BAB 47: KETIDAKTENTUAN

62 6 0
                                    

DINIHARI

Operasi RIP dikira berjaya dan selesai.

Tan Sri Sabri dan seluruh pengikutnya yang cuba bersembunyi di dalam air, berjaya ditangkap oleh pasukan penyelam SIU setelah dikejar dengan menggunakan underwater delivery vehicle (UDV). Mereka dibawa dengan kapal ke Kuantan, sebelum ditahan di pusat perisikan SIU. Bantuan tambahan dari M01 dan M02 yang diharapkan oleh Tan Sri Sabri tak kunjung tiba, kerana kedua pengkhianat negara itu sudah ditangkap oleh Komander Imran, pada saat gabungan SIU dan SNAP menggempur gerombolannya.

Helikopter yang membawa pasukan Zuhal berhenti di pengkalan selamat atau SIU Safe Post, sebuah banglo terletak tidak jauh dari pantai Cahaya Bulan. Sementara helikopter itu diservis di situ, mereka solat jamak Isya' dan Maghrib, yang diiikuti solat sunat syukur. Zuhal memilih untuk berehat di situ kerana tempat itu didiami oleh seorang doktor khas SIU. Atas kertas doktor itu ditugaskan memantau isu berhubung penyakit berbahaya yang mungkin dibawa pendatang tanpa izin, di bahagian timur negara.

Setelah tiba di situ, baru Amani merasa badannya sejuk dan menggeletar, walaupun disarung selimut tebal yang sedia dibawa oleh pasukan Zuhal. Itulah kesan selepas mengalami episod yang menakutkan dan hampir mencabut nyawanya di dalam laut yang berarus ganas.

Doktor SIU itu memeriksa Amani untuk memastikan dia tidak mengalami masalah organ dalaman memandangkan agak lama dia menahan nafas ketika berada di dalam air. Semua yang terlibat juga diperiksa untuk memastikan mereka sihat dan tidak terkena jangkitan entah penyakit apa yang dibawa oleh penyangak yang mereka tangkap. Itulah Standard Operating Procedure (SOP) yang harus dilalui pegawai SIU pada setiap operasi. Pasukan Zuhal tidak terkecuali kerana terlibat sama dalam operasi itu. 

Selesai pemeriksaan kesihatan, mereka tidur seketika sementara menunggu subuh. Hanya kira-kira 30 minit. Tetapi itu sudah cukup.

Setelah bersarapan ala kadar, yang disediakan oleh tukang masak doktor itu, mereka segera bersiap untuk kembali ke ASHRA.

Zuhal perhati Amani, sambil berjalan menuju ke helikopter, dia asyik membelek telefon bimbitnya.

"You okay?" soalnya.

Amani masih tunduk sambil membaca mesej alat komunikasi yang dipegangnya. "Amani dapat banyak missed call daripada Alif. Ibu Zainab pun hantar banyak mesej."

"Kejap lagi kita jumpa dia." Zuhal memujuk.

"Amani cepat balik ye. Alif asyik bertanya. Ibu tak tahu macam mana nak pujuk dia."

"Ibu sentiasa berdoa semoga Amani selamat."

Begitulah antara isi kandungan mesej Zainab yang meruntun hati Amani. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang baru ditemui kini berhadapan dengan musibah yang tidak difahaminya.

Amani pasti Alif sudah sedar, sangat sedih, dan mungkin juga sangat marah, kerana tidak dapat melihat. Amani pula tidak ada di sampingnya pada saat itu. Amani mengangkat mukanya. Zuhal nampak mata Amani bergenangan dengan air jernih yang kemudian menitis membasahi pipinya. 

Mengapa pula Aunty Tampan Zain ini feeling lebih-lebih? Zuhal bersoal di dalam hati. Seingatnya, Amani bukan jenis cengeng. 

"Need a hug?"

Tanpa amaran, Amani terus memeluk Zuhal dan tersedu.

Kali ini bukan menangis sebab sakit, seperti zaman kanak-kanaknya. Tapi menangis lega dan takut.

Lega, kerana Tan Sri Sabri dan gerombolan ahli triad itu akhirnya berjaya ditangkap.

Takut, membayangkan reaksi Alif bila mengetahui Amani bertindak sebagai umpan dalam operasi RIP yang berbahaya, demi menyelamatkannya.

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now