BAB 24: MENCARI ALIF

90 8 4
                                    

JATUH DI CERUN

Di dalam helikopter, Danny sibuk menganalisis perbualan terakhir Amani dengan Alif. Alat pengesan bunyi digunakan untuk mengenalpasti apa-apa sahaja bunyi latar belakang yang boleh mengesan keberadaan Alif.

"Budak tu terlebih cerdik, letak firewall pada telefon bimbitnya sampai SNAP pun tidak dapat mengintai." Danny bersungut. Geram sungguh dia dengan sikap adik saudara dua pupunya itu.

Helikopter masih terbang pada radius yang didedahkkan seperti dalam panggilan itu. Alif berada dalam kawasan seluas 7,853 kilometer persegi, iaitu hampir seluas negeri Selangor. Ia menjadi pencarian yang amat sukar. Namun, kedengaran bunyi yang pelik pada latar belakang panggilan Amani yang pertama.

Ia dikesan sebagai bunyi beberapa biji bola billiard yang berlaga!

Danny begitu teruja dengan dapatan baharu ini. "Yes! Alif masa bercakap dengan Amani dia di tempat orang main snooker.

"Sapa main snooker malam-malam buta?" Zuhal menyanggah.

"Snooker peribadi. Di rumah mungkin?"

Kediaman Alif lebih 100 kilometer dari AMAN MARIAH. Berdasarkan data, Alif berada dalam radius kira-kira 50 kilometer.Justeru Alif bukan berada di rumahnya.

Maklumat terus dipanjangkan kepada Azem yang mengendali komunikasi di bilik  Penyelenggaraan dan Pengawal Keselamatan (PPK) di Pusat Peranginan AMAN MARIAH.

Tidak sampai lima minit kemudian.

Tut! tut!

"Amani," kata Danny. Audio telefon bimbit dipasang.

Amani: Amani dapat cakap dengan Brandy.

Danny: Siapa Brandy?

Amani: Setiausaha Peribadinya. Abang Danny jumpa dia masa di Pulau Mantanani dekat Kota Belud dulu.

Danny teringat seorang lelaki bertubuh sasa.

Amani: Brandy mengaku Alif berada di Kelab Le FITNESS.

Danny: Tak pernah dengar.

Amani: Dia rebranding dari Kelab FITNESS FOR HE AND SHE yang nak bankrap tu.

Danny: Abang tahu kelab tu.

"Meaning his location could be on the road out of Le FITNESS, about 6 kilometres based on the time of his last call to Amani."  Zuhal membuat rumusan. Talian di tutup. Helikopter berpatah balik ke kawasan berhampiran Kelab Le FITNESS.

Akhirnya mereka nampak motorsikal Alif tergolek di tepi jalan. Alif tidak kelihatan.

Helikopter diturunkan.

Mereka keluar dari helikopter dengan berhati-hati. Senjata di tangan. Yang kemalangan itu Alif. Dia bukan orang biasa.

"Alif!" Danny memanggil. "Di mana kau?"

Senyap.

"Alif! It's Zuhal and Danny. Where are you, brother?" Nada suara Zuhal lembut sikit berbanding dengan Danny.

"Saya di sini. Dalam kolong besar ni!"

Asri dan Iskandar diarah menguruskan motorsikal Alif yang perlu disangkutkan kepada carrier yang tersedia pada helikopter. Sementara itu Zuhal dan Danny menuruni cerun untuk sampai ke kolong besar di bawah jalan raya yang melintasi sebuah terusan kecil.

Alif mengangkat tangan apabila lampu suluh Danny memancar ke mukanya.

"Kau kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke?" Danny terus menyembur. Tak sempat Zuhal menahannya.

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now