LOVE 16

60 3 0
                                    

Rayyan mundar mandir di dalam biliknya sendiri. sehari suntuk dia cuba mencari Suria namun dia masih belum menjejaki gadis tersebut.

Dia tahu Suria marah kepadanya kerana tidak memberitahu lebih awal kepada Suria bahawa dia dan Haqeem merupakan kawan rapat. namun dia tidak menyangka bahawa Suria akan semarah itu kepadanya.

tangannya sudah letih menghubungi gadis itu menggunakan nombor keduanya. Rayyan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke rumah sewa Suria dan Linda.   

"Apa? Jadi hari ni Suria takde dengan kau?” jerit Linda. Sangkanya Suria harini menghabiskan waktu dengan Rayyan memandangkan selepas ini sudah sukar untuknya beryemu Rayyan di lain waktu dan kedatangan Rayyan ke rumahnya pada malam ini membuatkan sangkaan meleset.

" Aku minta maaf, memang tadi dia ade pergi ke universiti dan aku hanya sempat melihat mukanya sebelum dia marah aku dan pergi dari situ, tapi aku tak tahu dia pergi ke mana'" Keluh Rayyan hatinya benar-benar kesal.

"Kenapa dia marah kau? Kau buat apa kat dia?" Tanya Linda dalam nada marah.

Rayyan menarik nafas panjang sebelum menceritakan semuanya kepada Linda.

"Tapi betul, aku memang tak tahu langsung pasal masa lalu mereka berdua. Haqeem baru sahaja bagitahu aku minggu lepas, dan lepas tu aku dah berjanji nak lindungi Suria, aku taknak ade orang sakitkan hati dia lagi," Laju ayat itu meluncur keluar dari mulut Rayyan tanpa sedar.

Linda yang agak terkejut dengan kata-kata Rayyan tersenyum perlahan. Jadi betullah apa yang dia rasa, Rayyan memang dah sayangkan Suria dan kawannya itu tidak bertepuk sebelah tangan.

Rayyan yang mula sedar dengan kata-katanya memalingkan muka ke arah lain, malu dengan Linda.

"Habistu sekarang kau nak buat apa?" Tanya Linda.

"Boleh tak aku nak tunggu dia dekat sini?" Jawab Rayyan seraya mengerling jam di tangan yang menunjukkan pukul 9 malam. Nasib baik dia telah menunaikan solat Isyak sebelum datang ke sini.

Linda jatuh kasihan kepada Rayyan dan dia dapat rasakan ketulusan Rayyan.

"Hermm ye laa, kau tunggu kat luar ni je tau, kalau Suria tak balik jugak, kau balik la ye," Pesan Linda. Rayyan hanya mengangguk lemah.

Setelah hampir 15 minit menunggu, kereta Suria perlahan-lahan diparkir di hadapan rumah sewanya, Rayyan menanti Suria dengan rasa gelisah.

Suria dan Ifah keluar serentak dari kereta dan melihat ke arah Rayyan. Ifah terkedu melihat Rayyan manakala muka Suria mula kelihatan cuak.

Suria berjalan menuju ke arah Rayyan dan meminta Ifah untuk masuk terlebih dahulu, dia tidak mahu Ifah mendengar perbualannya dengan Rayyan.

"Kau nak apa lagi?" Tanya Suria perlahan cuba untuk mengawal marahnya.

"Aku nak minta maaf, apa yang tengok tak sama dengan apa yang kau fikir, Suria," Lembut suara Rayyan menutur bicara.

Senyuman sinis dilemparkan Suria kepada Rayyan. "Macam mana kau tahu apa yang aku fikir?" Masih perlahan nada Suria.

"Aku tahu kau fikir yang aku bersengkokol dengan Haqeem untuk sakitkan hati kau," "Haa, baguslah kalau kau faham, hati aku sakit kau tahu tak?" Celah Suria dengan nada tinggi.

"Tapi kau salah Suria, aku takde niat pun nak lukakan hati kau, aku takkan buat mcm tu," Tegas bicara Rayyan membuatkan lidah Suria kelu untuk menjawab.

Melihatkan Suria seolah tidak ingin berbicara Rayyan mengambil kesempatan itu untuk menceritakan semuanya kepada Suria tentang macam mana dia bertemu dengan Haqeem dan macam mana dia mengetahui tentang apa yang berlaku dalam masa lalu Suria.

Suria yang mendengar dengan teliti perasaannya mula bercampur-baur. Hanya ada satu soalan yang bermain di fikirannya.

"Rayyan!!" Panggil Suria. Rayyan yang terhenti perkataannya disebabkan suara Suria menoleh ke arah Suria yang tampak sedikit kebingungan.

"Ye?" Rayyan menjongketkan sebelah keningnya.

"Kenapa?" Tanya Suria.

Muka Rayyan berkerut seribu. "Kenapa? Kenapa apa?" Sungguh dia tidak faham dengan soalan Suria.

"Kenapa kau layan aku baik sedangkan aku layan kau jahat dan kenapa kau tak mainkan aku sama macam yang lelaki lain buat dekat aku?" Tanya Suria panjang.

'Kau dah lupa aku Suria,' keluh hati Rayyan perlahan. 'Kalau kau nak tahu, kaulah, orang pertama yang buat aku rasa macam ni,' jerit hati kecil Rayyan.

"Kau nak tahu kenapa?" Tanya Rayyan perlahan.

Suria menggangguk laju.

"Aku buat macam ni, sebab aku nak jaga kau." Sebaris ayat yang keluar dari mulut Rayyan membuatkan Suria kaku. Dia tidak sangka yang perkataan itu akan keluar dari mulut Rayyan.

'Jaga' perkataan itu bergema di setiap sudut hatinya. Tanpa sedar senyuman nipis diukirkan di bibirnya.

Rayyan melihat ke arah Suria yang tersenyum itu. 'Macam mana aku tak rasa nak jaga kau Suria, senyuman kau tu dah cukup untuk buat aku rasa sesuatu di dalam hati,'

"Kau okey?" Tanya Rayyan.

Seakan tersedar dari lamunan panjang Suria mengeluh panjang.

"Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih sebab kau nak jaga aku tapi, aku rasa tak perlu kut, sebab perkataan jaga tu tak sesuai untuk orang macam aku. Dan kalau kau rasa nak jadi pelindung, ramai lagi wanita kat luar sana yang perlukan orang lelaki macam kau, tapi bukan aku. Takpelah Rayyan kau baliklah ye, dah malam ni, aku dah maafkan kau," Suria menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Rayyan. Sebelum menuju ke pintu rumahnya.

Hati Rayyan sedikit hancur dengan kata-kata Suria. Namun belum masanya untuk dia menyerah.

"Suria!! Tunggu!!" Panggilan Rayyan menghentikan langkah Suria. Dia menoleh ke belakang.

"Aku cuma nak minta satu benda dari kau," Dia melihat ke arah Suria dengan pandangan mata yang redup.

"Apa?" Tanya Suria

"Aku nak kau tunggu aku, boleh?" Pinta Rayyan.

Debaran halus bermain di hati Suria. Soalan itu bagaikan angin yang menenangkan dirinya.

🕊🕊🕊🕊🕊🕊

Haaa macam manaa best tak hehehehe
Jangan lupa vote okeyh

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang