BAB 57: A WINNER TAKES ALL

85 3 0
                                    

Bab ini banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Ia sangat sukar ditulis dan amat berat isinya. Maaf. 🙏🏽.

THE BULL

Malam semakin larut. Saham SLY dan PT ANSARI LESTARI kembali meningkat kesan pasaran bullish akibat tindakan pelabur runcit di seluruh dunia. Sementara itu GALAXY SCRAMBLERS bertindak sebagai Beruang menyerang saham milik syarikat anggota pelabur Hedge Fund yang diketuai KP Ltd.

Kerugian pelabur Hedge Fund semakin membusung. Bila-bila masa mereka akan tumbang.

Klik.

Amani menoleh ke arah bunyi itu. Alif memasuki pintu. Dia kelihatan lesu.

"Not done yet ma chérie?" soalnya.

"Kita hanya tahu kesannya siang nanti, sama ada saham SLY dan PT ANSARI LESTARI kekal tinggi," jawab Amani.

Dia bangun dan pimpin Alif untuk duduk di kerusi di sebelahnya. Cermin mata Alif memberitahu apa yang sedang dibuat oleh Amani.

Alif tahu, jika saham PT ANSARI LESTARI dan SLY merudum, ladangnya mungkin turut tergadai. "Thanks sayang kerana selamatkan ladang abang."

"Tapi abang pun berjasa juga sebab dapat pintas apa strategi dia orang di luar sana," balas Amani, tidak mahu Alif terasa rendah diri.

"Mostly . . . Abang Danny yang buat," jawab Alif. 

Dia tahu, tanpa Danny, usaha menggodam sistem komunikasi KP Ltd untuk menghalang tindakan jahat mereka, tidak akan berjaya. Dia menggeliat dan mula menguap.

Zuhal yang sedang mementau pergerakan saham syarikat di Amerika Syarkat yang SLY ada kepentingan, faham isyarat Alif. Dia berpaling ke arah sebaris pintu kaca yang tertutup. "Di sebalik pintu sliding kaca itu ada bilik rehat. Ada sofa bed."

"Saya okey," jawab Alif tatkala mendapati aksinya tidak menarik perhatian isterinya.

Zuhal bangun. "Kau dah ngantuk. Kau belum lagi 100% fit untuk pergi berperang. Jom."

"Abang pergilah rehat. Kejap lagi Amani siap," pujuk Amani, tetapi matanya masih melekat di skrin komputernya.

'Kejap lagi' itu maknanya dua jam lagi kerana bursa saham New York akan ditutup untuk perdagangan teras pada jam 4.00 petang waktu New York, kira-kira 4.00 pagi waktu Malaysia.

Alif akur apabila tangan Zuhal sudah merangkul bahunya. Mereka hilang di sebalik pintu kaca yang terbuka dengan imbasan jari Zuhal. Seketika kemudian, Zuhal kembali muncul untuk menyambung kerjanya.

"Pelukan isteri lebih afdal," ujarnya, separuh gurau, separuh serius.

Amani jadi serba salah. "Kerja pemantauan tak habis lagi ni abang."

"Tak apa. Our side has turned into a bull market. Amani pergi rehat. Jangan abaikan suami kerana kerja. Yang ini abang teruskan dengan budak-budak kita, di seluruh dunia."

Yang dia tu abaikan isteri, apa cerita?

Ketika Amani masuk ke bilik rehat itu, dilihatnya Alif sudah tidur dengan berpeluk tubuh. Senyuman nipis terlukis di bibirnya. Entah apa lagu lullaby yang dinyanyikan Zuhal sehingga menimbulkan mimpi indah Alif.

"You smell so sweet, my King, my darling beautiful Bull," bisik Amani, sambil mencium pipi Alif.

Dia alihkan posisi tangan Alif, dan diganti dengan pelukannya.

Bagai diulit dewi mimpi, Amani serta-merta terlelap sebaik sahaja kepalanya menyentuh dada Alif yang menjadi bantalnya. Tanpa disedarinya senyuman nipis di bibir Encik Suami sudah mekar dari telinga ke telinga.

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now