PENJELASAN
Cerita Akbar tentang Suzanna dan Datuk Raduan amat mengganggu Alif. Tidak ada sebab dia tak percaya. Lebih-lebih lagi apabila dia diberitahu tentang perbuatan Ammar kepada Cempaka semasa masih gadis muda.
Azem kata dia taknak ungkit cerita yang mengaibkan itu kerana menghormati isterinya. Tetapi sikap Alif yang pada penilaiannya mahu duduk atas pagar itu, membuatnya terlepas cakap.
"I guess, we can just forget that the moron's son and his two bastard friends raped Eka," kata Azem.
Akibatnya suasana yang ceria kerana bertemu semula dengan bekas jurulatihnya itu menjadi tegang. Mujur ada Akbar yang menenangkan Azem.
Alif yang pada mulanya memang mahu mungkir janji dan tak akan datang ke barbecue anjuran Danny terus u-turn.
Dia percaya, Amani juga tahu kisah itu. Kalau dia tak datang, Amani sudah pasti ucap selamat tinggal selamanya . . . Sudah tentu ucapan selamat tinggal itu amat pahit baginya.
Ketika dia tiba di pusat peranginan AMAN MARIAH azan maghrib sudah berkumandang. Seorang pekerja pusat peranginan yang ternyata bukan Islam membawanya terus ke surau kecil yang terletak di sebelah bangunan itu.
"Alif?" Tan Sri Adnan yang siap berkain pelikat menegurnya, sambil menghulurkan tangan.
Dia mengangguk. Malunya dia, orang tua hulur tangan dahulu.
"Jom solat dulu. Nanti kita bersoreh," kata lelaki itu setelah bersalaman. Sedikit pun dia tidak tunjuk muka menyampah kepadanya yang datang mungkin untuk membuat onar.
Surau kecil itu agak penuh. Rupanya pekerja-pekerja resort itu yang beragama Islam turut sekali bersolat jemaah. Ada tirai yang memisahkan jemaah lelaki dan perempuan. Jadi, Alif tidak tahu siapa yang ada di sebalik tabir.
Tan Sri Adnan mengimamkan solat dan kemudian membaca doa. Dia memanjatkan syukur kerana pada malam itu semua ahli keluarganya telah bertemu semula. Di samping itu dia mendoakan Asyraf yang kelmarin bertolak ke Tashkent kerana urusan perniagaan sambil bercuti bersama keluarga dan ibunya, Kamariah.
Selesai berdoa, seorang perempuan menyelak tabir. Alif mencari wajah Amani dalam kalangan perempuan yang memakai telekung pelbagai warna di situ.
"Mana Dewi aku?" gumamnya
"Zainab. Mari ke depan."
Suara Tan Sri Adnan mengejutkan dia. Matanya dilarikan ke arah sosok perempuan separuh abad yang berjalan dipimpin Puan Sri Mariah.
"Alif mari sini." Tan Sri Adnan memanggilnya.
Aku pula?
Dia berjalan ke hadapan. Kedengaran esakan daripada perempuan yang dipanggil Zainab tersebut.
Zainab? Bukankah ibu aku nama Zainab?
Dia toleh ke arah perempuan itu.
"Alif!"
Perempuan itu terus menerkam dan memeluknya sambil menangis. "Maafkan ibu Alif. Ibu tak dapat pertahankan kamu . . ."
Alif cuba kembali kepada ingatannya yang kabur.
"Masa kecil kamu diberi ubat supaya lupa ibu kamu. Sementara itu, ibu kamu pula diberitahu kamu sudah murtad," jelas Tan Sri Adnan. Semua maklumat itu didapatinya daripada siasatan SNAP.
Alif tak ingat bila namanya ditukar menjadi Damien Alexandre Durand. Ketika masuk sekolah di Perancis, namanya sudah menjadi Damien. Nama baharu itu menjadikan dia mudah diterima oleh rakan-rakan di sekolahnya. Tetapi apabila menjadi model, dia kembali kepada Alif, bukan hanya kerana ia kedengaran 'eksotik' dalam dunia peragawan, tetapi kerana ia menyembunyikan identiti ganas PMCnya. Lalu, Alif dan Damien menjadi dua karektor yang berbeza.
YOU ARE READING
DEWI JERUNG
ActionBLURB Dua insan terjebak di dalam dunia JERUNG. Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya. Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa. Muncul Alif Perwira Nad...