yakin dia boleh jaga saya." Jelas Suria.

Rayyan menggepal penumbuk menimbulkan urat-urat di tangannya. Geram.

"Takpelah Encik Rayyan. Saya keluar dulu." Pinta Suria.

Tanpa menunggu jawapan daripada Rayyan Suria melangkah keluar dari bilik itu.

Rayyan memusingkan kerusi menghadap pemandangan Kuala Lumpur di hadapannya. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"Suria, Suria. Tunang kau sendiri pun tak tahu," Rayyan tersenyum lebar.

Bunyi mesej yang masuk mematikan lamunannya. Mesej yang dihantar oleh seseorang yang bergelar tunang itu dibaca.

      Assalamualaikum, ni Haqil ker?

Ketawa Rayyan pecah. Haqil. Itu nama yang dipilihnya untuk menjadi tunang Suria. Dia tidak mahu, Suria tahu bahwa yang meminangnya tempoh hari ialah dirinya.

      Waalaikummusalam. Ye, siapa ni?

Suria yang menerima balasan itu rasa ingin membebel. Eh mamat ni, tunang sendiri pun tak save nombor ker?

      Haqil, ni Suria. Tunang awak.

Suria memperkenalkan dirinya terlebih dahulu. Tidak tahu pula bahawa dia baru sahaja berjumpa dengan tunangnya sebentar tadi.

    Ohhh, okey.

Suria mula naik geram dengan lelaki itu. 'Betulke mamat ni nak kahwin dengan aku,' rungut Suria dalam hati.

    Awak ni betul ke nak kahwin dengan saya?

Rayyan menahan tawa apabila mendapat mesej itu. Dia melihat cincin tunangnya terletak manis di jari. "Aku dah janji kan nak kahwin dengan kau, Suria." Ujar Rayyan sendirian.

    Kenapa kau taknak kawin dengan aku
   Pulak ker?

Rayyan cuba bermain tarik tali dengan Suria.

Suria menahan rasa geramnya. "Eh mamat ni, aku tanya dia, dia tanya aku balik. Nak kena ni," Omel Suria perlahan.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang