BAB 60: ANGIN ISTERI

110 2 0
                                    

SIMPAN RAHSIA

Berita mata Alif sudah pulih segera disampaikan kepada Tan Sri Adnan.

Terus dia batalkan kehadiran untuk ke mesyuarat pengurusan syarikatnya, dan bergegas ke ASHRA, bersama Zuhal. Begitulah prihatinnya Tan Srri Adnan terhadap perkembangan kesihatan dan kebajikan Alif.

Mesyuarat pengurusan dikendali Danny sahaja.

"Amani tak bagi tahu sesiapa lagi, kan?" Itulah soalan Tan Sri Adnan sebaik sahaja masuk ke bilik Amani yang kini jadi bilik mesyuarat segera.

"Belum lagi. Amani tunggu green light daripada Pak Lang."

Semua dalam kumpulan kecil itu berpendirian sama.

"Smart girl." Zuhal memberi pujian yang jarang-jarang diperolehi Amani.

Alif genggam tangan Amani. Saat itu dia amat dambakan sokongan isterinya. "Alif pun fikir begitu juga. The less people know about it the better."

"Betul. Kita mesti berhati-hati. Buat sementara, jangan terlalu ramai yang tau," ujar Asyraf. "Lebih-lebih lagi pemberita."

Namun bagi Amani masih ada kebimbangan. "Amani okey saja, pak lang. Tapi macam mana dengan keluarga?"

Tan Sri Adnan mahu isu itu diserahkan kepadanya. "Nanti pak long bincang dengan abah dan emak kamu. We've to be extremely careful on this."

Farooq melihatnya daripada sudut lain. "I agree. On my part, it's a new discovery. It's also amazing. His eyesight is 20/20. No sign of degeneration at all . . . Business wise, we can't allow our competitors to capitalise on our efforts."

"We owe our gratitude to you, uncle Farooq," ujar Amani. "You're willing to stay on until today."

Farooq tahu dia penyumbang besar dalam usaha memulihkan penglihatan Alif. Tetapi dia juga tahu, dirinya tidak perlu begitu menonjol. "I also want to be near my daughter, Iman, now that she's pregnant."

Farooq perlu lama berada bersama di ASHRA, kalau dia hendak menyambut cucu pertamanya.

Alif ambil cermin matanya yang terletak di atas meja kopi. "You've an amazing daughter. Without her, I may not have ROSPEC to help me 'see' things."

Cermin mata yang memiliki kecerdasan buatan (AI) itu sudah dinamakan ROSPEC, iaitu Robotic Spectacles. Alif sudah memasang niat untuk melabur dalam perusahaan menghasilkan cermin mata seumpama itu bagi membantu golongan yang tidak dapat melihat. 

Farooq bangga kelebihan anaknya, tetapi tetap merendah diri. "I owe that to Tan Sri Adnan for taking care of Iman and helped her, develop her talent."

"Zuhal yang menangis-nangis tak benarkan Abang Long hantar Iman ke Jabatan Kebajikan Masyarakat masa dia dibawa balik." Asyraf mencelah, "Rupanya nak dijadikan isteri dia."

"Mariah pula terus jatuh hati dengan Baby itu. Saya kalah dalam undi keluarga. Lalu kami jadikan Iman anak angkat kami yang sah," jelas Tan Sri Adnan. "Kami langsung tak usaha cari ibu bapa kandungnya, sebab kami fikir lebih baik begitu . . . Tak sangka rupanya Asyraf tahu siapa ibu Iman, tapi simpan rahsia itu."

"Saya terpaksa buat begitu kerana daripada cerita Nur Saadah, dan risikan saya, Afghanistan tidak begitu aman." Asyraf menjelaskan dengan berhati-hati. Dia tahu Nur Saadah didera madunya. Tetapi tidak mahu menyinggung perasaan Farooq. Apa pun yang telah terjadi, Farooq tetap bekas suami Nur Saadah, dan bapa kandung Iman.

"I was stupid when I was young." Farooq terpaksa bersetuju menelan apa yang berlaku. walaupun pahit. "Yes. I owe my son in-law, too, for saving her."

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now