LOVE 42

54 2 0
                                    

"Rayyan," Panggil Balqis.

Rayyan terus melangkah pergi. Dia tidak mahu berbicara dengan gadis itu.

"Rayyan tunggu," Panggil Balqis sekali lagi.

Rayyan menghentikan langkahnya namun tidak menoleh ke belakang. Dia berdiri tegak menanti bicara Balqis.

"Saya nak minta maaf dengan Rayyan. Saya tahu salah saya. Tolong maafkan saya Rayyan. Saya sedar masa tu memang saya buat perkara yang tidak sepatutnya, saya telah menjatuhkan maruah saya sendiri sebagai seorang perempuan.," Panjang lebar bicara Balqis.

"Dah laa Balqis. Saya dah lama maafkan." Jawab Rayyan.

Rayyan ingin meneruskan langkah namun terhenti apabila mendengar bicara Balqis seterusnya.

"Terima kasih!! Kalau bukan sebab Rayyan tidak menghebohkan perkara pada malam itu, saya takkan ada peluang untuk jadi diri saya yang sekarang. Terima kasih Rayyan!!" Disebalik purdah itu terdapat senyuman yang sangat manis diukirkan.

Rayyan hanya merasa lega. Tindakannya dulu adalah satu keputusan yang tepat.

Rayyan mengukirkan senyuman dan terus berlalu pergi.

Telefon di poket seluarnya berbunyi.

Rayyan terus mengangkat tanpa melihat nama pemanggil.

"Boss, aku dah cari apa yang kau suruh. Betul kau kata, mereka orang yang sama," Jelas Vodka di hujung talian.

Rayyan tersenyum mengejek dan menamatkan panggilan.

"Kau nak main-main dengan aku ye," Senyumannya melebar.

"Abang, dah kenapa senyum sorang-sorang tu?" Tegur Suria.

"Hehehehe, takde apalah. Dah siap dah?" Suria mengangguk. Rayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mereka memasukkan beg kedalam kereta.

Telefon Rayyan berbunyi sekali lagi membuatkan Suria sedikit tertanya-tanya.

"Sayang," Panggil Rayyan perlahan.

"Ye," Suria mengangkat muka memandang Rayyan.

Rayyan berjalan ke arah Suria yang tekun melihatnya dan menunggu jawapannya.

Sebaik tiba dihadapan Suria, Rayyan menggenggam bahu Suria kuat.

"Abang, kenapa?" Tanya Suria apabila Rayyan hanya berdiam diri.

"Linda," Jawab Rayyan sepatah.

Dada Suria berdebar laju. Patutlah hatinya tidak senang duduk dari semalam.

"Sayang banyakkan bersabar," Pesan Rayyan.

"Abang, jangan main-main," Suara Suria naik seoktaf.

"Linda, dah sedar," Senyuman lebar menghiasi wajah Rayyan sewaktu memberitahu Suria kebenaran itu.

Namun senyuman itu tidak kekal lama apabila muka Rayyan perlahan-lahan berkerut menahan kesakitan apabila perutnya dicubit kuat oleh Suria.

"Haa main-main lagi." Suria merengek perlahan.

"Sorry ye sayang, saja nak usik sayang," Rayyan mengenyitkan mata ke arah Suria.

Tanpa sedar Suria tersenyum meleret.

"Ye laa, nasib baik hensem," Omel Suria perlahan.

"Apa dia sayang?" Rayyan berpura-pura tidak dengar. Walhal pipinya sudah merah membahang menahan malu kerana itu kali pertama Suria memujinya.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang