BAB 62: CARI MEGAT HUZIR

105 3 0
                                    

SEMANGAT

Helikopter SNAP  yang lengkap dengan peralatan teknologi canggih boleh diubah suai sebagai pangkalan untuk operasi.

Mereka tidak memerlukan khemah. Sebuah kanopi muncul dari atas pintu helikopter menerusi  satu suis. Panel solar yang juga terletak di atas helikopter digunakan sebagai sumber tenaga untuk peralatan komunikasi, peti ais mini dan lain-lain ketika di daratan. Ia disambungkan kepada bateri sandaran.

Lazimnya  Zuhal dan kumpulannya hanya membawa bekalan makanan segera - roti pita dan lauk serta sayur dalam tin. Tetapi dalam misi ini, Angah Anis yang rumahnya berdekatan, menghantar makanan setiap hari - juga untuk mendengar maklumat terkini. Angah Anis enggan menerima bayaran untuk perkhidmatannya.

Zuhal kenal Angah Anis sejak usianya enam tahun ketika dia mengikut Mak Teh Hamidah balik kampung bagi Amani meneruskan hubungan dengan ibu bapa kandungnya. Dia juga kenal Megat Huzir kerana talian persaudaraan dengan Tan Sri Adnan. Kerana itu juga dia beriltizam akan mencari Megat Huzir sehingga bertemu dalam keadaan masih hidup.

Zuhal guna TRACKER KUCING MALAM  untuk mengesan kedudukan Megat Huzir dan enam anak kapalnya, setelah nombor telefon bimbit mereka diketahui. Malangnya ribut taufan di tengah laut yang bergelora, menghalang keberkesanannya. Namun dia yakin Megat Huzir tahu ke mana kapalnya hendak dibawa, demi mengelakkan ia daripada terperangkap ke dalam putaran puting beliung di tengah lautan yang ganas.

Megat Huzir yang sebaya Azem itu telah 20 tahun bermain dengan badai.

Hari pertama gagal menemui Megat Huzir kerana lokasi kapal yang dicerap oleh tracker canggih mereka berubah-ubah.

Tracker mereka sekadar dapat membaca isyarat kapal tanker dan kargo, menerusi boya keselamatan dan virtual security curtain (tirai keselamatan maya) yang di pasang di sempadan perairan negara.

Jika kapal Megat Huzir telah berada di luar wilayah maritim negara, boya keselamtan dan virtual security curtain hanya boleh membaca sekadar 5 kilometer sahaja, menerusi kemudahan satelit inmarsat

Ketika ribut sudah berhenti, dron yang dilepaskan juga tidak menemukan mereka kerana laut ditutup lapisan kabus yang tebal.

Pada malamnya operasi terpaksa ditangguhkan. Pihak jabatan meteorologi memberi amaran La Niña akan terus mengamuk di laut, selari dengan perubahan iklim yang membawa kesan kepada cuaca sehingga menjadi tidak menentu.

Pada hari kedua dan ketiga, mereka keluar lagi, tetapi masih gagal menemukan kapal Megat Huzir, walaupun kabus sudah mula berpecah. 

Pasukan Zuhal berharap Megat Huzir dan anak-anak kapalnya masih berada di atas laut bukan di dalam perut laut.

Tanpa putus asa, hasil cerapan dron dan data yang dikutip daripada satelit terus dikaji dengan teliti untuk mengenal pasti objek-objek yang terapung di atas laut. 

*****

DIBURU PAPARAZZI

Masuk hari keempat.

Selepas subuh, mereka terbang untuk mencari Megat Huzir, tetapi terpaksa berpatah balik kerana amaran ribut petir akan berlaku daripada jabatan meteorologi.  Selepas zuhur, mereka bersiap untuk keluar semula, kerana cuaca sudah kembali normal. Zuhal perhati Alif sejak malam itu tidak fokus. Malah dia nampak gelisah.

"What's the problem Alif?"

"Amani."

"Kenapa dengan Amani? Bukan ke Mak Su dengan Iman dah ke kampung untuk temankan dia? Tamrin pun ada."

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now