UMPAN
Mentari kelihatan semakin tenggelam di ufuk barat. Cahayanya yang semakin sirna membuat Amani dibuai kenangan cinta lalunya yang juga sirna. Cukuplah dia kehilangan sebuah cinta. Jangan yang dikendong ini turut bercirian seumpama cinta lampaunya.
Zuhal memandang wajah Amani yang sedikit pucat dan asyik merenung ke luar tingkap helikopter. Dia letak tangannya di atas lengan Amani. Tindakan itu membuat Amani menoleh ke arahnya dan melepaskan segaris senyuman yang tidak sampai ke matanya.
Operasi RIP (Remove Intrusive Problem) bukan macam main Polis-Sentri. "Adik jangan risau. Abang ada. Kita semua akan backup Adik."
Zuhal panggil Amani 'Adik' ketika kecil dan baru dibawa dari kampung ke TERATAK MARIA oleh Mak Teh. Masa itu belum ada Iman. Setelah Iman muncul, dia dipanggil 'Baby', yang kekal sehingga hari ini (pada waktu-waktu tertentu). Zuhal bukan lelaki yang memanggil isterinya 'Sayang' atau 'Honey' atau 'Darling'. Begitu juga Iman yang memanggil Zuhal 'Abang' bukan 'Bie'. Mungkin kerana mereka dibesarkan bersama seperti adik-beradik.
Zuhal panggil Amani Adik, jika mahu memujuk ketika menangis, akibat jatuh dan sebagainya. Ya. Amani 'Adik' bagi Zuhal dan Danny walaupun dia tinggal di kuarters pekerja di belakang TERATAK MARIAH. Hidupnya yang dibesarkan di dapur banglo itu langsung tidak menjadi halangan kepada pergaulan mereka. Tiada amalan 'Antara Dua Darjat' dalam keluarga Tan Sri Adnan. Malah, semua pembelajarannya daripada tadika hingga ke universiti ditanggung Tan Sri Adnan, menerusi Yayasan SLY untuk anak-anak pekerjanya yang kurang kemampuan . Kerana itulah Amani akan melakukan apa sahaja demi membalas jasa keluarga itu.
Amani menoleh dan memandang lelaki-lelaki yang duduk dengan wajah kejung di dalam helikopter itu. "Thanks, guys."
Kening Azem sedikit berkerut. "Kita boleh patah balik, kalau tak sanggup."
Selain rasa kagum kepada isteri sendiri, dia kagum atas sikap 'besar hati' Amani dan ketangkasannya beradu dalam gerakan tempur tanpa senjata, Krav Maga. Setakat Iskandar sahaja, mudah Amani jatuhkan. Tetapi Tan Sri Sabri, walaupun usia mungkin tidak memihak kepadanya, dia memiliki ilmu hitam. Itu membuat Azem sedikit bimbang. Sudah tentu Azem tidak tahu Amani pernah menjatuhkan Alif, dalam serangan mengejut.
"It's okay. I'm ready. Come what may."
Lampu helikopter menyorot ke tanah di mana ia akan mendarat. Kawasan itu terletak di tepi pantai tidak jauh dari sebuah jeti nelayan yang tidak digunakan lagi. Empat orang kelihatan berdiri di bawah.
"Bos sudah lama tunggu," kata salah seorang daripada lelaki itu (mungkin ketua mereka), sebaik sahaja Amani keluar dari helikopter ditemani Zuhal.
Wajahnya seperti warga asing. Tetapi dia bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih, menunjukkan dia lama berada di negara ini, kemungkinan besar untuk melatih kader-kader The Black Dragon.
Amani menjeling ke kiri dan ke kanan. "Mana dia?"
Lelaki itu menoleh ke arah sebuah kapal nelayan yang kelihatan berbalam-balam sedang bergerak mendekati jeti buruk itu.
Amani dan Zuhal turut memandang ke arah kapal itu. Azem, Asri dan Iskandar yang memandu helikopter tidak turun. Mereka memantau dari dalam helikopter sambil menghantar laporan kepada Jonathan dan kumpulannya di dalam kapal milik SIU yang menyamar sebagai bot nelayan laut dalam. Akbar dan beberapa anggota SIU siap untuk jadi Frogman. Mereka menaiki sebuah helikopter lain yang tersembunyi di dalam semak. Ia sedia untuk terbang, sebaik sahaja menerima arahan.
"Maksud kau, Sabri ada dalam kapal itu?" soal Zuhal.
Ketua Penyangak itu ketawa."Tak semudah itu kau nak tangkap dia. Ingat kami bodoh ke?"
YOU ARE READING
DEWI JERUNG
ActionBLURB Dua insan terjebak di dalam dunia JERUNG. Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya. Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa. Muncul Alif Perwira Nad...