MURAM
Kemuraman terpampang di wajah masing-masing yang hadir pada mesyuarat SNAP kali ini.
Ia bukan mesyuarat biasa membincangkan tentang strategi kaunter perisikan dan kes pengintipan korporat. Ini kes ahli keluarga.
Lebih tepat kes Alif yang tiba-tiba nazak.
"Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku," kata Asyraf dengan suara yang terputus-putus. Kecewa. "Saya yang beri dia antidote itu."
"Jangan salahkan diri sendiri Asyraf. Kamu belum tahu itu puncanya," pujuk Tan Sri Adnan.
Asyraf menggelengkan kepala. "Entahlah . . . Alif seperti alah dengan antidote itu. Saya tak tahu bagaimana boleh jadi macam itu. Alif berdarah O positif."
Wajah Asyraf amat nyata mempamerkan kesedihan. Dia tidak pernah kehilangan pesakit. Dia harap rekod itu tidak pecah. Lebih-lebih lagi pesakit itu Alif yang sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.
"Bagaimana dengan dua anggota SIU tu?" soal Tan Sri Adnan.
"Seorang darahnya O positif. Seorang lagi B positif. Kedua-duanya sedang pulih," jelas Asyraf.
Dia berhenti, menarik nafas panjang sebelum menyambung penjelasannya. "Kami ambil sampel darah Alif. Kami dapati kiraan sel darah putih yang tinggi. Biasanya peningkatan pengeluaran sel darah putih menunjukkan tanda melawan jangkitan. Dalam kes Alif mungkin reaksi kepada antidote yang saya beri. Sebab gejala ini tidak nampak pada pesakit yang sama jenis darah dengan Alif."
"Maknanya bukan isu perbezaan jenis darah." Tan Sri Adnan membuat kesimpulan. "Sekarang pihak hospital buat apa?"
"Kami masukkan Vitamin C untuk membantu mengatur tahap sel darah putih di dalam badan Alif. Tapi itu sementara saja. Remedy mesti dicari dengan segera sebelum . . ."
Kata-kata Asyraf tidak diteruskan ketika dia terpandang wajah Amani yang cuba menahan sendu.
Tan Sri Adnan mengarahkan soalannya kepada Zuhal. "Bagaimana dapatan Danny, Azem dengan Ruslan?"
"Diorang masih selongkar data peribadi pesakit, pekerja dan pembekal untuk hospital ini. Setakat ini belum dapat apa-apa yang signifikan," jelas Zuhal yang duduk dengan komputer di hadapannya.
Tut-tut!
Telefon bimbit Tan Sri Adnan berbunyi. Dia lihat 'UNKNOWN CALLER'. Terus dia angguk kepala kepada Zuhal untuk mengesan pemanggil. Dia pasang audio.
"Hello!" Suara Tan Sri Sabri kedengaran begitu ceria.
"Kau nak apa?" bentak Tan Sri Adnan.
"Hahaha . . . Aku nak Amani!"
Asyraf, Zuhal dan Amani berpandangan.
"Mengarut!"
Suara Tan Sri Sabri masih kedengaran ceria, seperti tidak terkesan dengan herdikan Tan Sri Adnan. "Amani, atau Alif mati."
"Aku takkan serahkan Amani."
"Okay fine. Anak saudara bini kedua kau tu akan mati secara perlahan-lahan . . . Kesian! . . . The pretty boy will die at a young age. . . What a waste!" Ejekan Tan Sri Sabri itu diselangi dengan ketawa umpama watak iblis dalam filem seram.
Wajah Tan Sri Adnan berubah menjadi bengis. "Kalau apa-apa terjadi pada Alif, aku bunuh kau Sabri!"
"Nak bunuh aku macam mana? Kau bukan tahu aku di mana? Kau serahkan Amani . . . Aku kongsi maklumat dadah yang aku bagi pada Alif. Hahaha!"
YOU ARE READING
DEWI JERUNG
AkčníBLURB Dua insan terjebak di dalam dunia JERUNG. Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya. Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa. Muncul Alif Perwira Nad...