KANTOI LAGI
"Jom keluar," kata Alif sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat Amani.
Wajahnya amat bersih dan ceria. Amani angkat muka.
Baru selesai 'male-grooming' le tu. Muka macam budak sekolah menengah, tapi licik nya Tuhan yang tahu . . . Atau sebab sekarang sudah rajin solat subuh berjemaah dengan Saif? Entahlah, fikir Amani.
"Abang Alif. Abang bolehlah relaks, tak perlu kerja keras. Baru dapat durian runtuh. Amani tak boleh. Amani ada ibu bapa yang perlu dibantu. Nak harap Along seorang tak boleh. Dia ada anak bersekolah dan isteri yang perlu ditanggung. Tak lama lagi dia akan dapat anak ketiga. Bertambah mulut yang hendak disuap."
Alif tarik kerusi dan duduk terbalik. Belakang kerusi di hadapan. Macam perisai. "Itulah. Abang nak tolong desain, tak bagi."
Amani jeling Alif dengan tajam. Lelaki itu sekadar tersenyum. Amani tahu Alif tentu masih ingat kepada desain ikan duyung yang hampir jadi perang besar mereka dahulu. Alif bukan boleh dijangka apa yang dia nak buat. Ide nakalnya seperti budak tadika. Cuma yang ini saiz XL. Amani faham, dia tak cukup kasih sayang semasa meningkat remaja.
Sebab itu jadi begitu, agaknya. Sentiasa mengejar perhatian. Amani mengeluh.
Namun, dia pun sudah terasa letih dua jam di atas kerusi, melukis desain untuk langsir pintu rumah seorang Puan Sri yang sangat cerewet.
Amani tutup komputernya. "Okey. Abang nak ke mana?"
"Ikut saja."
"Naik bike?"
"Yup."
Amani bangun. "Abang keluar!"
"Kenapa kena keluar? Kan kita keluar sama-sama?" Alif membantah.
"Sebab Amani nak tukar baju. Tak nampak ke Amani pakai baju kurung?"
Alif senyum. "Eleh! Abang dah tengok. Apa nak sembunyi?"
Bulat mata Amani.
"Oopps!" Alif tersedar dia terlepas cakap.
Segera Amani teringat pemeriksaan Ruslan di biliknya. Ruslan beritahu tiada alat pengintip atau CCTV mikro dalam bilik. Rupanya Ruslan hanya mahu melindungi dia daripada keaiban.
Amani hentak kakinya. "Abang Ruslannn!"
"Eh? Kenapa panggil Abang Ruslan? Di depan ini kan ada Abang Alif?" soal Alif, seperti tidak bersalah.
Amani gumpal kertas dibentuk bulat dan dibaling dengan kuat ke arah Alif. Tetapi Alif selamba menyambut balingan itu. Amani baling apa-apa saja di atas meja di hadapannya. Pensil, pemadam dan marker. Semua Alif elak atau sambut. Tangan Amani mengambil sesuatu tanpa melihatnya untuk dibaling.
"Stop it Amani!" Suara Alif menjadi kuat. Kedengaran tegas tetapi cemas.
Amani terkejut. Tersedar. Rupanya dia memegang sebilah gunting. Dia mengucap panjang.
"Kalau abang cedera, atau mati, siapa yang menyesal? Siapa yang menangis?" soal Alif, sambil mempamerkan wajah polos.
Terasa lemah anggota Amani ketika meletakkan gunting di atas meja. Hilang kata-kata. Dia tunduk menekan kedua tapak tangan ke atas meja. Mencari kekuatan. Seketika dia bertemu semula dengan suaranya. "Abang tak ingat dosa ke? Tengok orang perempuan tak pakai baju?"
Alif memang selalu 'tengok' perempuan tak lengkap pakaiannya sepanjang kerjayanya sebagai model. Tetapi dia tidak pernah ada perasaan apa-apa. Semua itu dilakukannya menerusi etika profesionalisme yang tinggi. Tetapi ketika melihat Amani menukar baju kerja dengan baju jogging, walaupun tidak buka semua, kerana Amani memakai camisole kain kapas, perasaannya berubah.
YOU ARE READING
DEWI JERUNG
ActionBLURB Dua insan terjebak di dalam dunia JERUNG. Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya. Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa. Muncul Alif Perwira Nad...