BAB 14: APA HARUS AKU LAKUKAN?

96 11 3
                                    

AJAK DIA

"Sekarang bagi tahu papa, apa yang berlaku di Sabah?" soal Tan Sri Adnan.

Mereka dua beranak duduk di ruang tamu TERATAK MARIAH. Tan Sri Adnan tak sabar hendak mengetahui apa yang berlaku di negeri di bawah bayu itu. Dia sudah bercakap dengan Amani. Sekarang dia perlu dengar daripada mulut anaknya pula.

"Tak tahu macam mana budak tu boleh naik pesawat dengan kami." Danny memulakan ceritanya.

"Danny kan tahu dia hacker?"

"Yelah . . . Tapi dia hack siapa?"

"Kata Amani, dia mengaku, dia hack telefon bimbit Lila."

Terlopong mulut Danny. Telefon bimbit Lila sudah dilengkapkan dengan aplikasi 'Anti-Hacking'. Tak mungkin! "Mengaku?"

"Ya . . . Budak tu mengaku."

"Berani dia!"

Tan Sri Adnan senyum.

Danny hairan dengan sikap Tan Sri Adnan yang tidak terkesan dengan tindakan Alif. "Papa! Mana boleh papa senyum bila dengar apa budak jahat tu buat!"

"Kamu tak nampak ke?"

Semakin bingung Danny. "Nampak apa papa?"

"Perangai dia tu macam kamu."

"Hah? Mana ada?"

"Kamu berani hack sistem simpanan data peribadi papa kan?"

Danny tunduk. Dia lakukan itu dengan Zuhal sebab hendak menyiasat asal usulnya [Baca Nota}.

"Masa kamu kahwin dengan Lila, ada kamu fikir tentang perasaan papa dengan mama? Ada kamu fikir papa dengan mama pun nak tengok upacara kamu nikah?"

Danny terbungkam. Tak sangka bapanya masih menyimpan perasaan kecil hati atas perbuatannya. Tapi takkan dia nak mengaku salah, atau mengaku kalah.

"Itu lain papa. Masa tu darurat."

Tan Sri Adnan menyandarkan tubuhnya di sofa. Danny sudah boleh membaca bahasa badan bapanya. Maknanya kau, Danny Putra Mulia sudah kalah '0-1'.

"Dia bawa Amani ke tengah laut untuk melihat dugong. Entah macam mana dugong tu tak ada di lokasi lazimnya." Danny masih bertegas memburukkan Alif.

"Kata Amani dia ada kebolehan mengajak dugong pergi ke mana-mana."

"Eh? Ada orang macam tu ke?"

"Apa tidaknya? Ada orang boleh panggil ular . . . Buaya pun boleh," jawab Tan Sri Adnan dengan gaya selamba. "Zuhal dengan Akbar boleh berinteraksi dengan jerung. Mak Su Cempaka kamu, boleh panggil gajah.

Danny terdiam. Dia dah marah Alif macam-macam. Semuanya atas andaiannya sahaja, apabila mendengar cerita Alfred.

Cerita itu pun keluar setelah Alfred dibentaknya.

"Kenapa papa memihak pada Alif? Dia bersekongkol dengan Tan Sri Sabri!" Danny terus membantah.

"Banyak lagi ilmu manipulasi psikologi manusia yang kamu kena belajar Danny. Mengurus sebuah organisasi gergasi macam syarikat kita buka setakat guna kuasa sahaja," bebel Tan Sri Adnan.

Danny diam. Dia tak puas hati. Sebab Alif, dia pula yang menerima bebelan.

"Bila kamu nak buat barbecue makanan laut yang banyak tu?" Tan Sri Adnan beralih topik, setelah melihat wajah cemberut Danny.

Serta-merta wajah Danny berubah menjadi ceria. "Jumaat malam Sabtu ni okey papa?"

Tan Sri Adnan mengangguk. "Hmm . . . Minta Amani jemput sekali Alif."

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now