BAB 25: FORENSIK

101 8 0
                                    

ANALISIS

Tan Sri Adnan memanggil Ruslan, Akbar dan Jonathan untuk menghadiri mesyuarat khas di AMAN MARIAH bagi membincangkan penemuan siasatan forensik kes Alif jatuh motorsikal. Ia seperti kemalangan biasa. Tetapi Tan Sri Adnan tidak mahu mengabaikannya. Dia sudah membaca hasil dapatan siasatan forensik tersebut. Baginya penemuan itu amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi jamuan resepsi perkahwinan Zuhal dan Iman semakin dekat.

Iman mahu membatalkannya, kerana bimbang tentang risiko yang bakal mereka hadapi. Zuhal pula mahu menggunakannya sebagai umpan untuk menarik penyangak supaya jatuh ke perangkapnya.

Semua ahli SNAP dan wakil SIU hadir dalam mesyuarat itu. Kali ini Alif dijemput sekali sebagai 'mangsa' yang perlu menjawab soalan yang berbangkit.

"Kami menemukan satu alat pemusnah brek yang menggunakan timer pada bike Alif." Zuhal memulakan pembentangan dapatanya.

Sebuah video ditayangkan untuk menunjukkan proses siasatan dan imej alat itu turut dipamerkan.

"Tujuan meletakkan timer ialah untuk memastikan Alif telah keluar dari LE-FITNESS dan masuk ke lebuhraya yang banyak kenderaan lori di waktu malam," sambung Zuhal. "Ketika itu Alif akan memandu dengan laju. Timer akan secara automatik diaktifkan mengikut kelajuan motorsikal untuk merosakkan sistem brek."

Tan Sri Adnan menggeleng-gelengkan kepala. Dalam hati berkata-kata, kejamnya manusia!

"Alif ketika diawal pemanduan berbual dengan Amani menerusi komunikasi wireless. Ia menyebabkan dia tidak memandu dengan laju. Betul Alif?" sambung Zuhal. Wajah Alif dipandang untuk mendapat kepastian. Alif mengangguk.

Zuhal meneruskan pembentangannya. "Bagaimanapun, perbualan dengan Amani membuat dia sedikit distracted. Jadi dia terkejut apabila di hadapannya ada lubang."

"Tapi saya masih boleh membrek." Alif mencelah.

"Betul. Sebab kelajuan pemanduan Alif belum sampai pada tahap yang mengaktifkan timer alat perosak brek itu. Ironisnya, sembang Alif dengan Amani dan lubang itu menyelamatkan dia daripada perangkap yang dipasang oleh bajingan itu," ujar Zuhal.

"Macam mana tu?" Tan Sri Adnan mahu penjelasan kesimpulan yang pelik ini.

Zuhal memperincikan penemuannya. "Pertama, ia memberhentikan perjalanan Alif sebelum tiba di lebuhraya. Jadi timer gagal diaktifkan. Kedua, ketika sembang-sembang itu (Zuhal senyum sebab dia tahu isi kandungan sembang mereka), Alif memandu agak perlahan. Jadi, walaupun dia brek tiba-tiba, bike tidak melambung, yang boleh buat dia cedera parah."

"Yang pandai pasang benda macam tu Sabri." Tan Sri Adnan mencadangkan. Dia tidak lagi menyebut 'Tan Sri' yang ada di hadapan nama musuhnya itu.

"Saya tak fikir Uncle Sabri nak bunuh saya, sebab tugas saya belum selesai," balas Alif.

Danny tidak setuju. "Dia mungkin nak bunuh kau sebab dia tahu kau mengkhianatinya. Mujur kau pakai baju memandu dengan lengkap."

"Tak mungkin dia. Buktinya dia masih mencari saya dan mendesak saya." Alif menegaskan.

Tan Sri Adnan tak puas hati selagi dia tak tahu siapa pengkhianat itu. "Jadi siapa?" 

"CCTV di Le FITNESS dan di lorong awam tidak dapat memastikan wajah orang yang memasang alat perosak sistem brek bike Alif." Akbar mencelah. "Dia memakai topi keledar bertutup muka."

Hanya Akbar yang mempunyai hak untuk akses CCTV awam, kerana tugasnya dalam Unit Siber (Bahagian Jenayah IT) pasukan Datuk Sulaiman. Satu klip video mengenainya ditunjukkan.

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now