BAB 2: PERSIAPAN

190 20 13
                                    

MAK TEH

"Opocot!" Mak Teh melatah.

Amani ketawa terkekeh-kekeh. 

Seorang pembantu dapur mengambil selonggok piring yang dibawa Mak Teh. Takut jatuh pula pinggan mahal Puan Sri Mariah. 

Terlepas sahaja beban kecil itu, terus Mak Teh tampar belakang Amani. Bukan tamparan kuat. Cuma tamparan sayang.

"Lama kamu tak jenguk Mak Teh. Hari ini nampak muka, apekehe?"

Amani peluk Mak Teh dengan kuat.

"Isy budak ni! . . . Dari kecik sampai tua, perangai tak berubah."

"Ala . . . Mak Teh. Mana tuanya. Masih dua siri lagi." Amani memprotes manja.

Mak Teh pandang Amani penuh kasih. Dahi Amani diusap lembut. Inilah satu-satu anak saudara yang rapat dengannya. Dia pelihara sejak usia 3 tahun. Anak yang dia sendiri tidak miliki.

*****

IMBAS KEBALI

Suami Mak Teh (Nama sebenarnya Hamidah) seorang pengawal keselamatan. Dia terbunuh dalam satu rompakan ketika van yang dia kawal, membawa wang ke bank. Mak Teh ketika itu mengandung anak sulungnya. Mak Teh yang terkejut mendengar berita kematian suaminya telah terjatuh pengsan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Malang bagi Mak Teh anak itu meninggal dunia ketika dilahirkan kerana tidak cukup umur.

Kisah sedih Mak Teh diberitahu oleh salah seorang bodyguard Tan Sri Adnan kepada Puan Sri Mariah. Mak Teh mereka ambil untuk bekerja di dapur. Ketika itu Mak Teh hanya tahu buat nasi goreng. Mak Teh tidak berkahwin semula. Dia mahu ke syurga bersama anak dan suami yang pergi dahulu. Amani, anak abangnya, Sadik diambilnya sebagai anak angkat. Pada fikiran Mak Teh, Amani budak cerdik, tidak boleh ditinggalkan di kampung bersama-sama keluarganya, penanam padi yang miskin. Adik-beradik Amani ada enam orang. Dia anak kedua bungsu.

Tan Sri Adnan sekolahkan Amani di sekolah yang sama dengan Zuhal dan Danny. Amani di antara lebih 1000 'anak angkat' Tan Sri Adnan di seluruh dunia.'

Daripada pembantu dapur, Mak Teh kini Ketua Tukang Masak di dapur TERATAK MARIAH yang terletak di atas tapak satu hektar itu. Masakannya bukan hanya untuk keluarga, tetapi untuk semua pekerja di rumah itu. Ada enam orang pengawal yang bertukar tiga sif, dua orang pemandu, dua orang tukang kebun, dua orang pembantu dapur dan tiga orang tukang bersihkan rumah.

Selain menggunakan resort persendirian milik Puan Sri Mariah, iaitu AMAN MARIAH, sebagai tempat mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, Tan Sri Adnan sering membawa mereka untuk pertemuan di rumah tetamu. Itu termasuk dalam skop tugas Mak Teh untuk menyediakan juadah. Mak Teh menduduki rumah berkembar pekerja, bersama Amani. Sebuah lagi rumah pekerja didiami Pak Mail, Tukang Kebun. Pekerja yang tidak tinggal di situ mendapat elaun khas perumahan yang dapat meringankan beban bayaran rumah sewa mereka.

Semua kemudahan itu membeli kesetiaan pekerja-pekerja Tan Sri Adnan. Mungkin juga kerana sikap murah hati Tan Sri Adnan itu membuatkan rezekinya sentiasa melimpah ruah. Dia belum pernah lagi kalah dalam pertarungan dengan Jerung-Jerung Global.

Semua pekerja di rumah itu akan menerima habuan masing-masing jika Tan Sri Adnan mendapat manfaat dalam setiap urusniaganya.

Ya . . . Aku dibesarkan di dapur  TERATAK MARIAH.

*****

Belakang Amani ditepuk kuat. Dia terkejut. Kenangannya terus terbang bersama masa yang telah berlalu.

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now