MAAF
Beberapa hari kemudian, Amani terasa tiada lagi gangguan daripada Alif. Tiada mesej. Tiada panggilan. Amani berasa lega.
Setiap hari Ruslan hantar dan jemput dia dengan kereta rasmi SNAP. Motorsikal Ruslan yang diparkir di hadapan kedainya juga sudah tiada. Bila Ruslan mengambilnya Amani tak perasan. Geng SNAP kerja tak kira siang atau malam.
Hari ini Ruslan akan hantar keretanya balik.
Tetapi pagi itu ketika masuk ke dalam kedai, Nancy senyum melebar. Kemudian mulutnya dimuncungkan ke arah kaunter resepsi.
Tiga kuntum bunga Mawar kuning dan satu sampul surat biru melambainya. Amani tahu siapa pengirimnya, walaupun Nancy tak sebut.
"Kau masukkan bunga ni dalam balang air, Nancy," kata Amani.
"Taknak buang ke bos?"
"Mawar kuning tu maknanya minta maaf. Tak baik buang," jawab Amani. Entah kenapa dia tidak terasa nak marah kepada Alif.
Dalam sampul surat ada sekeping SD.
Satu nota kecil tertulis: Please. There's no spyware on this SD - Stalker.
Amani terfikir untuk menghubungi Ruslan. Tetapi tak jadi.
SD dibuka.
"Hi . . . Je suis désolé mon amour (Maafkan aku, sayang).
"I'm sorry, my love.
"I won't put any bug near you again, without your permission. Ever.
"Please give me another chance.
"I promise I'll be a good boy."
Dia beri flying kiss.
Jari Amani sudah sampai ke butang 'close' apabila dia mendengar muzik.
Rupanya Alif memasang muzik lagu 'When You Say Nothing At All'. Kemudian dia menyanyi. Sedap pula suaranya.
Amani tahu dari mana datangnya bakat menyanyi Alif.
Tiba-tiba perasaan aneh menyelubungi jiwa Amani yang sejak kebelakangan ini kegersangan ilham. Perasaan deja vu dan euphoria bertembung bagai air dingin yang dituang pada minyak panas.
Sekaligus, idea mencurah-curah tiba. Laju tangannya melukis desain. Tidak sedar entah bila Ruslan sudah terpacak di sebelah mejanya.
Dia mengangkat muka.
Surprise!
Ruslan datang tanpa janggut ala Taliban yang dipakainya. Dia kelihatan jauh lebih muda daripada wajahnya sebelum ini.
"You look good." Amani memuji.
Ruslan senyum dalam kesipuan. "I feel naked."
"Hahaha . . . Let's just go and enjoy our lunch."
Dating untuk makan tengah hari itu Amani pilih tempat yang jarang-jarang dia pergi. Bukan kerana mahal. Tetapi kerana tempat-tempat berkenaan mengingatkannya kepada Abrar.
"Amani rasa nak pergi bercuti," kata Amani di tengah-tengah kesedapan menikmati hidangan.
"Mungkin elok juga kalau kau ambil cuti. Di sana kau boleh bertenang," jawab Ruslan, menyembunyikan rasa kecewanya.
"Ya. Amani pun boleh finalise desain pelamin pengantin basi itu."
"Hahaha . . . Kalau Zuhal dengar . . ."
YOU ARE READING
DEWI JERUNG
ActionBLURB Dua insan terjebak di dalam dunia JERUNG. Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya. Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa. Muncul Alif Perwira Nad...