PERSETUJUAN
Macam-macam dia lakukan untuk menarik perhatian Amani. Tetapi Amani buat muka kejung. Kes menyelamatkan Zain, yang dia tak rancang, Amani senyum. Kali ini Amani senyum lebar. Dia berjaya. Ia seolah-olah satu perkembangan positif baginya.
Lalu kesempatan ini digunakan Alif sepenuhnya. Dia bukan remaja belasan tahun yang baru belajar mengorat budak sekolah.
Amani pula terapung di laut dengan hanya Alif sebagai teman, tidak punya banyak pilihan. Atau lebih tepat tiada pilihan.
"Sudah habis fikir?" Alif menyoal.
Amani tahu maksud Alif. Lalu dia terbayang wajah Sherry, teman wanita Abrar yang tidak diakuinya.
Kenapa aku harus menyiksa diri?
Mengapa masih tenggelam dalam impian istana silam yang sudah hancur, sedangkan Abrar sudah ada wanita lain yang mengisi hatinya? Alif yang gila-gila mungkin bukan lelaki idamannya. Tetapi apa salahnya menggunakan dia sebagai ganti sementara? Orang kata 'spare tyre'. Tak sempurna, tetapi jadilah sehingga sampai ke bengkel.
Bengkel apa?
Bengkel untuk memperbaiki hati yang koyak.
Dah desperate sangat ke aku?
Memang desperate pun.
Eh, siapa kata Alif tak sempurna?
Dia sempurna daripada segi fisikalnya.
"Dengan satu syarat," balas Amani.
"Apa dia?"
"Awak dah kata akan setuju dengan apa-apa terma Amani, kan?"
"Yup . . . Asalkan ia bukan 'NO'."
"Awak tak boleh ada hubungan dengan perempuan lain dalam sebulan ini."
"Termasuk model?"
"Ya . . . Termasuk model."
"Deal!" kata Alif.
Amani harap Alif akan menolak termanya. Bagaimana boleh dia tiada hubungan dengan model-model perempuan itu sedangkan dirinya sendiri juga model? Tapi ternyata harapan itu meleset.
Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Sebaik sahaja janji dilafaz. Alif terus menuntut 'dating' pertamanya.
"Lunch date," kata Alif sambil menuding ke arah kapal layar yang lebih hampir. "Di situ."
Selepas berkata-kata, laju Alif menarik Amani menuju ke kapal layar SEA NYMPH 2, yang disewanya dari pemilik yang sama dengan SEA NYMPH 1.
Seketika kemudian Amani sudah berada di atas geladak kapal layar itu.
Mujur bukan hanya aku dengan Alif di atas kapal ini, fikir Amani.
Ada seorang lelaki bertubuh tegap bernama Brandy dan seorang wanita comel di kapal itu. Melihat susuk tubuhnya yang kecil molek itu, Amani tahu dia wanita tempatan.
Brandy dan Alicia adalah suami isteri.
Rupanya Brandy, nama sebenarnya Burhanuddin, adalah Setiausaha Sulit Alif. Dia digelar Brandy setelah mabuk teruk ketika minum air setan berkenaan. Menurut Alicia, sejak itu dia tidak minum lagi. Malangnya gelaran itu kekal di kalangan kawan-kawan mereka dalam syarikat modelling itu.
Berbeza dengan SEA NYMPH 1, kapal ini tiada nakhoda, mahu pun awak-awak. Entah ke mana Alif halau mereka. Alfred pula segera dibawa pergi oleh seorang pekerja syarikatnya, dengan bot laju ke pengkalan mereka di tepi pantai.
YOU ARE READING
DEWI JERUNG
ActionBLURB Dua insan terjebak di dalam dunia JERUNG. Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya. Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa. Muncul Alif Perwira Nad...