SIASAT
Pintu pejabat ditutup.
"Apa yang aku fikir ni? Kenapa aku bagi dia harapan? Sepatutnya aku kata 'goodbye' sahaja," Amani mengomel sendirian.
Komputer meja dipasangnya.
Satu persatu website tentang resepsi perkahwinan dilayarinya. Entah apa yang dicari dia tak tahu. Tiba-tiba dia terfikir untuk menggali subjek bernama Alif Perwira Nadim. Terdapat beberapa nama 'Alif' yang keluar. Semuanya orang lain.
Amani taip 'Alif+Model'.
Keluar soalan 'Do you mean Model Alif Durand?'
Amani klik nama yang dicadangkan. Keluar imej Alif Perwira Nadim dalam pelbagai gaya. Maknanya Alif berkata benar. Dia memang seorang model yang terkenal. Terdapat macam-macam cerita mengenainya. Malah Fan page pun ada. Tapi dia sendiri tiada Facebook, Twitter atau Instagram.
Jadi, Alif 'real' bukan tipu.
Amani cari 'Alif Durand's Biography'.
Terpampang:
Name: Alif Perwira Nadim Durand.
Father: Alexandre Durand (French businessman)
Perancis? Kenapa nama jadi Alif Perwira Nadim? Amani baca lagi.
Mother: Zainab (Singaporean).
Oh . . . Patutlah. Ikut nama Hang Nadim, 'Singapura Dilanggar Todak', rupanya.
Tut! tut!
Amani jeling mesej di telefon bimbit.
Alif: Hi sayang. Tengah buat apa tu?
Amani campak telefon bimbitnya di tepi. Dia berhenti mencari maklumat tentang Alif. Terus dia buka software untuk melukis.
Tut! tut!
Kali ini Amani abaikan.
Tut! tut!
Sambil mengeluh, Amani jeling skrin telefon bimbit itu..
Alif: Marah saya ke?
Alif: Dah fikir ke belum?
Lantak engkaulah, fikir Amani. Telefon bimbit ditutup. Dia keluarkan telefon yang satu lagi. Telefon khusus untuk SLY. Satu panggilan dibuat.
Amani: Abang Zuhal.
Zuhal: Yes? Ada apa?
Amani: Amani rasa . . . Ada orang stalking Amani.
Zuhal: Bahaya ni. Are you sure?
Amani: Ya . . . Semua yang Amani buat dia tahu.
Zuhal: Okey . . . Abang Zuhal sibuk sekarang. Abang hantar Ruslan, boleh?
Amani diam.
Zuhal: Abang memang betul-betul sibuk. Kejap lagi Ruslan datang.
Amani: Okey.
Amani sedikit kecewa. Dia mahu Zuhal. Bukan Ruslan, Mamat Chechnya itu. Dengan Zuhal, dia boleh mengadu macam-macam.
Tak apalah. Asalkan ada orang tengokkan. Dia memujuk dirinya sendiri.
Setengah jam kemudian Ruslan tiba.
Tut! tut!
Amani jeling skrin telefon bimbitnya.
YOU ARE READING
DEWI JERUNG
ActionBLURB Dua insan terjebak di dalam dunia JERUNG. Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya. Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa. Muncul Alif Perwira Nad...