BAB 8: INSAF

138 18 17
                                    

MOTORSIKAL MOGOK

Setibanya di kedai Subhi, Alif memeriksa indicator minyaknya setelah lampu dipasang.

"Betul dah habis minyak ke?" soal Sadik.

"Nampaknya belum sampai low. Tapi, bike saya dah hilang power, macam tak cukup minyak," jawab Alif. "Saya beli sikit."

Sedikit minyak dituang. Enjin dihidupkan. Alif gerakkan motorsikalnya sampai ke tepi jalan. Tetapi motorsikalnya terasa berat dan lembab. Macam sudah mogok.

Subhi yang memandu kapcai, membonceng Sadik menghampirinya.

"Begini sajalah. Hari pun dah malam. Mari ikut ke rumah pakcik. Esok saja kamu balik." Sadik menawarkan solusi sementara. Kasihan dia melihat Alif yang nampak susah hati.

"Okey. Saya tinggalkan bike di rumah pakcik, saya panggil teksi," jawab Alif. Malu dia hendak bermalam di rumah orang yang mungkin juga marhaen. Sebenarnya dia nak panggil Brandy supaya menjemputnya. Tetapi tidak mahu Sadik dan Subhi mengetahui lebih lanjut mengenai dirinya.

"Isy! Mengarut betul kamu ni. Mana ada teksi malam-malam ni. Moh ke rumah pakcik. Dekat saja," desak Sadik.

Alif terasa malu melihat ketulusan lelaki berkopiah yang baru sahaja dikenali itu. "Eh . . . Terima kasih saja pakcik."

"Kamu kata dari Ipoh. Jauh tu. Moh."

Bersungguh-sungguh Sadik mengajaknya ke rumah. Akhirnya dia akur. Rumah mereka terletak hanya 500 meter daripada kedai runcit itu.

"Assalamualaikum."

Alif hairan mereka memberi salam ketika masuk dalam ke rumah sendiri. Along menolak pintu. Tidak berkunci.

Dua orang kanak-kanak yang sedang meniarap sambil membuat kerja rumah merenungnya dengan tajam.

"Salam dengan abang ni," kata Sadik.

Kanak-kanak lelaki itu bersalaman dengannya. Kanak-kanak perempuan itu pula merenungnya dengan pandangan mata yang curiga. Matanya bulat, dihias bulu mata yang panjang, seperti pernah dilihatnya.

"Kamu dah makan ke belum?" soal seorang perempuan yang dipanggil Opah oleh kedua kanak-kanak itu, sebaik sahaja dia duduk.

"Eh! . . . Tak mengapa makcik. Jangan susah-susah," jawabnya, walaupun perutnya sudah berbunyi sejak tadi. Mungkin mereka dengar kot?

"Kamu mandi dulu. Nanti makcik perangatkan lauk, kita makan," kata Sadik sambil membuka kopiahnya.

Isterinya berlalu ke belakang. Sadik berjalan menuju ke sebuah pintu bilik.

"Guna bilik ini. Bilik anak pakcik."

Pintu dibuka. Lampu dipasang.

Alif hampir terduduk apabila melihat gambar yang terpampang di atas meja di tepi katil. Gambar itu menghadap pintu.

"Amani?"

"Eh? Alif kenal anak pakcik?"

Alif terkesima sebelum menjawab. "Kenal. Dia ada syarikat hiasan dalaman."

Sadik senyum. Gambar itu direnungnya. "Betul. Dialah tu. Pakcik yang letak gambar dia di sini. Bila pakcik rindu, pakcik buka saja pintu dan nampak gambar dia. Hilang rindu pakcik."

Paradoks apakah ini?

Subhi memberinya sehelai kain pelikat, tuala, sepasang baju-t dan jogger pant. Kecuali sehelai tuala kecil, boxer pant dan peralatan asas mandian (travel toiletries) yang sentiasa ada dalam beg kecil yang tersangkut pada motorsikalnya, dia tidak membawa pakaian untuk salinan. Pemberian persalinan itu diterimanya dengan rasa lega.

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now