BAB 56: LEMBU JANTAN

109 5 3
                                    

PANGGILAN

Seminggu kemudian.

Bagi pesakit yang menjalani proses pemulihan tetapi masih lemah untuk berjalan, doktor dan jururawat akan datang ke chalet untuk tujuan pemantauan. Tetapi Alif dikira sudah sihat daripada segi fisikal. Hanya masalah matanya yang masih terhalang saraf yang sepatutnya bekerja menghantar imej.

Justeru, setiap kali lepas sarapan mereka pergi ke hospital, kerana Alif perlu pemeriksaan kesihatan harian oleh doktor. Selang sehari, dia menjalani urut reflexology untuk menguatkan saraf matanya. Amani dipaksa menemaninya sepanjang masa. 

Oleh kerana itu juga banyak tempahan menghias rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri terpaksa ditolak oleh Amani.

Bzzzzz!

Satu panggilan dari kod kuning muncul di telefon bimbit Amani. Tan Sri Adnan.

Amani pasang alat pendengar di telinga. Sekadar untuk persediaan.

"Amani, datang jumpa pak long di bilik operasi kejap." Maksudnya bilik mesyuarat ASHRA.

Itu saja kata-kata Tan Sri Adnan. Amani tahu kod kuning bermaksud masalah saham. "Baik pak long."

Alat pendengar telefon bimbit kembali ke dalam beg tangan.

Alif yang sedang menahan kesakitan urut reflexology berpaling. "Pak Long nak apa?"

"Nak jumpa Amani."

"Abang tak izinkan."

Terkejut Amani. Baru seminggu berkahwin, Alif sudah jadi possessive gila? Takkan kot?

Amani terfikir dia harus jelaskan kepada suami yang banyak songel ini. "Kalau tak penting dia takkan panggil Amani."

"I will not allow you risk your life just to save me. No matter who calls you." Keras kata-kata Alif. Wajah yang manis berubah kejung.

Oh . . . Sebab itu!

Amani paling tak suka hidupnya dikawal, termasuk oleh suami sendiri. Itu kekuatan Amani dan juga kelemahannya. Tetapi sikap Alif buat Amani keliru. Apa lagi yang dia sembunyikan?

Pada masa yang sama, Amani tidak mahu rumah tangga yang baru dibina dicemar dengan prasangka atau paranoia. "Abang, Amani bagi tahu Pak Long abang ikut sekali, okay?"

"Okay. But I still won't let you risk your life for me. I'd rather be dead," balasnya. "Ouch!"

Pakar reflexology itu terus mengurut tanpa peduli suami isteri yang sedang berbantahan kecil itu. Malah dia picit bahagian yang menyakitkan sambil membuat catatan di atas lakaran kertas yang dibawanya, setiap kali Alif mengadu sakit.

Itulah sebabnya kenapa Asyraf suka menggaji ahli fisioterapi (urut) yang pekak. Dia tak mahu mereka dengar apa-apa perbualan klien (pesakit) dengan orang lain semasa sesi mengurut. Dalam hospital ini, klien dibenarkan membawa waris untuk menemaninya. Tindakan ini boleh mengelakkan fitnah, kerana ada ahli fisiopterapi perempuan merawat klien lelaki dan sebaliknya.

Malah ada pesakit yang menguruskan kerjanya secara online sambil menjalani rawatan. Ini bagi kes pesakit yang 'workaholic'.

Alif mungkin kata dia cintakan Amani. Tetapi adakah dia akan ikut semua cakap Amani?

Tentu tidak.

Alif kemudian menggunakan bahasa isyarat untuk memendekkan sesi urutan daripada satu jam kepada setengah jam sahaja.

Alif hanya buta di mata, bukan di hati dan akalnya.

*****

BERITA BURUK

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now