RUMPUT DI MUKA
5.00 petang.
Tiga orang isteri muda yang sedang menolong Amilah menyiapkan kudapan petang, untuk menyambut hero-hero mereka, meninggalkan kerja masing-masing sebaik sahaja mendengar bunyi helikopter yang semakin hampir. Cempaka tergesa-gesa mengambil anaknya yang tidur lena di ruang keluarga. Amilah geleng kepala sahaja melihat telatah mereka.
Helikopter itu mendarat di kawasan lapang tebing sungai di belakang rumah. Dua lelaki keluar dari perut helikopter dan bergerak pantas ke arah pasangan masing-masing, yang menunggu di luar kitaran angin kipasnya. Mereka berpelukan macam sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Nejla bertukar tangan daripada Cempaka kepada Azem.
Alif tidak kelihatan.
Amani terpinga-pinga sendirian. "Mana Abang Alif?"
Zuhal menoleh ke arah helikopter sambil mengerutkan kening. "Eh? Dia tak ikut balik ke?"
"Abang Zuhal jangan main-main! Mana Abang Alif?" Suara Amani sudah berubah. Terdetik kebimbangan - Alif ditinggalkan di ASHRA kerana masalah kesihatan?
Kedua-dua lelaki itu cuma mengangkat bahu.
Amani berlari mendekati helikopter itu tanpa peduli kaki terpijak lopak-lopak air yang terperangkap di tebing sungai, setelah banjir mula surut. Dia jenguk ke dalam helikopter itu. Alif tidak ada.
"Abang! Where are you?"
Tiba-tiba sepasang tangan kekar memeluknya dari belakang. Sebutir kucupan melekap di pipi kanan Amani.
"Abang ni . . . Terlampau!" Suara Amani separuh manja, separuh merajuk, sambil cuba acah-acah melepaskan diri daripada pelukan kejap suaminya.
Kedengaran deraian ketawa.
"Kau orang buat le drama sendiri. Kita nak pergi minum kopi emak." Zuhal menyakat.
Iman, Zuhal dan Danny memanggil Amilah dan Sadik Emak dan Abah, mengikut cara Amani semasa kecil, sehingga sekarang. Amilah dan Sadik, walaupun sudah ada enam orang anak amat gembira dengan panggilan itu.
Alif terlampau? Memang dia termasuk dalam kategori terlampau. Apa yang dibuatnya semua terlampau! Begitu juga pendekatannya ketika memikat Amani.
Alif memusing Amani untuk melihat wajah isteri yang dirinduinya dalam jaga dan tidur. "Ya, abang terlampau! . . . Terlampau cintakan Amani."
Amani nampak wajah ceria Alif dan jambangnya yang baru tumbuh berserabai.
"Puan Tampan, rindu abang?"
Amani genggam tangan dan tumbuk dada suaminya. Tentu bukan tumbuk Krav Maga. Cuma tumbukan manja.
Alif tangkap tangan Amani lalu dikucupnya. "Tu me manques aussi (I miss you too)," ujarnya.
Walaupun Amani tidak mengatakannya, tetapi gerak laku isteri yang menghantar isyarat rindu sudah cukup untuk membangkitkan libidonya yang terpinggir beberapa hari. Dia berbisik. "Je veux faire l'amour avec vous ." (I want to make love to you).
Amani buat-buat tak dengar, walaupun bulu romanya sudah mula berdiri. Segera dialihnya topik bualan mereka."Macam mana keadaan Abang Ngah Huzir?"
"La . . . Dia tanya Abang Ngah Huzir. Abang Alif dia tak tanya." Suka Alif mengusik isterinya yang dilihatnya teruja.
Amani tepuk pipi Alif, manja. "Abang nampak sihat, kecuali rumput-rumput yang tumbuh di muka abang ni perlu trimming."
Alif ketawa mendengar istilah yang Amani gunakan. Rumput? Ada orang sanggup berbelanja beribu ringgit untuk menanam 'rumput-rumput' ini dan memeliharanya supaya subur.
YOU ARE READING
DEWI JERUNG
AzioneBLURB Dua insan terjebak di dalam dunia JERUNG. Dalam pertarungan antara para JERUNG, Amani Kaisara Ikhwan bukan pendamai. Dia pencetus gelanggang konfliknya. Yang menang bergaya semakin kaya. Yang kalah melutut minta nyawa. Muncul Alif Perwira Nad...