BAB 20: NEXT STEP

104 10 0
                                    

WARISAN

Petang itu pertama kali Alif memasuki bilik mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah SLY. Bilik itu ringkas sahaja, tetapi tetap mempamerkan aura yang mengancam gerombolan yang ingin menghancurkan puak 'JERUNG' yang bermesyuarat di situ.

Selain Tan Sri Adnan, turut berada di bilik mesyuarat itu Zuhal, Danny, Puan Sri Mariah dan dua orang yang tidak dikenalinya.

Mereka kemudian diperkenalkan sebagai Dato' Arshad, peguam bagi pihak Tan Sri Adnan dan Kurniawan, wakil syarikat guaman yang menjaga aset tinggalan Johnson. Dengan kata lain pasukan peguam itu penjaga amanah harta tinggalan Johnson dan kakaknya Ning Rahmahwati.

Peguam Johnson itu diterbangkan khas dari Indonesia.

"Hari ini kami nak serahkan harta datuk kamu kepada kamu Alif." Tan Sri Adnan memulakan perbincangan.

Sebenarnya tak ada apa lagi yang perlu dibincangkan. Tetapi Alif kena jelas tentang surat wasiat moyangnya, Radin Ansari atau Haji Ali Ansari yang membahagikan harta tersebut. Juga mengapa ia dibahagikan sedemikian rupa.

"Kami sudah sahkan Datuk kamu meninggal dunia di dalam penjara," sambung Tan Sri Adnan. "Semua harta Datuk kamu yang ada diserahkan kepada kamu. Ada kompleks membeli-belah dan bangunan pejabat. Tetapi yang terbesar ialah sebuah ladang. Bagaimana kamu nak menjaganya terserah kepada kamu, kerana semuanya berada di Indonesia."

Alif melihat fail di hadapannya. Peguam minta Danny memainkan video yang menayangkan pesanan arwah  moyang lelaki Alif dan Danny, Haji Ali Ansari. Selepas itu ditayangkan beberapa bangunan tinggi dan ladang kelapa sawit milik keluarga itu.

"Kamu nak berhijrah ke sana?" soal Tan Sri Adnan.

Alif menggelengkan kepalanya kuat. Tak mungkin dia berhijrah ke Indonesia. Amani tentu tidak mahu.  Jika perkara ini timbul sebelum bertemu Amani, sudah tentu keputusannya berbeza.

Eh? Kenapa ada Amani dalam pertimbangan kau, Alif?

"Sejak Datuk kamu meninggal dunia, tiada siapa yang mengutip hasilnya. Semua dalam jagaan peguam, " jelas Tan Sri Adnan. "Satu sen pun pak long tak ambil."

Tan Sri Adnan membahasakan dirinya 'Pak Long' kerana itulah panggilan anak-anak kepada sepupu-sepapatnya di kampung.

"Kami dibayar melalui hasil ladang kelapa sawit. Setelah Anda mengambil alih, kami akan melepaskan kekuasaan kami di Dewan Direksi perusahaan ladang ini. Anda dapat mengambilnya kembali," tegas Kurniawan yang bertutur dalam loghat Indonesia, yang bercampur-campur dengan Bahasa Melayu.

Kurniawan juga Setiausaha Syarikat milik Haji Ali sering berulang-alik ke Malaysia, sejak Tan Sri Adnan menguruskan harta pusaka ibu bapa Ummu Fathonah.

Semakin jelas Tan Sri Sabri berbohong. Ladang datuknya masih utuh.

"Sebenarnya, nenekmu, Alison ingin mengambil alih pengelolaan ladang itu. Tapi kami tidak mengizinkan kerana dia tidak memiliki dokumen yang sah mengenai pernikahannya dengan arwah Johnson atau nama lengkapnya Radin Yahya." Kurniawan menjelaskan.

"Mereka sangat licik. Masa itu mereka rahsiakan sudah tukar nama kamu jadi Damien, sebab nak rebut harta." Tan Sri Adnan mencelah. "Mungkin itu yang membuat Alison marah kepada pak long. Tetapi undang-undangnya jelas. Dia tiada hak. Pembahagian harta kita ikut cara Islam."

"Betul," sambung Kurniawan. "Tetapi wasiat dari moyang Anda menjadikan Anda layak setelah kami jalankan penyelidikan tentang keturunan Anda. Surat wasiatnya ingin ladang itu diberikan kepada keturunannya yang memiliki DNA Johnson. Jelas, leluhur Anda tidak ingin hartanya jatuh ke wanita lain yang tidak dinikahi secara sah. Tetapi agar tidak kejam, dia mengenali garis keturunannya."

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now