BAB 49: ABANG OKU

79 4 3
                                    

TERUJA

Amani terharu melihat Alif begitu teruja untuk menggunakan gajet baharu ciptaan Iman. Dia sudah bersedia jika sekiranya Alif naik berang dan mencampakkan sahaja alat yang beratus ribu harganya yang lengkap dengan artificial intelligence itu.

Alif memakainya sambil berjalan beberapa langkah, ke hadapan, ke kiri dan ke kanan. Kemudian dia tersenyum lebar. "It works! . . . It really works!"

Iman pula tersenyum lega. "Sah. Abang Alif memang mamat gadget!"

"You are looking at a beautiful woman. Slim, 168 cm tall and very sexy! Wow!" Kedengaran suara cermin mata itu di telinganya, yang tidak didengar oleh orang lain.

"Abang boleh upgrade sendiri contents dengan memberi voice command. Oleh kerana ia ada AI, alat ini macam robot juga. Dia akan beri jawapan jika ditanya. Cuma dia tak boleh bergerak sendiri. Abang boleh pilih sama ada suara yang menjawab itu lelaki atau perempuan," jelas Iman.

Cermin mata itu siap dengan GPS yang memberitahu di mana kedudukan Alif. Ia menjawab soalan audio Alif mana-mana lokasi yang ingin ditujunya. Malah ia dihubungkan dengan sistem TRACKER KUCING MALAM yang menggunakan suara. Ia berbeza dengan tracker berbentuk jam tangan anggota SNAP yang menggunakan blinks untuk menunjukkan lokasi.

"Cermin mata ini sedikit bulky abang sebab ia diintegrasi dengan banyak gajet lain," ujar Iman. "Tapi abang masih nampak kacak, walaupun memakai cermin mata ini."

Alif tersenyum lebar mendengar pujian Iman yang tulus. Amani mengangkat bahu dan sedikit mencemik.

"I know what you're doing, Amani," kata Alif.

"Payah macam ni. Mata dia dah ada di keliling," balas Amani.

Iman ketawa. "Itu idea Abang Danny. Dia kata untuk keselamatan. Abang Alif perlu nampak apa yang ada di tepi dan di belakangnya. Jadi kami fixed kamera mikro di depan, kiri, kanan dan belakang. Kamera itu bagi amaran jika apa yang dilihatnya mengancam."

Mendengar suara manja Iman, kalau nak marah pun batal.

"Jadi, akak ni mengancam le?" Amani mengusik.

Iman senyum. "Robot itu kenal Kak Amani. Dia bagi tahu Abang Alif something."

"Apa dia?"

Dari senyum kini Iman tersengih nakal sampai nampak gigi. "Kak Amani kena tanya Abang Alif."

"Nanti abang bagi tahu bila kita berdua sahaja," jawab Alif.

Pecah ketawa Iman. Dia teringat kembali debat kecilnya dengan Zuhal tentang bagaimana membentuk suasana romantik.

Alif menoleh ke kiri dan ke kanan. "The speed it recognises objects is amazing! "

"Jika 100% sama seperti dalam memorinya, memang pantas. Jika tak sama ia terpaksa hantar data ke HQ SNAP untuk diproses dan dikenali. Jadi, hasilnya split second lambat sikit," jelas Iman.

Alif sedar sebahagian daripada hidupnya kini sudah 'dikuasai' SNAP.

"Ia kenal peralatan bahaya - senjata api, pisau, parang, asid, etc." Iman menyambung penerangannya tentang gajet yang dihasilkannya. "Bahagian itu Abang Danny yang buat. Iman tak tahu sangat bab senjata, kecuali dalam perang video sahaja. Tapi itu senjata tipu. Tak ada di dunia nyata. Hahaha."

"Thanks Iman. Abang Zuhal is a lucky man," balas Alif.

*****

TANGKAPAN

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now