BAB 40: PERTEMPURAN

83 8 3
                                    

Bab ini agak sukar ditulis kerana beberapa aksi berlaku serentak. Apa pun Akak cuba. Please vote and comment.

PENDATANG HARAM

Tersembunyi dalam kegelapan malam, sebuah kapal nelayan berlabuh beberapa meter dari pantai. Sebuah sampan diturunkan. Beberapa orang lelaki menaiki sampan itu dan mendayungnya menuju ke pantai.

Tan Sri Sabri memandang ke arah gerombolan The Black Dragon yang baru mendarat itu dengan perasaan puas. Kali ini mereka masuk secara haram. Tujuannya supaya sukar dikesan oleh pihak yang berkuasa, khasnya SIU yang begitu berminat untuk menghapuskan rangkaian triad itu di Malaysia. 

Semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Riwayat Tan Sri Adnan akan tamat selepas ini. Nasib Komander Imran juga di tangannya. Begitulah hati jahatnya mengira-ngira anak ayam yang belum menetas.

M04 yang turut hadir dalam majlis resepsi Zuhal dan Iman akan membuka pintu dari dalam jika diperlukan. Jika tiada masalah, M04 hanya menjadi saksi sahaja.

Amani dan Iman akan ditawan.

Amani untuknya. Dia menjilat bibir atasnya ketika terbayang tubuh seksi Amani.

Iman untuk Zhou Weng, Ketua The Black Dragon. Lantak dia nak buat apa dengan Iman, fikirnya.

Kedua perempuan itu akan menjadi khadam mereka seumur hidup.

Tan Sri Sabri senyum seolah-olah kerjanya sudah selesai.

Serangan bersenjata ke atas majlis resepsi itu akan menjadi sejarah pembunuhan beramai-ramai yang pertama dilakukan oleh gerombolan triad yang didatangkan khas ke Tanah Melayu (kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia), selepas keganasan bintang tiga dan komunis dalam tahun empat puluhan.

"Selepas pembunuhan itu, M01 akan membuat kenyataan berdasarkan risalah yang ditinggalkan penyerang," jelas M03.

"Dalam risalah itu disebut kumpulan serpihan puak Taliban mengaku bertanggungjawab?" Tan Sri Sabri mahu memastikan semua rancangan berjalan lancar. M03 mengangguk.

"Kumpulan itu mendakwa Tan Sri Adnan ejen Imperialis Amerika Syarikat. Dia mencipta permainan video online untuk mengkhayalkan umat Islam yang menjurus kepada perjudian."

"Brilliant!" Semakin lebar senyuman Tan Sri Sabri.

Segala dendam yang terpendam sekian lama akan menemui penghujungnya.

"Kumpulan ini mengaku mahu membalas dendam terhadap kematian Ketua mereka Dr Farooq Khan." M03 menyambung penjelasan rancangannya. 

Bagi semua pihak negara-negara yang memusuhi gerakan Mujahidin, Dr Farooq Khan yang mereka label sebagai Ketua Mafia negara bekas Kesatuan Soviet itu, secara rasmi, sudah mati.

Di tangan M03 sudah siap skrip yang harus dibaca dalam persidangan media yang akan diadakan selepas serangan tersebut.

"Semua senjata yang digunakan adalah senjata biasa puak Taliban," tambahnya.

"Bagus!" Tan Sri Sabri memuji. "Kita perlu buat semua dengan detail. Jangan lupa, kumpulan SNAP sangat teliti dalam siasatan diorang. Lebih-lebih jika melibatkan ahlinya."

"Betul," jawab M03. "Walaupun kita dapat melumpuhkan SNAP ASIA, jangan lupa masih ada SNAP EU dan SNAP US. Adrian Vasile takkan berdiam diri melihat anak buahnya disembelih."

"Di mana aku berada, kumpulan itu takkan tahu," balas Tan Sri Sabri dengan angkuh.

"Kami percaya tempat itu dilengkapi dengan CCTV. Pihak kami akan gunakan Imej daripada CCTV  untuk membantu rumusan kita tentang serangan itu," jelas M03 lagi dengan penuh yakin.

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now