BAB 52: LOVE AND WAR

83 8 0
                                    

KEKESALAN

Bukan Abrar curang. Abrar tidak pernah bermain kayu tiga, setahunya. Tetapi keluarganya yang memandang bahawa darjat datang dari profesyen itu menjadi anai-anai di tiang masjid yang dibina mereka bersama. Semakin lama semakin membiak anai-anai itu. Akhirnya masjid itu runtuh, apabila anak sulungnya lahir tidak cukup umur dan pergi menemui Maha Pencipta.

Abah hanya seorang petani. Aku hanya anak angkat tukang masak. Abrar anak Pegawai Tinggi Kerajaan yang berpangkat Dato' Seri.

Amani memandang batu pusara kecil itu dengan sayu. Sudah empat tahun berlalu. Kesedihan masih tidak mahu pergi. Kalaulah Aiman Umar Ikhwan hidup, dia tentu sudah dimasukkan ke tadika. Tetapi Allah Maha Tahu. Dia tak akan dapat mempertahankan masjid yang didirikan penuh dengan rasa kecintaan sesama manusia itu. Aiman akan jadi mangsa jika dia dan Abrar bercerai.

"Maafkan mama, Aiman. Mama tak dapat pertahankan kamu. Esok mama akan nikah semula. Tapi bukan dengan papa kamu. Mama harap, Aiman redakan tindakan mama. Aiman tinggal baik-baik di sana ya."

Saif yang menemani Amani turut terkesan dengan kepiluan kak anjangnya.  "Anjang. Lupakanlah kesedihan lalu. Esok anjang nikah dengan Abang Alif. Patut anjang redakan pemergian Aiman dan move on."

Air mata terus juga berjurai keluar. "Entahlah. Dia macam ada ketika Abang Alif bertanya tentang cinta."

"Anjang terlalu ikut perasaan."

Wajah Saif direnung. Namun, hanya hati berkata-kata. Silapkah aku melawat pusara anak pada petang hari aku nikah dengan Alif?

Saif seolah-olah faham apa yang sedang berperang di hati kakak kesayangnnya itu. "Saif percaya tentu Aiman mahu mamanya bahagia."

Mereka berjalan perlahan-lahan meninggalkan kawasan perkuburan itu dengan perasaan sebal dan kesal bercampur-campur.

Kedengaran bunyi derap kaki yang semakin dekat membuat Amani dan Saif menoleh.

"Abang Abrar!"

Saif terus melangkah di hadapan Amani. "Abang nak apa datang sini?"

Abrar menjawab tanpa memandang Saif tetapi tepat ke wajah Amani. "Di sini rupanya pusara anak abang. Takkan abang tak boleh datang?"

Amani dapat merasa ketegangan akan berlaku. "Saif. Tunggu di kereta. Biar anjang bercakap."

Saif faham. Dia berpaling meninggalkan mereka tanpa kata.

Jeda.

"Sampai hati Amani sembunyi di mana pusara anak kita."

"Buat apa nak tahu? Abang pentingkan kerja ikut Menteri keluar negara. Abang pun tak balik di hari arwah dikebumikan. "

"Abang di Moscow. Kalau balik pun tak sempat."

"Sedapnya abang cakap. Habis? Amani ni siapa?"

Abrar terkedu seketika. Benar. Dia sepatutnya pulang untuk memujuk Amani yang kesedihan. Tetapi urusan kerjanya tidak mengizinkan. Kepulangannya amat lewat. Bukan hanya anaknya sudah dikuburkan, hati Amani juga sudah menjadi kaku seperti bayinya. Akibatnya, kematian anak yang baru berusia lebih sedikit 6 bulan dalam perut itu berterusan menjadi punca perbalahan mereka.

Keluarga Abrar tidak berhenti-henti menyalahkan Amani, yang ketika itu agak sibuk dengan perniagaan yang diceburinya. Kerana itu juga Amani enggan mengikut Abrar apabila dia ditempatkan di kedutaan Malaysia di Jepun, sebaik sahaja pulang dari Moscow. 

"Sudahlah abang. Jangan berdalih lagi. Abang sibuk melobi Menteri untuk dapat jadi pegawai kedutaan di negara maju. Anak pun abang tak peduli. Keluarga abang tentu suka kita bercerai."

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now