BAB 34: DENDAM

95 10 5
                                    

SAKIT HATI

Drama live di sebelah dalam pintu kedai Amani itu disaksikan sepasang mata yang kejam. Siapa lagi kalau bukan Suzanna. Dia bergegas ke kedai Amani sebaik sahaja didapati Alif telah meninggalkannya. Dia pinjam salah sebuah kereta papanya supaya tidak dikenali. Dia parkir agak jauh kerana takut dikesan oleh CCTV. Dia menunggu di situ sepanjang malam. Rupanya Alif tiba di waktu pagi. Dia dihantar oleh kereta yang Suzanna tahu milik Puan Sri Mariah. 

Dia sedikit terkejut apabila Amani membuka pintu besi keluli penutup kedai. Rupanya Amani ada di dalam kedai yang bertutup rapat itu. Kalau dia tahu dari tadi sudah dibakarnya kedai itu. Biar mati hangus terperangkap di dalam kedai sendiri.

Semua lelaki sama saja. Asyik mencari perempuan cantik! Damn you Alif! desisnya.

Suzanna mengekori Alif dan Amani sehingga ke bangunan menjual kereta mewah yang mereka tuju. Sakit hatinya apabila diberitahu jurujual sebuah SUV BMW X7 baru sahaja dibeli oleh seorang model antarabangsa untuk teman wanitanya.

Aku sepatutnya yang dapat hadiah kereta itu, bukan dia! jerit hatinya.

Terfikir dia. Kalau Alif masih setia dengan Amani, adakah dia berhalusinasi?

Segera dia pergi ke hotel milik papanya yang menjadi markas The Black Dragon Cawangan Asia Tenggara. Di sana dia menjalani ujian dadah.

"Negatif," kata M03, seorang pembelot negara yang dipanggil untuk menguji air kencingnya.

Sleeper agent hanya menggunakan kod dan nama mereka tidak boleh disebut. Ini untuk menyukarkan pihak SIU mengesan mereka.

"Are you sure?"

"Yup. No trace of any drug."

Tetapi Suzanna masih syak, apa yang dialaminya malam itu hanya halusinasi. Melihat episod di kedai Amani, menguatkan lagi syak Suzanna yang Alif hanya berpura-pura.

"How dare you Alif! Damn you!" Dia keluarkan pelbagai bahasa kesat yang tak boleh masuk kamus Melayu.

"Jangan risau. Lusa kita balas dendam," ujar M03. "Kita tunggu arahan M01."

Bila ada M03, tentu ada M01 dan M02.

Suzanna senyum, sambil mendesis.

"Kau akan menangis Amani! Kau akan menangis kerana kau akan kehilangan dia. Kau kalah dengan aku! Hahaha!"

Plak!

Pintu dibuka. Sosok Tan Sri Sabri muncul. Seperti biasa, tiada secalit senyuman di wajahnya.

Pang!

Terteleng kepala Suzanna kerana kuatnya tamparan Tan Sri Sabri yang tidak disangka-sangka itu.

"Why?" Suzanna mendengus, sambil menggosok-gosok pipinya yang perit.

"Kita ada misi besar. Tapi kau hanya teringat nak puaskan nafsu seks kau sahaja."

"So what? I'm young and beautiful!"

"And stupid!" jerkah Tan Sri Sabri, sambil tangan kanannya diangkat tinggi. 

M03 menahannya. "Apa isunya?"

Seorang lelaki yang bersama Tan Sri Sabri menuangkan beberapa objek kecil dari sebuah sampul surat, ke atas meja kopi yang terletak di  bilik itu.

M03 tahu apa benda-benda itu. Hanya SIU yang memilikinya dan dibenarkan menggunakannya secara sah.

"Explain yourself, Suzanna!" jerkah M03, dengan wajah bengis. 

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now